Halaman

Isnin, 1 Jun 2026

Kuih dan Kek Aidiladha 2026

 Assalamualaikum dan selamat petang. Imbas kembali 10 hari sebelum Aidiladha. Biasalah bila family nak balik kampung, kenalah ada kuih atau biskut raya sedikit. Lagipun sahabat nak datang pada hari raya pertama.

Kami beraya pagi-pagi seawal jam 8.20 pagi. Pukul 1 boleh berehat dan sembahyang di rumah. Jom tengok apa yang dibuat untuk hari raya Aidiladha 2026 ini. 

Saya buat popia simpul kasih dan juga popia Nestum. Sakit juga pinggang untuk menyiapkannya. Buat hari Sabtu dan Ahad. Itu sahaja masa yang ada. Hari itu tak boleh kacau, masak nasi pun tidak. Suruh adik bungkus lauk untuk kami makan.

Adik tolong isikan cornflakes madu dalam paper cup. Minta tolong padanya. Adik kata mungkin dapat sikit sahaja kerana sambil letak sambil makan. Apa-apa jerlah janji siap kata padanya. Dapat dua balang sahaja cornflakes madu ini.

Sedia untuk dibakar agar lebih ranggup dan enak.

Hasil daripada 2 setengah bungkus kulit popia saiz besar dan 1 kotak cornflakes.

Sebelum raya buat 3 biji kek. Hidangan hari raya kakak uruskan. Jadi bolehlah membaking. Memang lama tak buat kek sebab tiada siapa nak makan.

Maka terjadilah kek batik, kek pandan dan juga kek pisang. Alhamdulillah...

6 ulasan:

  1. Rajinnya buat kuih raya haji. Kami tak buat apa2 pun. Masak pagi raya je.

    BalasPadam
  2. waaa meriahnya ada kuih muih dan biskut raya laaa

    BalasPadam
  3. Suka tengok orang pandai buat kuih dan pandai buat kek...Kak SA ni pandai masak lauk je..dengan kuih dan kek memang x berjodoh

    BalasPadam
  4. Bertuah kan rajin buat..dapatlah makan ramai2 di hari raya..

    BalasPadam
  5. Waaa rajin nyaaa.... kitrg dalam rumah ni semua tak pandai nak main main oven buat kuih atau kek ni huhuu :D

    BalasPadam