Sabtu, 15 Oktober 2016

Buah Tangan dari Jepun

Assalamualaikum...

Terima kasih rakan sepejabat iaitu Chong Yee Wang yang memberi ole-ole dari Jepun ini. Beliau pergi ke sana atas urusan kerja bersama boss... Jom tengok apa yang diberi...

Dibungkus dalam kertas
Apakah dia???

jeng.. jeng.. jeng...

key-chain dari Jepun

Hadiah yang sama cuma diterbalikkan

Makanan di bawah pula adalah ole-ole yang diberi oleh bos. Coklat dan biskut dari Jepun. Walau selazat mana pun biskut dan coklat itu saya tidak makan tetapi memberi kepada orang lain yang bukan Islam. Mencari yang halal dan pasti itu wajib untuk Islam...


Maafkan Ku Ibu

Assalamualaikum...

Entah bagaimana diri ini telah membuat ibu menangis. Kenapa jadi begitu? Selalu sahaja merajuk dan tidak sabar serta selalu marah-marah. Angin membelenggu dalam diri, perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Emosi tidak terkawal. Berperang dengan diri sendiri. Jiwa kacau....

Maafkan ku kerana melukai hatimu ibu... Kadang-kadang hati ini sengaja membuat demikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati... Sebenarnya ingin bantu ibu tetapi kerana badan tidak sihat dan emosi yang tidak stabil menyebabkan diri sering marah-marah... Maafkan ku ibu.....

Ahad, 2 Oktober 2016

Ketagih Minum Air Roselle

Assalamualaikum...

Arrgghh... aku telah ketagih minum air @ jus Roselle buatan sendiri. Aku rasa macam nak minum lagi dan lagi. Walhal, jus tersebut sudah habis. Sedap sangat seperti air ribena masam-masam manis. Nak tengok resipi boleh klik cara membuat jus dan jem roselle...

 Buah Roselle pemberian jiran

Terima kasih buat jiran baruku yang memberikan buah Roselle ini. Cara membersihkannya, mula-mula kita kopek kelopak bunganya sahaja. Bijinya kita tinggalkan @ buang. Kemudian basuh sehingga bersih. Macam-macam serangga yang terperangkap di dalamnya. Sila berhati-hati. 

Roselle yang telah dibersihkan

Kemudian, cara memasaknya pula boleh rujuk di blog Sajian Hati. KLIK sahaja di sini. Senang sahaja untuk untuk membuatnya. Cepat , sedap dan selamat. Silalah cuba :)

Jus dan Jem Roselle

Aiskrim Roselle