Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mac 2024

Mee Sizzling di Mydin, Parit Buntar

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga semua sihat dan ceria selalu. Gambar tahun lepas, mee sizzling. Adik bongsu suka sangat mee sizzling di Mydin, Parit Buntar ini.

 
Layan jerlah gambar...

 
Ada rezeki, boleh makan lagi :)
 

Selasa, 12 Disember 2023

Kek Tapak Kuda Nutella Oleh Cahaya Petunjuk

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat bekerja dan selamat menjalani aktiviti harian. Semoga semua baik-baik sahaja 

Kek Tapak Kuda Nutella RM11. First time rasa kek ini.

Kecil sahaja keknya. Mungkin Nutella yang buat dia mahal.

Selasa, 24 Oktober 2023

Goreng Pisang Sedap

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hati ini terlalu merindui orang yang telah pergi. Kadang kala ada rasa bersalah kerana tidak buat yang terbaik ketika ianya masih hidup. Tapi sebagai manusia biasa mana pernah tidak melakukan sebarang kesilapan. Pemergian itu memang amat menyakitkan. Rindu yang tiada kesudahan. Apa-apa pun hargai apa yang di depan mata. Bersyukur apa yang dimiliki sekarang. Alhamdulillah...

Semoga setiap ujian dapat dihadapi dengan tenang dan sabar. Bergantung dan berharap pada Allah. Dengan rahmat Ilahi, segala kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

 
 Apabila pulang dari kerja, lihat ada goreng pisang yang dibeli oleh abah. Syukur, alhamdulillah...

 
Dapat alas perut sebelum masak untuk makan malam. Abah memang memahami. Kami saja yang tidak memahami abah. Terima kasih abah, terima kasih ya Allah :)

Ahad, 22 Oktober 2023

Kerepek Pisang Berangan Hasil Tanaman Abah

 Assalamualaikum dan selamat pagi. Kenapalah pagi-pagi pun rasa stress. Tak cukup tidurkah? Cukup malah rasanya sudah lebih dari cukup. Stress banyak kerja tapi tak tahu nak mula dari mana? Akhirnya semua kerja tak jadi. Cuti dua hari masih belum cukup apatah lagi cuti sehari...

pisang berangan

Cerita kelmarin, buat kerepek pisang berangan. Guna cara kawan iaitu dengan rendam pisang dengan air garam untuk seketika. Nanti rasa garam akan masuk ke dalam pisang.

kerepek pisang berangan

 Inilah hasilnya, kerepek pisang berangan yang enak. Kena sagat pisang dalam belanga terus barulah pisang tak melekat antara satu sama lain. Tak boleh kedekut minyak juga, kena guna minyak yang banyak.

Ahad, 1 Oktober 2023

Jelly Kelapa Sempena Ponteng Kerja

Assalamualaikum dan selamat malam. Penat juga malam ini walaupun kerja di pejabat sudah kurang. Pedihnya mata. Pada hari Khamis lepas, sempat buat jelly kelapa kerana ponteng kerja. Esoknya bawa sedikit ke tempat kerja dan beri pada kawan.

 Buat seperiuk besar jelly kelapa daripada 6-8 biji kelapa muda.
 
 
Pada hari Isnin, kawan balas bekas dengan memberi kek air tangannya. Tinggal sedikit jer lagi baru teringat nak ambil gambat. Teima kasih BFF sudi berikan kek :)

Khamis, 16 Mac 2023

Jelly Kelapa dan Kuih Denderam

 Assalamualaikum semua... Masa cuti semester bulan Januari yang lalu, adik bongsu teringin makan jelly kelapa. Jadi kita tunaikan permintaannya dan meminta abang kaitkan kelapa muda. Nak resipi jelly kelapa boleh klik di sini.

jelly kelapa

jelly kelapa

kuih denderam 
Resipi kuih denderam boleh klik di sini :)
 
kuih denderam

adunan kuih denderam
Ajak adik buat kuih denderam dan dia perlu menggoreng, alhamdulillah dia mahu pula. Selalunya pasti ada alasan nak dietlah, tak suka kuih manislah, tak baik untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Peliknya kali ini dia mahu memberi kerjasama. Hasilnya seperti di atas :)

Sabtu, 11 Mac 2023

Rezeki dari Allah S.W.T.

