Halaman

Selasa, 28 Julai 2026

Pertama Kali Mencuba Semperit Bandung

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah makan tak semperit bandung? Saya pertama kali merasainya. Menarik dan tertarik melihat warnanya. Mula-mula fikir semperit strawberi dan bila baca baru tahu semperit bandung. Senior tempat kerja iaitu Cindy, berikan pada kawan. Kami pun berkongsi makan.

Semperit ini sedap tapi saya kurang menggemarinya. Lagipun tengah diet kurangkan gula. Makan dua biji sahaja untuk mengetahui rasanya. 

Macam-macam perisa semperit sekarang. Perisa pandan, coklat, cheese dan sebagainya. Tetapi yang dirindui tetap perisa original. Resipi turun-temurun. 'Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas' resipi orang tua kita dahulu. Bahan yang mudah diperolehi dan juga senang untuk dibuat. Alhamdulillah...

18 ulasan:

  1. Semperit bandung sama juga mcm semperit yg selalu mak² kita buat dulu ke? Sebab kat shopping complex pun selalu nampak semperit yg warna warni ni tapi tak pernah beli lagi

    BalasPadam
  2. Belum jumpa semperit bandung. Biasa makan semperit dulu-dulu hihihih.

    BalasPadam
  3. Macam2 inovasi semperit. Suka yang original je & semperit susu.

    BalasPadam
  4. Belum pernah jumpa apatah lagi rasa :)
    PH pun prefer yg original. Selain sedap ianya membangkitkan nostalgia.

    BalasPadam
  5. Ek saya tidak pasti pernah makan semperit ke tidak.
    Sekarang ini macam-macam perisa.

    BalasPadam
  6. Inovasi semperit bandung ini nampak sangat menarik dengan warna merah jambunya, betul juga tu walaupun banyak perisa baru, semperit original tetap paling dirindui.

    BalasPadam
  7. ada rasa sirap ros ye?pelbagai perisa dah sekarang kan,tapi hati kita tetap dengan semperit zaman dulu2

    BalasPadam
  8. Ooooo... rasa siram bandung la tu? Warna pun pink

    BalasPadam
  9. Cantik..comel nampak..Rajinnya

    BalasPadam
  10. Ai penggemar semperit. Tapi tak pernah lagi rasa semperit bandung. Setakat ni Ai biasa makan semperit ori dan susu je.

    BalasPadam
  11. saya suka semperit, especially semua benda yg berwarna pink gini!

    BalasPadam
  12. Eeee shomelnyaaa kalerrr. Semperit ori fans heree.

    BalasPadam
  13. Dania suka kuih semperit ni. Kuih ni memang kuih orang lama ni.

    BalasPadam
  14. Eh tp kue ini tak ada related dengan Bandung city kan? 😅😅. Saya suka juga kue semprit. Tp yg original selalu makan. Kalau dah pakai perisa, tak pernah coba

    BalasPadam
  15. First time dengar samperit bandung

    BalasPadam