Memaparkan catatan dengan label Penjual Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penjual Kuih. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Julai 2016

Kisah Penjual Biskut Raya

Assalamualaikum...

Pada bulan Ramadhan yang lalu, aku telah menempah kuih kapit pada member lama sekolah menengah melalui whatsapp. Kuih kapit tersebut aku nak minta ambil awal sedikit tetapi dia tak boleh. Jadi penjual kuih tersebut mengatakan 2 hb Julai, dia dapat memberikannya. Aku pun kata okey. Cuba tengok perbualan di bawah. Aku menerangkan lagi bahawa aku nak awal kerana kawan aku yang nak kuih tersebut awal.



Mesej tersebut jelas menunjukkan bahawa jika penjual tersebut tidak dapat memberi kuih pada 2 hb Julai dengan automatik, kuih yang ditempah akan cancel. 

Tetapi, apa yang menyedihkan penjual kuih tersebut telah salah faham dengan mengatakan bahawa kuih tersebut telah cancel dari awal. Mesej di bawah adalah pada 27 Jun...


Siapa yang salah sebenarnya? Terang-terang dia mengatakan aku cancel kuih lebih awal. Padahal aku okey jer pada 2 hb Julai. Untuk pengetahuan, semua kuih yang ditempah oleh orang lain juga mampu diserahkan pada 2 hb Julai kerana kawan aku pun dapat kuih pada 2 Julai.

Apa yang lebih menyedihkan ialah penjual kuih ini bercerita pada group whatsapp kelas aku mengatakan ada orang cancel kuih tapi bila nak dekat tarikh boleh tanya pula pasal kuih. Kawan-kawan kat group whassapp pun apa lagi kata 'jangan duk layan orang lagu tu'....


Penjual tersebut terus diam dan tidak mesej langsung pada aku tetapi dia sibuk bercerita di group whatsapp.. Aku telah screen perbualan ini yang tidak pernah aku delete serta menghantar padanya...dan dia terus berdiam diri. Di group whasapp bukan main bercerita...  Sekian...