Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah dapat juga menjual minyak masak terpakai. Pertama kali menjualnya. Sebelum ini hanya dibuang dan juga dibakar. Abah kata dua botol besar pernah bakar sebab tak tahu minyak masak lama ada nilai. Sekarang ini bolehlah kumpul sedikit demi sedikit.
Ini merupakan kali kedua ia datang ke Masjid Pekan Kuala Kurau yang saya tahu. Jadi tidak mahu lepaskan peluang pada kali ini.
Di sebelahnya ada jualan rahmah. Sempatlah beli bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Aneka buah-buahan juga ada dijual.
Proses timbang minyak masak. 1 kg minyak masak terpakai RM3.20. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga.Minyak masak terpakai yang dikumpul selama ini. Sebenarnya banyak lagi tapi risau kurang elok. Tapis dulu keladak yang ada baru kelihatan cantik minyaknya. Dapat RM 72.00 semuanya. Kemudian terus pergi ke kedai ECO dan juga membeli lauk tengahari. Tamatlah sudah pendapatan yang diperolehi tadi. Sekian.




Alhamdulillah
BalasPadamDapat duit poket kan....pun ada jual minyak masak tapi nak kumpulnya makan bertahun jugak.
BalasPadamseronok tengok yang terlibat jual beli minyak terpakai ni. rajin kumpul minyak nya
BalasPadamSebenarnya teringiiiin nak merasakan jual minyak masak juga. Tapi saya dah lamaaaa tak pakai banyak minyak 😅😅. Minyak yang dipakai jenis olive oil, itupun hanya untuk tumis 1 sudu makan. Jadi memang tak pernah ada sisa 😅😅. Lumayan juga kalau dijual ya kak.
BalasPadamLumayan juga harga yang ditawarkan, tapi lama juga tu nak kumpul minyak bekas terpakai.
BalasPadamMinyak terpakai memang kurang elok pun.. hihihi... Berbaloi jual minyak terpakai, dari barang2 yang lain.. hihihi
BalasPadam