Ahad, 7 September 2014

Blogger Pilihan di Utusan Malaysia 23 Ogos 2014

Assalammualaikum....

Syukur alhamdulillah.. Rezeki saya masuk paper 23 Ogos yang lalu. Terima kasih tak terhingga pada Encik Azrin selaku wartawan Utusan Malaysia. Mula-mula mendapat panggilan terkejut juga dibuatnya. Cepat dan pantas proses pelaksanaan kerja mereka. Syabas diucapkan.

Sememangnya pengalaman ini adalah pengalaman manis dalam hidup saya dalam dunia blogger. Tak pernah 'mimpi' pun nak masuk paper. Apatah lagi blog saya serba kekurangan berbanding blog lain. 

Saya kongsikan di Utusan Malaysia adalah blog Sajian Hati. Blog tersebut merupakan sebuah blog masakan dan saya rasa ianya lebih memberi manafaat kepada masyarakat berbanding blog ini. Jadi, cukuplah blog itu sahaja yang saya paparkan di akhbar.


Blogger Pilihan di Utusan Malaysia 23 Ogos 2014

Sekian...  ^_^

Sabtu, 6 September 2014

Template Kembar...


Assalammualaikum...

Setelah mencuba beberapa kali untuk mencantikkan blog agar lebih kemas dan sejuk mata memandang. Akhirnya.. tidak berjaya jua. Saya menginginkan template mesra SEO seperti yang diperkatakan oleh Encik HasrulHassan di dalam blognya. Tetapi hampa kerana saya tidak pandai untuk edit HTML tersebut. 

Langkah yang saya ambil ialah dengan mengambil template yang sedia ada di blog saya yang lain. Memang diakui bahawa template ini tidak mesra SEO. Templatenya sama seperti di blog Mencari Cinta Abadi. Blog tersebut saya khaskan untuk menempatkan hasil karya sastera contohnya pantun, puisi dan sebagainya. Jadi ianya jarang diupdate.

Buat masa ini biarlah begini. Asalkan saya ada minat untuk terus menulis. Sekian...  :)

Khamis, 4 September 2014

Bosan dengan Blog Anda?


Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda bosan dengan blog anda sendiri? Anda benci melihat entri, template dan segalanya mengenai blog anda.. Anda merasa ingin mendelete sahaja blog tersebut... Pernah tak ada perasaan begitu??? 

Perasaan tersebut selalu sahaja mengganggu jiwa ini. Bosan sangat dengan blog sendiri. Apatah lagi orang lain... Tetapi, bila difikirkan kembali...

Susahnya nak bina blog pada awal dahulu. Ingat senang? Nak cari nama, buat header, pilih template yang ok, edit HTML dan sebagainya... Semuanya makan masa.. Betul tak? Berpinar biji mata dibuatnya.

Walaupun blog kita tiada pelawat sekalipun apa salahnya menjadi kenangan dan memori buat diri sendiri. Itulah gunanya blog...

Lagi satu, haruslah sedar diri bahawa 'saya' bukanlah pandai nak design template sendiri dan edit HTML pun harap tutorial di blog lain jer.. Jadi, bersyukur dengan apa yang ada... Buanglah jauh-jauh sikap suka memadam blog dan membuka blog lain pula.. Cukup dengan apa yang ada...