Halaman

▼

Isnin, 7 September 2026

Tersilap Buka Kereta Orang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tadi singgah beli makanan untuk tengahari. Adik tunggu dalam kereta manakala saya pergi beli makanan.

Rasa lama pula ketika membeli sebab sampai berpeluh. Rasa panas yang amat. Nak buat pilihan ayam pun susah sebab tiada bahagian yang digemari. Akhirnya pilih ayam pandan sebab banyak isi. Bila rasa sudah lewat jalan laju ke kereta. Bila buka terasa pelik, mana pergi adikku?

Baru tersedar yang salah buka kereta. Jenis dan warna kereta yang sama iaitu Axia warna biru. Boleh pula tak kunci keretanya sebab kedai dekat sahaja dan boleh nampak. Kemudian baru melilau cari kereta adik. Tengok nombor plate baru tahu adik sudah ubah kedudukan kereta. Kalut berlari pergi dengan merasa malu..haha..


Inilah dia nasi kerabu dan juga ayam pandan. Beli juga daging black paper RM3. Kesemuanya RM10. Hari ini dalam sejarah, sudah lama tak rasa malu begini..hihi.. Baru tersedar dari mimpi...

17 ulasan:

  1. Ye betul malu tu x tau nak cakap macam mana kan...sebab tu Kak SA x bg suami park dekat kereta yg sama jenis..x nak dh salah masuk kereta..hahahaha...

    BalasPadam
  2. Saya tumpang gelak sikit. Hehe.. sebenarnya, saya pun pernah alami benda sama. Suami ubah park kereta ke tempat lebih dekat saya beli ayam gunting. Saya pergi ke tempat asal masa mula tiba. Nasib saya tak buka pintu lagi, saya nampak bayang dalam kereta, "eh, sejak bila laki aku ada rambut?" Sejibik kereta sama dengan kereta kami. Haha... adeh... malu!!!! Orang dalam kereta tu tahu saya salah kereta. Dia sengih-sengih jer. 🙈

    BalasPadam
  3. Ciknur penah kena jga
    Adoiii maluu sgt tp sekbaik la masa tu ank ada
    Control maluu

    BalasPadam
  4. Ya ampun malunya la salah kereta 😅. Kena marah tak adik tu ubah kereta? 😆

    BalasPadam
  5. Pernah jadi juga, longggg time ago :D

    BalasPadam
  6. Jangan marah ye.. uncle baru gelak sampai berbunyi tadi...

    BalasPadam
  7. Bahaya betul jenis orang tak kunci pintu kereta tu kan. Pernah juga jadi macam ni. Dia punya malu tu jangan cakaplah kan. Tak tahu mana nak sorok muka ni.
    Kira murah juga tu nasi kerabu. Kat sini pernah beli dah naik harga RM12 dah.

    BalasPadam
  8. haha..pernah juga kena macam ni. tapi tak sempat masuk lagi. cuma pelik kenapa xboleh buka pintu. tengok2 member2 dah ketawa kat kereta dia.. malu

    BalasPadam
  9. Takpelah. kesilapan tak disengajakan... hihi

    BalasPadam
  10. Tak pernah kena, tak tau lah kalau kena kat batang idung sendiri.. mesti malu ya amatt

    BalasPadam
  11. pernah ada org nak masuk ke dalam kereta abe kie di kwsan parkir. dia minta maaf. abe kie ok je. hehehe....

    BalasPadam
  12. Pernah saya juga silap, mujur kereta tu tak ada orang dalam ..malu sendiri hehehehe

    BalasPadam
  13. satu hal, pastu klau ada yang memerhati, mesti ada yang gelakkan. hikhik

    BalasPadam
  14. CCL pun pernah alami situasi yang sama ..kereta jenis yg sama .. colour yg sama ..alih² ehhh tersalah kereta mujur tak ada pemandu dlm tu ..kereta pun lock

    BalasPadam