Khamis, 29 Mac 2012

Selamat Hari Lahir

Happy Birthday

Selamat Hari Lahir ke-26..kepadaku..
kad ucapan daripada Libresse..tq...
Tahun depan beri lagi yer...

Selasa, 10 Januari 2012

Durian Belanda @ Durian Benggala?





Buah apakah ini? Mak dan abah panggil buah ini buah durian benggala. Buah ini masam dan agak sedikit manis. Buah ini banyak khasiatnya.

Buah durian benggala di atas adalah hasil daripada pokok di belakang rumah saya. Buah ini tidak akan masak atau lembut jika diambil terlalu awal (muda). Jadi, kenalah berhati-hati ketika memetiknya.

Selasa, 20 Disember 2011

Kura-kura yang Terperangkap

Muka depan


Inilah kura-kura yang saya maksudkan. Kura-kura ini terperangkap dalam bubu ikan yang dipasang oleh emak. Seekor ikan pun tak tinggal. Apa yang ada adalah seekor kura-kura.

Susah juga emak hendak keluarkan kura-kura dari dalam bubu. Mak kata " Pandai masuk tapi tak pandai keluar.." hehe...

Adik yang suruh tangkap gambar kura-kura nie..Memang lama juga tak tengok kura-kura...

Sekarang nie musim ikan...rezeki kami di kampung jika rajin mencari dan berusaha dapatlah makan ikan sepat, puyu dan juga haruan. Kalau dapat ikan yang berlebihan boleh dibuat kering. Sedap sangat bila dapat makan ikan fresh ketika masih panas lagi..ranggup sangat...


Ikan Sepat