Assalamualaikum dan selamat petang. Tak pandai nak review produk atau makanan, lebih suka bercerita sahaja. Adik bongsu suka sangat produk viral. Beria nak beli rendang nyet berapi Khairul Aming. Katanya 'FOMO' kalau tak beli. Ada saja jawapannya.
Sekali dua dia beli. Harga asal RM18 tapi bila dapat harga murah sedikit, terus beli dua. Tapi beli secara berasingan.
Bungkusan pertama dapat rendang yang hancur. Daging ayamnya hancur tak nampak bentuk tetapi rasa masih sedap. Bungkusan kedua daging ayamnya tidak hancur. Mula terfikir yang pertama mesti reject. Kalau tahu boleh buat aduan, kenapa isinya hancur.
Bungkusan kedua pula bocor, keluar minyak. Jadi buat aduan dan dapat rendang yang lain. Adik beli di Shopee. Tak dinafikan memang sedap rendangnya seperti mak dan tok kita masak. Tapi, kak ipar sebelah rumah pun pandai masak rendang ini. Pernah Kak Su bagi rendang rasanya seakan sama, adik kata lebih sedap. Boleh tempah pada Kak Su sajalah nanti :)
Tak pernah beli lagi ni
BalasPadamCubalah beli :)
PadamSedap. Cuma kuantiti ayam tu sikit sangat. Terasa mahal jadinya. 😥
BalasPadamBetul.. sikit sangat kuantitinya
PadamCie la manusia yang tak pernah lagi beli produk KA ni. Cuba resipi2 dia je pernah.
BalasPadamPandai masak buat sendiri lebih baik :)
Padamramai cakap sedap. tak berkesempatan lagi nak beli
BalasPadamSekadar mencuba produk viral
PadamBoleh je kalau komplin kat KA dapat free lagi kan. Yang baru ni belum cuba lagi nanti lah dah reda baru beli kat shopee. Tengah hot ni malas nak terjah
BalasPadamPernah rasa rendang nyet berapi ni biras beli. Dapatlah jamah gitu. Tak dinafikan, rasa dia macam rendang sebenar. Untung juga tu dapat gantian baru sebab leaking.
BalasPadamaritu tk dpt beli..tp dh merasa opismate bw ke opis...sedap juga tp lebih suka dendeng nyet
BalasPadamso far saya dh beli 2x laa rendang ni. memang kena dgn tekak
BalasPadamTak apa dah ada ganti..hak pengguna kena rujuk ke pengeluar produk ni..
BalasPadamSaya belum pernah rasa rendang KA.
BalasPadamKalau sambal nyet, pernah.