Sabtu, 8 Ogos 2015

Buat 'Cekodok' Pun Fail

Assalamualaikum...

Arghhhh... mood geram lagi tension. Cekodok atau lebih dikenali jemput-jemput pisang tak jadi... Mula-mula dalam minyak, okey jer bulat elok, lawa, cun melecun, dan bila diangkat kepek atau kemek...

Kali ketiga sudah aku cuba membuatnya. First try jadi keras kerana terlajak tepung. Second try jadi kepek kembali apabila diangkat dan yang ketiga tetap sama. Macam-macam tepung juga yang dicuba. Tepung beras dan tepung gandum sahajalah...

Minta tips dari kawan-kawan bagaimana membuat cekodok yang bulat comel lote, ada rongga udara di dalamnya. Mereka mengatakan lebihkan pisang berbanding tepung. Jangan masukkan air. Kalau perlu juga letak sikit sahaja semasa blender pisang. Nak lagi sedap campur tepung beras sedikit agar kuih menjadi lebih rangup. 

Huwaa..tak berjaya lagi. Insya Allah, jika ada pisang lagi boleh cuba. Masa kecil-kecil dulu pernah buat cekodok dan menjadi dengan elok. Bila sudah besar dan lama tak buat tak menjadi pulak...

cekodok fail

Cekodok di atas aku letak tepung beras sahaja. Mungkin tak cukup tepung rasanya. Kalau anda ada sebarang tips boleh kongsikan yer. Saya budak baru belajar :)

Isnin, 3 Ogos 2015

Sukarnya Mencari Kasut yang Berselerak di Rumah Kenduri

Assalamualaikum...

Adakah anda pernah mengalami kesukaran seperti saya? Tentu pernah jika anda masuk ke rumah pengantin dan menanggalkan kasut anda. Jika makan di khemah atau di hotel-hotel semestinya tidak pernah kerana tak payah buka kasut pun...hehe...

Bayangkan hari hujan, permukaan tanah yang basah, kasut banyak dan berselerak, kotor terkena tanah, tunggang-terbalik. Aduh, susahnya nak cari kasut... Serabut nak cari... Tapi nasib baik ada adik, dia yang cari kedua-dua belah... Lama juga kami mencarinya.

Ada yang mencadangkan supaya bawa plastik dan menyimpan kasut di dalam beg plastik sebelum masuk ke dalam rumah pengantin. Kalau dulu, sebelum kewujudan khemah di kampung saya, memang selalu bawa beg plastik sebelum pergi kenduri. Tetapi sekarang, nampak tiada orang buat lagi. Segan juga kannnn....

Memang lain sangat kenduri dulu dan sekarang. Kalau dulu takdenya makan layan diri ni. Semuanya berhidang. 3 atau 4 orang satu talam. Best makan begitu lagi bagi saya....

pengantin baru

Gambar ini sahaja yang mampu diambil. Kenduri rumah jiran. Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selamanya...

Murahnya Rezeki di Bulan Syawal

Assalamualaikum...

Begitu banyak open house dan kenduri kendara di bulan Syawal yang indah ini. Terpulang kepada kita sama ada hendak hadir ataupun tidak. Tetapi untuk tidak menghampakan orang yang menjemput, sebaik-baiknya kita hadir dan meraikannya.

Malaysia memang kaya dengan makanan. Sana-sini makanan tak habis dan masih elok tetapi dibuang. Sayang sangat. Membazir amalan syaitan... Jadi, nak buat open house biarlah berpada-pada dan jangan sampai membazir pula :)

buku diari dan cd agama

Rezeki saya pada bulan Syawal ini, pemberian adik angkat kesayangan. Kalau adik angkat datang ke rumah tak pernah datang dengan tangan kosong. Naik segan saya jadinya. Kuih-muih, buku, cd dan yang paling best beri duit raya pada kakak angkat. Kakak angkatnya tak kerja dan single lak tuh...hehe... TQ sangat...