Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Ahad, 21 Mac 2021

Akaun Nuffnang Hilang, Tiada Dalam Data

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Kelmarin ada sedikit masa terluang dan tergerak hati untuk log in akaun nuffnang. Dengan terkejut dan dukacitanya terjadilah seperti yang di bawah. Emel saya langsung tiada dalam data Nuffnang. Puas saya cuba, memang tak boleh.


 

Banyak juga pendapatan dalam akaun tersebut, hilang begitu sahaja. Sebab apa saya tidak tahu. Adakah Nuffnang sudah tidak beroperasi sekarang? Tetapi code iklan yang diletak masih aktif. Masih ada simbol Nuffnang. Muncul juga iklan Nuffnang di situ.

Oleh itu, saya buat keputusan untuk buang code iklan tersebut dari blog. Sakit hati ini amat terasa. Semoga ada rezeki di tempat lain. Amin...

Jumaat, 16 Januari 2015

Punca Status Non-Glitterati

Assalamualaikum....

Ini adalah entri kedua untuk hari ini. Entri pertama saya bertajuk Apabila Status Nuffnang Non-Glitterati. Entri pertama adalah lebih kepada persoalan mengapa ianya berlaku? Perasaan terkejut dan sebagainya.

Entri yang kedua ini adalah untuk menjawab kepada persoalan tersebut. Inilah jawapan daripada tiket yang dihantar kepada pihak Nuffnang.


Terima kasih James Khor yang menjawab pertanyaan saya itu. Tq juga kepada Nuffnang. Oleh itu, terjawablah sudah segala persoalan.

Nuffnang

Memang tidak dinafikan bahawa blog saya iaitu blog Ilham Fotografi tidak mempunyai pelawat dan kurang aktif. Blog tersebut merupakan blog saya menyimpan gambar-gambar yang telah diambil untuk tatapan sendiri dan juga keluarga. Pembaca blog memang kurang menggemarinya pada pandangan saya.

Tindakan yang saya lakukan adalah dengan memadam sahaja blog tersebut dari akaun Nuffnang. Sayang memang sayang tetapi ia telah menjejaskan status Nuffnang. 

Blog ini pun kurang pelawatnya. Menulis sebab minat dan ingin mencuba. Jadi, saya akan terus menulis walaupun orang anggap blog 'syok sendiri'. Saya minat dan saya akan teruskan. Blog dijadikan diari untuk mengisi kisah kehidupan. 

Apabila Status Nuffnang Non-Glitterati


Assalamualaikum....

Apa anda rasa bila melihat status nuffnang anda non-glitterati? Dan apa pula saya rasa? Sudah tentulah rasa terkejut, tertanya-tanya, marah pun ada...

nuffnang

Sebab apa jadi begitu? Selama nie okey jer.. Jadi cepat-cepat hantar tiket pada nuffnang. Harap dapat balasan secepat yang mungkin. Tak sukalah jadi begini. Saya sangat setia dengan Nuffnang... Setia sangatlah konon letak juga H12 dan PopAds...:)

Adakah sebab ini? Cuba tengok gambar di bawah.

Nuffnang

Hanya skyscraper je yang mempunyai bintang. Adakah itu sebabnya? Walhal saya sudah meletakkan ketiga-tiga iklan dalam blog. Bagi anda yang tahu, sharelah pengetahuan anda itu pada saya :)

Lagi satu, baru kelmarin saya letakkan disable right click tanpa alert pada blog. Adakah itu juga puncanya? Buntu memikirkan jawapan. Harap perkara ini tidak berlarutan....