Halaman

Isnin, 15 Disember 2025

Sumbang Majalah dan Buku Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sejuk sahaja hari ini kerana pagi hujan dan sekarang awan mendung. Bila nak hidup minimalis kena kurangkan barang sedikit demi sedikit. Bermula dari pakaian, buku dan barang di dapur. Bukan mudah untuk membuang barang yang disayangi tetapi tak diperlukan lagi. Semua barang ada kenangan tersendiri.


Sukar juga kakak nak lepaskan majalah yang dikumpulnya semasa sebelum kahwin dahulu. Ada 3 kotak majalah dan buku sekolah.


Beri pada Encik Mizi, tinggal di Parit Buntar. Buku dan majalah lama akan dikoyak dan dimampatkan dalam kotak bersama barang yang ditempah pelanggan. Kemudian di pos, penting supaya barang yang dihantar tak mudah pecah. Sekali-sekala sedekah, boleh sahaja dikitar semula untuk dapatkan duit. Tapi rasanya tidaklah seberapa. Lebih baik beri pada yang memerlukan. Sekian, diari untuk hari ini :)

13 ulasan:

  1. sayang juga kalau nak buang sebab dah lama simpan.. tapi susah juga nak menyimpan jika ruang terhad.. bagi kat orang pun ok untuk manfaat yang lain..

    BalasPadam
  2. memang harga kalau jual kat tempat recycle pun sgtlah murah!! pernah lah jual buku2 yg tak diguna...dpt dlm RM15 ajer wpun byk+berat giler (penuh trolley supermarket tu)

    BalasPadam
  3. Dahulu memang kita semua membeli majalah sekarang dihujung jari..namum beli kuku bacaan masih saya teruskan kerana memang suka membaca buku..terutama bacaan agama

    BalasPadam
  4. Kadang2 majalah / buku lama ada harga... Ada juga orang cari...

    BalasPadam
  5. Pejam mata je jual majalah resipi dulu kat recycle. Dapat jimat space.

    BalasPadam
  6. PH pun dah let go majalah² lama. Ni pun dlm proses nak spring cleaning

    BalasPadam
  7. Ada lagi simpan majalah Wanita ya? Ya Allah majalah dah pupus. Sayang tapi ya kena juga lepaskan.

    BalasPadam
  8. encikMizi tu jual apa? tak pernah pula beli barang ada kertas dimampatkan sebagai lapik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia jual minyak ubat. Gumpal kertas masukkan dalam kotak.

      Padam
  9. Banyak juga majalahnya tu. Dulu akak suka beli majalah. Pantang ada bulan baru.

    BalasPadam
  10. tu la. sy nak hapus kira semua buku n majalah tu cuma sayangnya sbb masih ada nilai sentimental.

    BalasPadam
  11. Cuya dah jual dah semua buku zaman remaja.. memang syg tpi ruang dah takde jadi terpaksa lepaskan. Tapi ada gak dapat duit alhamdulilah

    BalasPadam