Halaman

Rabu, 21 Januari 2026

Tebu Nan Sebatang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat mencari rezeki yang berkat diawal pagi. Bila tengok tebu teringat kembali zaman kecil dahulu. Petang-petang bila lapar tebulah yang kami cari. Buang kulit dan potong bagi kecil sedikit. Kunyah untuk dapatkan air manisnya. Hampas dibuang ke tanah. Nikmat manis air tebu. Abah kata boleh cuci gigi sekali. Masa kecil asyik lapar sahaja. Nampak buah jambu pun sanggup panjat.


Kini, abah ada tanam sedikit tebu di tepi rumah. Abah bagi suruh makan. Potong buang kulit rasa tak sanggup nak makan. Risau gigi patah...haha.. Itulah nama sudah meningkat usianya. Makan sedikit sahaja untuk rasa. Kurang manis mungkin tidak terlalu kuning kulitnya. Simpan dalam peti jika ada yang ingin merasa.

11 ulasan:

  1. lama tak mengunyah tebu. dulu2 masa kecik memang suka kunyah tebu camtu je.

    BalasPadam
  2. kunyah2 tebu ni nostalgia MZ zmn2 sek rendah laaa...manisnya kehidupan zmn kanak2 di kampung

    BalasPadam
  3. Betul, dulu segala buah kayu jadi habuan snacking. Putik jambu pun tibai hihi ...

    BalasPadam
  4. pernah juga kupas kulit tebu guna gigi je waktu kanak2. skrg ya ampun kalau nak buat cam tu! Matilanak!

    BalasPadam
  5. kenangan zaman kanak2 :D saya pulak tak berapa berkenan dgn tebu, huu

    BalasPadam
  6. Cerita tebu ni teringat air tebu... bulan ramadan dah dekat ni... pesta air tebu akan tiba!

    BalasPadam
  7. Biasa tebu ni masa Ramadan akan kelihatan di jual di mana2 lah..yang ada poko tebu tu bertuah murah rezeki..

    BalasPadam
  8. sedap air tebu tu..boleh kenyang minum..pernah dulu gigit kunyah seduit air manis tu

    BalasPadam
  9. Pernah ada kawan Dania bagi tebu ni tapi tak berapa reti nak makan. Nak mengunyah tu risau.

    BalasPadam
  10. Betul lah tu.. dulu kecik2 kulit tebu pun tarik dgn gigi jer.. skrg ni mmg idok lah nak buat gitu hahahaha..

    BalasPadam
  11. Langsung teringat masa kecil. di kebun dulu ada pohon tebu juga. Kadang oleh gardener dipotong oleh dia, lalu suruh kami utk gigit hisap airnya.

    Pas kecil okelaah. Tp sama kita kak, dah besar begini seragam. Takut gigi patah hahaha

    BalasPadam