 Assalamualaikum dan selamat malam. Apa khabar semua? Hari ini seharian sakit perut, tak mampu nak buat apa. Nak ke dapur pun tiada mood. Rasa nak tidur sahaja. Tak tahu kenapa, suka sangat ambil gambar makanan. Makanan biasa-biasa jer pun tak special pun tapi alhamdulillah, kenyang.

nasi ayam penyet 
Nasi ayam penyet di Tanjung Piandang, Perak
 

Hari Sabtu minggu lepas, rasa teringin makan laksa. Pergi kedai laksa sudah habis yang dibelinya nasi ayam penyet, bihun sup dan keropok lekor. Alhamdulillah, makanlah kami tiga orang makanan yang dibeli. Rasa sorang sikit.

 Roti adik beli di Mydin Parit Buntar, dia belanja. Lama sudah...

aiskrim kacang merah

aiskrim kacang merah

aiskrim kacang merah 
Aiskrim kacang merah, buatan sendiri. Tak ingat resipi dan tak tulis lagi di blog resipi. Jika ada rezeki nak buat lagi :)

Isnin, 20 Februari 2023

Ubi Kayu Hasil Tanaman Belakang Rumah

 Assalamualaikum dan selamat petang semua. Pernah makan ubi kayu tak? Kalau masa kecil memang selalu sangat makan ubi kayu. Sekarang ini susah sikit nak dapat kerana khinzir suka kacau pokok ubi kayu yang ditanam. Tak sempat kita nak makan, dia yang ambil dulu.

Ubi kayu ini abah yang tanam di belakang rumah. Alhamdulillah menjadi. Tetapi ini gambar lama bukan yang terkini. Cerita kembali sahaja.

Ubi kayu sedap dibuat kuih bingka, talam ubi kayu, lepat, cucur dan pelbagai lagi.

Dalam peti ais masih ada ubi kayu yang telah diparut. Tak pasti nak buat kuih apa. Esok-esoklah kita fikirkan..hihi..

Ahad, 19 Februari 2023

Makanan yang Pernah Dimasak

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 1 hari 1 entri jika berkesempatan. Entri kali ini berkaitan makanan yang pernah dimasak pada masa yang lepas. Godek-godek laptop rasa sayang nak buang sebelum disiarkan. Simpan untuk kenangan diri sendiri. Semoga terhindar dari dosa jika yang tidak senang melihatnya. Bukan niat  untuk menunjuk tetapi sebagai kenangan sendiri.

Ini kek pandan bersantan. Saya cuba banyak kali juga baru berhasil jadi begitu. Jika tidak ia tidak masak di tengah. Jika anda hendak mencubanya boleh klik di sini.
Kek kedua ini juga merupakan kek pandan tetapi tidak letak santan. Kemudian letak krim dan coklat ganache di atasnya.
Kek ini dibuat hasil dari bahan-bahan lebihan kek yang ada. Jadi ini namanya kek cincai jadi saya tak tulis resipi. Kek yang direka sendiri sahaja menggunakan bahan yang ada.
Ini pula merupakan roti berbentuk cendawan. Pahit bila makan di luarnya sebab menggunakan serbuk koko. Untuk nampak jadi real cendawan sahaja. Nak resipi boleh klik di sini.
Makanan yang terakhir ialah kek batik indulgence. Nampak comot sikit tapi rasanya memang sedap.
Nak potong dia memang rumit sikit kena guna pisau yang tajam dan dipanaskan. Gambar selepas dipotong memang tiada sebab orang kedah kata belemuih sangat.. hihi.. Nak tengok resipi klik di sini. Sekian..

