Ahad, 15 April 2018

Sambut Birthday Bulan Mac


Kek birthday Ean dan Ima yang lahir pada bulan March. 
Sorang 20 hb dan sorang lagi 28 bulan March. 
Kek disponsor oleh tuan punya birhday iaitu Ean. 
Hasil dekorasi Maria Cake House RM20 


 Laici Kang di Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.
Laici Kang biasa RM3 dan Laici Kang Susu RM3.50


 Chicken Chop RM11 di Restoren Sri Ranting Classic, Nibong Tebal.


Menu yang mengenyangkan untuk makan petang :)


 Kek yang telah dipotong. 
Makan sedikit sahaja kerana sudah kenyang menikmati Chicken Chop dan air.
Sendawa sudah.... Alhamdulillah...


Happy Birthday Ean dan Ima.. wish untuk diri sendiri...


Gambar yang paling mahal. Belanja di blog ini sekeping. 
Cuba teka saya yang mana?
Memori bersama BFF

Sabtu, 7 April 2018

Terima Sudah Beg Juara Milo

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai jua beg Juara Milo. Berakhirlah sudah suatu penantian. Tercapailah apa yang dihajati selama ini. Segala usaha adalah tidak sia-sia. Ingat lagi tak saya pernah menulis di sini dan juga di sini. Tercapai sudah, bukan?


Pada hari Jumaat, saya menerima mesej di handphone mengatakan beg juara telah dihantar beserta tracking nombor sekali. Apabila pulang dari kerja, beg juara sudah ada di rumah. Alhamdulillah...


 Inilah dia beg juara milo yang dinanti. Dibungkus seperti dalam gambar di atas.


 Bila buka lipatan dalamnya, jadilah sebuah beg yang cantik.


 Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan plastik milo. 
Penghargaan juga buat adik yang sudi poskan surat :)


Beg juara yang dilipat boleh dijadikan beg untuk di letak di pinggang pula...

Dapat Kit Undi Negaraku

Pilihanraya ke-14 akan tiba tidak lama lagi. Rasa teruja sangat untuk mengundi buat kali kedua. Pasti kelihatan pelbagai ragam manusia yang akan mengundi nanti. Riuh dan kecohnya suasana dan juga terdapat replika yang menarik perhatian.


Inilah dia Kit Undi Negaraku yang diberikan kepada pengundi baharu. Terdapat di dalamnya buku panduan mengundi, pasport book holder, pen, keychain, sticker kereta dan juga phone stand.


Cara dapatkannya adalah dengan mendaftar di laman web dan sekarang ini telah ditutup. Semoga Kit Undi Negaraku ini dapat membantu pengundi melaksanakan tanggungjawab dengan lancar dan jaya. Selamat mengundi buat semua...