Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan

Ahad, 17 Disember 2023

Dua Ketul Halia, Hasil Tanaman

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bercuti dan menikmati hari minggu anda. Semoga hari-hari kita dipenuhi dengan aktiviti berfaedah, indah dan mendapat redha daripadaNya.

halia

Dua ketul halia hasil tanaman dalam pasu plastik. Alhamdulillah...

halia

Nak keluarkannya memang agak sukar. Sampai pecah pasu. Pokok halia pun sudah tumbang ditiup angin, jadi kena keluarkanlah juga isinya.

Ahad, 16 Mei 2021

Bunga Pokok Lidah Mak Mertua

 Assalamualaikum dan salam Aidilfitri pada mereka yang meraikannya. Hari ini raya keempat umat Islam menyambut Hari Raya. Pejam celik pejam celik cuti raya pun dah nak habis. Kenalah bekerja seperti biasa walaupun ada perasaan malas yang tinggi. Tinggal hari ini sahaja cuti, nikmatilah ia sebaiknya.

Bunga Pokok Lidah Mak Mertua 
Inilah dia bunga pokok lidah mak mertua. Tak sangka berbunga juga. First time tengok bunga ini di blog Warisan Petani kalau tak silap.
 
 
Bertahun juga tunggu baru berbunga
 
 
Bunga yang sudah matang dan kembang
 

Ahad, 14 Jun 2020

Buah Tomato Pertama dan Terakhir

Pokok tomato ini sangatlah tinggi, kemudian semakin hari semakin menunduk dan melepak di pokok lidah mentua. Kemudian barulah ianya berbunga dan menghasilkan buah. Kewujudan buahnya tidak disedari. Apabila besar baru nampak sebab ia menyorok disebalik pokok lidah mentua. 


Pada mulanya rasa nak cabut sahaja pokok tomato tersebut kerana terlalu tinggi dan terlalu lama tidak berbuah. Mak kata pokok tersebut sihat, biarkan jer la... Selagi pokok itu hidup biarkan ia bernyawa.


Tinggi pokok melepasi beberapa buah pasu yang lain


Inilah buahnya iaitu yang pertama dan juga yang terakhir. Pokoknya sudah layu dan diganti dengan tanaman yang lain.

Isnin, 27 April 2020

Pertama Kali Tanam Buah Tomato

Esok 28 April 2020 bermulalah hari pertama bekerja dan masih dalam PKP. Kilang tempat saya bekerja mendapat kebenaran daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia @ Malaysian Timber Industry Board (MTIB). Mesti berasa janggal setelah sebulan lebih berada di rumah dan terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru tambahan pula di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tak nak cerita pasal kerja, baik tengok tumbuhan hijau dan sayuran. Pertama kali tanam pokok tomato. Alhamdulillah ada juga buahnya walaupun tidak diletakkan baja. Hanya satu pokok ini sahaja yang berbuah. Pokok lain ada bunga tapi tak menjadi. Rasa nak cabut saja pokok tersebut dan tanam pokok yang lain pula.

Bijinya saya letakkan saja di tanah kerana ada buah tomato yang dibeli sudah rosak.

Apabila sudah tumbuh anak pokok, saya ubah dalam pasu.

Buahnya taklah menjadi sangat. Sekurang-kurangnya ada...

Tengok buah tomato pecah-pecah...

Ahad, 22 September 2019

Hasil Berbudi Pada Tanah

Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya. Kena rajin usahakan baru dapat. Tanam sahaja tetapi tidak dibaja dan disiram, tak menjadi juga. Alhamdulillah, bukan saya yang tanam tetapi adik dan mak. Banyak juga pokok yang ditanam. Di bawah adalah dua jenis hasil, yang menarik perhatian saya.

labu air panjang

Sayur labu air. Panjang sungguh. Potong tiga dan bagi pada jiran-jiran :)

cabai kembar

Cabai kembar, kongsi tangkai yang sama. Satu ini saja yang pelik. Tak pernah jumpa lagi. Cabai yang lain normal jer.


Geli pun ada bila tengok di posisi ini...

Ahad, 15 November 2015

Hasil Tanamanku, Halia Sejemput

Assalamualaikum.... 

Lamanya rasa tak update blog.. Bukan faktor kekangan masa tetapi tidak melanggan internet. Hidup kena berjimat apatah lagi dengan adanya GST. Nak topup RM5 pun dah kena 30 sen...

Halia

Halia yang ditanam dalam botol plastik. First time tanam pokok halia sebenarnya. Daunnya amat digemari serangga sampai berlubang-lubang. Kaedah tanaman ialah ambil sahaja halia dan tanam. Biar nampak sedikit halia yang ditanam, jangan sampai timbus habis dalam tanah.. okey...

Halia

Kalau tiada langsung halia di rumah bolehlah ambil. Tak payah susah-susah pergi kedai semata-mata mencari halia...