Halaman

Selasa, 23 Disember 2025

7 Tahun Lebih Bersama Shopee

Daftar Shopee pada 19 Mac 2018. Risau juga barang yang dipesan tak sampai di rumah kerana tak pernah beli online.

Membuat lebih 108 pesanan sepanjang tempoh 7 tahun ini. Seronok sangat barang yang dipesan sampai depan rumah. Tak perlu nak keluar rumah lagi. Semuanya di hujung jari.

Barang pertama yang dipesan ialah acuan biskut samperit. Sukar untuk dapatkan di kedai biasa acuan tersebut.

Barang paling mahal pernah beli ialah bread maker. Ketika itu masa PKP, masuk kelas online belajar buat roti. Jadi untuk praktikkan beli bread maker agar dapat  buat sendiri di rumah.

Berbelanja lebih RM 3,296 sepanjang tempoh 7 tahun lebih. Rasanya belanja di TikTok lebih banyak dari Shopee kerana asyik teracun di live. 

7 ulasan:

  1. Tak banyak tu 7 tahun baru melabur kat shopee RM3K ni kira berhemah...Kak SA 7K untuk 8 tahun..hahahaha....

    BalasPadam
  2. Naniey kalau nak same day delivery memang cari shopee. Selebihnya tiktok lagi lagi bila tengok live. Hehe.. Untuk mengelakkan dari membeli jangan tengok live :)

    BalasPadam
  3. eyma lagi byk spent kat TT lah yer..mesti ribu raban jugak tuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu rumah penuh barang beli di TikTok contoh almari, meja, barang elektrik dan banyak lagi :)

      Padam
  4. Senang beli kat Shopee klik2 sampai depan rumah.

    BalasPadam