Ahad, 24 April 2016

Kipas Orang Perempuan


Assalamualaikum...

Panas betul cuaca sekarang nie. Duduk di rumah kena buka kipas 24 jam. Sampai kipas di rumah aku tak cukup. Kipas menjadi rebutan orang di dalam rumah. Sekejap ke sana sekejap ke sini..

Jadi langkah yang diambil beli kipas sendiri. Senang.. Hak milik persendirian. Bil api pula siapa nak bayar? Harap-harap tak melambung tinggi sangatlah dari biasa.


Kipas orang perempuan mak aku cakap..hihi.. Comel tak? RM 75 dan minta kurang dapatlah RM 70.. First item di rumah yang aku beli sejak mula kerja..

Ahad, 17 April 2016

Pengalaman Accident Motor dengan Motor Roda Tiga

Assalamualaikum....

Apa khabar pembaca blog ini? Aku sihat dan masih ada luka dan lebam-lebam sikit di badan. Tetapi, alhamdulillah sudah beransur pulih. Sengaja hendak coretkan pengalaman accident pada 1 April 2016 yang lalu sebagai kenangan dan pengajaran.

Bagaimana boleh accident?
Adik bawa motor dan di depan kami ada motor roda tiga. Apabila jalan sudah ok untuk memotong, adik pun jalanlah ke hadapan untuk memotong roda tiga tersebut. Tanpa signal, tiba-tiba motor tersebut seperti ingin melintas dan menghala ke arah jalan kami untuk memotong. Apalagi bertembunglah motor kami dengan motor roda tiganya. Aku dan adik pun terbanglah dan jatuh terhempas. Dia pula selamat kerana motor roda tiga. Itulah ceritanya.

Apa yang lebih menakutkan helmet adik terbang dahulu dan terlucut dari kepala. Kepala adik cedera dan pengsan. AKU? Aku memang tak pernah seumur hidup tengok orang pengsan. Atas jalan raya pula tu. Ketakutan yang amat tidak terkira. Darah membuak-buak keluar. 

Aku rasa setakat itu yang mampu aku cerita. Tak sanggup ingat lagi kenangan itu. Coretkan di sini untuk ingat tarikhnya iaitu 1 April 2016. Birthday aku pula 28 Mac. Nak dekat sangat tarikh di antaranya.


Kad pengenalan sementara budak yang membawa motor roda tiga. Bila teringat kejadian itu aku rasa lemah dan tidak bermaya. Bagaimana aku nak ambil lesen? Motor dan kereta langsung tak pandai bawa. Fobia lagi...

Ahad, 10 April 2016

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum...

Aku tak tahu nak start cerita dari mana dan bagaimana. Cuma aku teringin nak share apa yang aku tahu dan biasalah sebagai seorang blogger perlu ada cerita barulah boleh menulis. Pernah dengar tak Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan?

Kalau nak tahu, Kedai Bergerak Perak Aman Jaya menawarkan barang-barang keperluan kepada pengguna dengan potongan harga sebanyak 10 peratus. Kalau beli di kedai runcit biasa tak dapat harga ini. Jadi ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat dalam membeli barang keperluan.

Lori Perak Aman Jaya datang sebulan sekali di kampung aku iaitu di Tanjung Piandang, Perak. Di tempat lain aku tak tahulah berapa kali. Ia datang pada hari Ahad. Barang-barang keperluan seperti gula, tepung, beras, ubi kentang dan sebagainya ada dijual.

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan
Kedai Bergerak Perak Aman Jaya (KB1AJ).
Lokasinya di depan masjid Tanjung Piandang.
Mai jangan tak mai :)

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Tengok resitnya di bawah. Senarai barang untuk jualan KB1AJ.

Resit Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Sekian... Jumpa lagi :)