Ahad, 8 Mac 2015

Cari Perbezaan Pada Gambar

Cari perbezaan yang terdapat pada kedua-dua gambar di bawah. Itulah sinki rumah kampungku.. Jangan muntah darah bila melihatnya :)

Satu sahaja perbezaaan ketara yang ingin saya tunjukkan. Ia merupakan sejenis makhluk hidup dan bernyawa. Jika anda bijak cubalah mengesannya...

Kucing
Gambar A

sinki dapur
Gambar B

Bagaimana dapat tak? Cuba tengok betul-betul. Saya suka tengok gambar nie. Bila membasuh pinggan mangkuk pemandangan  inilah yang selalu dilihat. Cubalah teka yer. Semoga berjaya :)

Khamis, 5 Mac 2015

Kempunan Makan Epal Hijau

Assalamualaikum...

Cerita lama.. Saya tidaklah begitu suka makan epal hijau. Tapi bila menonton Nasi Lemak Kopi O, Trio Bikin Jus... nampak sedaplah pula :) Lagipun epal hijau lebih baik berbanding epal merah.

Terbeli pula epal hijau Granny Smith. Hilang selera bila tengok berita di televisyen mengenai epal jenis Granny Smith dan Gala dari California, Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi bakteria listeriosis.

epal jenis Granny SMIt

Jadi terus buang jer. Membazir tapi lebih baik mencegah sebelum berlaku sesuatu yang buruk. Tak nak juga dibelenggu perasaan was-was. Tiada rezeki untuk makan buah epal....

Selasa, 3 Mac 2015

Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 2

kucing

Hari ini bertekad untuk menyambung penulisan saya mengenai kucing. Sambungan Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 1. Walaupun tiada sesiapa yang membacanya, biarlah ianya tercatat di sini. Di akhir cerita pada episod tersebut saya menceritakan bahawa ada seekor anak kucing yang tertinggal di rumah. Jadi, bagaimana cara kami menjaganya agar terus hidup?

anak kucing minum susu
Diberi minum susu tapi bukan menggunakan sudu

Cara yang kami buat adalah memberi minum susu kepada anak kucing tersebut. Kami memberi susu menggunakan botol yang bukan botol tetapi telah diubahsuai. Anak kucing tersebut hidup dengan sihat. 

Beberapa hari kemudian, Dora pula telah beranak. Kami telah memujuk Dora agar menjaga dan menyusukan anak kucing tersebut. Pada mulanya, Dora keberatan dan berusaha melepaskan diri dari kami. Kami meletakkan anak kucing tersebut di sebelah Dora. Anak kucing itu pula seperti suka bersama dengan Dora. Dia menyangka itulah ibunya. Setelah dipujuk, Dora mencium-cium anak kucing itu dan terus menggigit di bahagian leher dan mengangkat anak kucing ditempatkan bersama anak kucing lain yang dilahirkan Dora.

Kami semua terkejut. Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas. Ayah saya mengatakan 2 perkara sahaja yang Dora akan lakukan sama ada membunuh atau menjaga anak kucing tersebut. Kami menunggu dengan sabar kemunculan Dora. Tempat Dora meletakkan anak-anaknya adalah di dalam kotak. Jadi kami tidak nampak apa-apa. Jika diganggu tempatnya mesti ibu kucing tersebut merasa tidak selesa. Comel sangat bila tengok Dora mengangkat anak kucing tersebut. Rasa macam nak peluk kedua-duanya.

Tunggu punya tunggu Dora pun keluar. Kami mengintai di dalam kotak. Semuanya dalam keadaan ok tiada sebarang jeritan dan tangisan. Hal ini bermakna Dora telah menerima dan menyusukan anak kucing tersebut. Kami berasa gembira dan bermakna tidak perlu lagi memberi minum susu pada kucing.

Dora menjaga dengan baik. Anak kucing akan keluar dari kotak apabila ketiadaan Dora. Anak kucing itu nampaknya masih merindui kami. Dia ingin bersama kami. Kami pun meluangkan masa dengannya. Apabila Dora kembali, ia akan menggigit dan membawa anak kucing masuk semula ke dalam kotak.


**************

Tiba-tiba pada pagi Jumaat. Tepat jam 7 pagi. Tommy iaitu ibu kucing yang dibuang telah kembali ke rumah. Dia mengiaw dan masuk ke rumah tanda kejayaannya berjaya pulang ke rumah dengan selamat. Ini bermakna Tommy hanya mengambil masa selama 8 hari untuk pulang ke rumah. Ajaibnya. Walhal agak jauh juga ia ditinggalkan lebih dari 3 km. 

kucing
Tommy yang berjaya kembali

Masing-masing berasa terkejut. Song Ji Hyo dan Kang Gary tidak berjaya pulang kerana mereka masih kecil dan tidak tahu jalan. Hanya dengan bau Tommy boleh mengetahui tempat tinggalnya selama ini. Ayah telah memberi peringatan, jika masuk ke rumah dan masih membuang di sana sini, Tommy akan dibuang sekali lagi tetapi akan dihantar lebih jauh. Itu kata ayahku....

Kerisauan mula bertandang di hati. Berat rasa hati untuk memberi anak kucing kepada ibunya iaitu Tommy. Hal ini kerana kami lihat Dora amat menyayanginya. Jadi, kami tidak memberikan kepada Tommy dan membiarkan terus Dora menjaganya.


******************

kucing sedang berehat
Dora yang sedang melepak

Di akhir cerita saya nak bercerita dengan ringkas sahaja. Kisahnya terlalu sedih. Anda nak tahu tak apa kesudahannya? Ke semua anak-anak kucing telah mati termasuk anak kucing yang kami jaga. Kenapa? Semuanya telah dibunuh oleh kucing jantan.

Sedih, sedih dan sedih... Dora pun nampaknya seperti sedih. Asyik termenung dan tidur sahaja. Tiada lagi semangat sebagaimana ia menjadi ibu.. Sekian... The End...