Selasa, 30 September 2014

Kuih Bakar Kacang Tetap di Hati Ibu

Assalamualaikum...

Sudah beberapa hari bertungkus-lumus menyiapkan biskut untuk hidangan para tetamu di Aidiladha ini. Alhamdulilah, sudah siap 6 jenis. Antaranya samperit susu, biskut oat, nestum, tart nenas dan banyak lagi. Mungkin perlu ditambah 2 atau 3 jenis sahaja lagi.

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan biskut tersebut, ibu mengatakan bahawa teringin untuk membuat kuih bakar kacang. Terkejut juga dibuatnya kerana saya menyangka ibu tak mahu buat kuih bakar kacang pada Aidilada ini. Sebelum ini tiap-tiap tahun ibu membuat kuih tersebut. Pada hari raya Aidilfitri tahun ini juga, ibu ada membuatnya.

 Kuih Bakar Kacang


Saya kasihan melihat ibu membuat kuih tersebut. Dari awal pagi hingga lewat petang. Almaklumlah, kalau nak buat, ibu lebih suka membuat sehingga 1 kg kacang hijau yang dibuang kulit. Kalau buat sikit alang-alang pula katanya. Walaupun ada orang yang membantu kuih ini lambat juga untuk disiapkan.

Kaedah penyediaanya ialah dari menggoreng kacang hijau, mengisar, mengadun, menerap pada acuan dan bakar. Kesemuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Inilah kuih kegemaran ibuku sejak dari dulu lagi. Lebih gemar membuat sendiri daripada membelinya. Jika anda mahu resipinya klik di sini.

Ahad, 28 September 2014

Bulan oh Bulan...

Assalamualaikum...

Tanggal 5 September 2014, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kepada jemaah haji selamat mengerjakan ibadah haji dan semoga dipermudah segalanya. Setiap umat Islam yang beriman dan bertaqwa pasti ingin menjadi tetamu Allah, menunaikan haji dan seterusnya memperoleh ganjaran pahala daripada-Nya.

bulan

Cuba lihat gambar di atas, gambar apakah itu? Itu merupakan gambar bulan yang saya ambil sendiri mengunakan kamera biasa-biasa jer. Motif gambar tersebut??

Tiada sebarang motif sebenarnya. Kekusutan dan ketidaktenteram dihati yang membuatkan kita cuba beralih dari suatu masalah kepada benda lain contohnya lebih kepada alam sekitar. Sedikit sebanyak ia dapat mententeramkan hati. Apa yang utama, mengadulah pada pencipta....

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan segala yang berlaku kepada kita adalah qadak dan qadar daripada Allah. Jadi, jangan bersedih dan hadapilah segala ujian dengan ketabahan dan keredhaan....

Isnin, 22 September 2014

Ben Ashaari jadi Follower yang ke-52

Ben Ashaari jadi Follower yang ke-52

Assalammualaikum....

Selama seminggu saya tidak membuka blog dan juga melayari internet. Memang rasa lain sangat dunia tanpa internet. Sangat membosankan...

Dan apabila dibuka pada hari ini, saya lihat blogger terkenal En. Ben Ashaari menjadi follower blog ini. Perasaan?? Ermm.. memang tidak terkata... terkejut, best, malu pun ada... Maklumlah blog yang baru hendak bertapak ini.

Terima kasih pada En. Ben Ashaari kerana sudi follow blog yang serba kekurangan ini. Ternyata anda blogger yang hebat, merendah diri dan wajar menjadi idola kepada blogger yang lain :)