Halaman

Ahad, 22 Februari 2026

Menu Berbuka 3 Ramadhan 1447H

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini sudah masuk 4 Ramadhan, alhamdulillah masih diberi nafas dan kesihatan yang baik. Bangun sahur ada juga rasa tak sedap badan kemudian ambil vitamin, rasa makin baik. Alhamdulillah...

Menu berbuka 3 Ramadhan iaitu hari Sabtu, meriah dengan kuih-muih. Adik masak sup daging dengan sambal ikan. Sayur pula peria goreng. Buat cucur terlajak masin pula. Tak pandai agak nak letak garam. Blend nasi sejuk yang tidak habis. Boleh dikatakan hari-hari ada lebihan nasi. Sukar nak agak terutama pada bulan puasa. Kalau kurangkan risau ada yang tak cukup makan.

Abah beli aneka kuih iaitu tepung bungkus, roti telur dan cucur badak. Kak ipar beri kuih balung ayam yang dibuatnya. Meriah kuih kami, makan sampai sahur. Alhamdulillah..

8 ulasan:

  1. Sedap² belaka.... Kuih balung ayam tu yg mana? Maaf, PH tak pernah jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelah kuih tepung bungkus. Guna daun pisang juga.. dalam ada inti kelapa. Kak ipar letak isi durian, sedap sangat :)

      Padam
  2. sedapnya tepung bungkus..fav...susah nk jmpa org jual

    BalasPadam
  3. Sedapnya tepung bungkus tu. Lama tak makan!

    BalasPadam
  4. wahh.. meriahnya juadah berbuka. selamat berbuka

    BalasPadam
  5. Berbuka nak mula dengan kurma..lalu pihih kuih ..last nasi dan lauk..sedapnya..alhamdulillah

    BalasPadam