Isnin, 31 Disember 2012

Ole-ole dari Sarawak




Makanan yang dibawa balik dari Sarawak. 
Kek lapis Sarawak iaitu Neslo dan Red Velvet. Sedapnyer..
Coklat pula berbentuk kucing. Comel sangat..Rasa sayang nak makan :)

Rabu, 26 Disember 2012

Mak, Buah Apakah Ini?


Mak, buah apakah ini? Macam manakah rasanya? Nak makan macam mana?

Itulah soalan yang aku tanya pada mak. Begitu juga dengan adik-adik. Memang aku tak pernah jumpa buah ni seumur hidup aku..haha..Sebab ayah tak pernah beli. Tapi tak tahulah kalau dah lupa....hehe..

Buah ni namanya buah setol. Rasanya aku dah tak ingat macam mana. Tapi aku kurang gemar. So, jangan jadi ketinggalan zaman macam saya yer...Buah-buahan tempatan pun tak kenal...

Burger Special


Ermm..rasa lapar pulak bila tengok gambar burger nie..Sapa la nak tolong belikan tengah malam macam ni..Gigit jari je lah...Seriously, aku memang sangat teringin..huhu...

Aku ambil gambar nie dah lama. Saja nak letak di blog ini.. Aku memang suka kumpul gambar makanan. Sikit-sikit tangkap gambar. Orang lain yang tengok pun dah jemu sangat..Biarkan mereka..hehehe..

Harga burger ini RM 2.50 di kampung aku. Ada satu lagi tempat harganya RM 2.80. Memang sedap sangat. Makan sekali nak lagi. Tapi awas! ia menggemukkan. Jangan makan selalu ok!