Selasa, 24 September 2019

Nikmat Dunia Part 2

Jom layan nikmat dunia yang diberi oleh Allah S.W.T. Syukur alhamdulillah...

 Nasi Goreng Ayam
Tanjung Berembang, Nibong Tebal
RM5

 Cendol di Kuala Kangsar, Perak. 

 Mee Kari

 Laksa dan ABC di Kuala Kangsar juga...

 Tempeyek sempena Hari Raya Haji
50 keping RM 11
Tempah dengan Midah Laksa, Tanjung Piandang
Sedap sangat !!

 Kek sempena birthday Ms Chong dan Jackson

 Mee Bandung
Pasar hari khamis, Sg Baharu Kuala Kurau
RM2.50
Kurang sedap sebab terlajak masin adik kata...

 Menikmati di Brader's Cafe, Parit Buntar
Air tembikai laici dan air kiwi
Saiz kecil RM 3.50

 Nasi Goreng Chicken Chop
Brader's Cafe
RM9


Ahad, 22 September 2019

Nikmat Dunia Part 1

Minggu ini mood tidak baik sangat. Fikiran melayang-layang. Jiwa tak tenteram. Banyak sangat dosa yang telah dilakukan. Badan rasa semacam sangat. Fikiran melayang pada perkara yang tidak baik.

Jauhkan sifat tak baik dalam diri ini. Jauhkanlah dan tenangkan hati yang bergelora ini... Oleh itu, cuba menghabiskan masa dengan menulis dan lari dari fikiran negatif itu. Belek-belek laptop tengok gambar apa yang boleh dibuang. 

masak lemak nangka muda
 Gambar pertama masak lemak nangka muda. Air tangan mak. Nangka muda dari pokok di rumah sendiri. Alhamdulillah...

cucur jagung
 Gambar kedua cucur jagung. Jagung adalah pemberian dari sahabat iaitu Ean. Dia bagi dua tongkol. Apa lagi bolehlah buat cucur... Alhamdulillah...

bubur gandum dengan durian
 Bubur gandum dengan durian. Buat masa nak pergi berkelah di Ban Pecah, Tanjung Piandang. Buat kuew tiaw goreng sekali. Alhamdulillah...

kuew tiaw goreng

Selasa, 12 Mac 2019

Chicken Chop RM5


Chicken chop pasar malam hari Selasa di Tanjung Piandang, Perak RM5. Harganya memang sangat murah dan berbaloi. Kenyang sangat walaupun agak keras kerana sudah sejuk. Ada juga gerai lain menjual chicken chop harga RM6.

Nanti saya akan bandingkan kedua-dua chicken chop tersebut. Insya Allah... Inilah chicken chop paling murah ditempat saya dan mengenyangkan...

Jumaat, 15 Februari 2019

Episod Makan-makan Kenyangkan Perut

Ustaz kata tak baik letak gambar makanan di media sosial kerana membuatkan orang lain teringin tetapi saya letak bersebab... First sebagai kenang-kenangan bersama insan yang tersayang. Kedua saya ingin hias makanan seperti makanan di kedai berpandukan gambar yang disimpan. 

Ketiga saya ingin mencuba memasak makanan yang pernah dimakan sebelum ini. Nak lihat sama ada menjadi daripada segi rupanya atau tidak... Tetapi saya rasa memang penting untuk saya publish di blog makanan tersebut bukan untuk menunjuk tetapi lebih kepada kenang-kenangan...

Kali ini saya makan di restoren Thai yang terletak dalam Mydin, Parit Buntar.

Nasi Goreng Pataya sahaja saya order

 Menu ini adik saya order

Mee adik saya seorang lagi order. Best makan ramai-ramai...

Destinasi kedua, kami menjamu selera di Border's Tea Parit Buntar. Bukan pada hari yang sama yer. Kami order air strawberi dan air mangga.

Spageti Big Carbonara di Border's Tea Parit Buntar