Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Sabtu lepas keluar shopping. Ramai betul orang. Jumpa auntie-auntie membeli barang dapur untuk raya Cina. Baiknya auntie walaupun tak kenal tolong bukakan plastik untuk saya dan seorang lagi tolong cari bunga kubis saiz kecil. Kalau tak jumpa, kami nak potong dan kongsi dua sebab terlalu besar. Shopping di Billion Parit Buntar.
Pokok jambu susu yang ditanam oleh arwah mak telah selamat ditebang. Ambil gambar ini untuk lihat di mana sarang tebuan. Abah kata ada tapi saya yang tak nampak. Abah dan abang bakar sarang tebuan pada waktu malam.
Kalau berbuah, buahnya akan jatuh di atas bumbung. Kuat betul bunyinya. Memang setiap kali jatuh rasa terkejut itu ada. Abah sampai boleh jual buah jambu ini di market sebab tak habis makan. Kini telah ditebang kerana nak buat rumah baru.


Sayangnya di buang kan...tapi nak buat rumah baru so terpaksalah korbankan..
BalasPadamPokok jambu susu dah semakin pupus sekarang ni. Jarang nampak dah kalau balik kampung.
BalasPadamEh boleh ke potong dua kubis bunga itu?
BalasPadamRumah siapa hendak buat? Hehe ingat tebang sebab dah tinggi sangat.
Tak jadi potong sebab sudah jumpa yang kecil sikit.
PadamNak buat homestay kalau tiada siapa yang tinggal.
Saya google jambu susu rupa camana. Saya tahu jambu air dan jambu batu saja. 😁
BalasPadamJambu batu kan
BalasPadamJambu susu
PadamMoga baik2 ajer semuanya. Sarang tebuan ni memang suka buat sarang dia kat pokok2 yang tinggi.
BalasPadamTerpaksa berkorban untuk beri laluan pada yang lebih baik....
BalasPadammasih ada lagi buahnya ya.. sayang juga bila terpaksa kena tebang. tpi bahaya lah pulak jadi sarang tebuan
BalasPadamSayang juga dibuang tu. Tapi bahaya juga takut tumbang ke rumah tu.
BalasPadamBahaya kalau ada sarang tebuan...
BalasPadamSusah nak jumpa pokok jambu susu sekarang kan... Di kampung PH ada sebatang, tak tau apa jadi sekarang .
Td saya Googling dulu, jambu susu macam apa bentuk nya yaaa. Ternyata yg putih macam jambu air ya kak. Saya sempat ada pohon ini saat msh di Aceh. Sedaap lah kalau berbuah . Biasa kami buat rujak 😄. Sayang juga ditebang yaa. Tp macam mana lagi, kalau nak buat rumah baru
BalasPadam