Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2022

Majlis Perkahwinan yang dirahsiakan...

 Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2022. Baru berkesempatan menulis blog personal. Sibuk dengan kerja hakiki dan kemalasan diri. Tahun 2021 mencipta banyak kenangan tetapi kenangan yang terakhir adalah kenangan yang kurang enak. Lebih pada merajuk diri. Merajuk tetapi tiada siapa yang boleh pujuk.

Alkisah, kita punyalah sembang macam-macam pada BFF mengenai adik rakan sekelas yang akan melansungkan perkahwinan. Rakan sekelas itu merupakan sepupu saya juga. Jadi dia menyuruh saya menjemput BFF ke majlis kenduri adiknya. Saya pun menyampaikan jemputan sepupu saya itu pada BFF. BFF saya kata kenduri adik dia jer pun, jadi tak perlu pergi pun tak mengapa. 

Tetapi alangkah terkejutnya saya dalam masa terdekat itu juga adik lelaki BFF melangsungkan perkahwinan. Dia tak cerita langsung pada saya dan rakan sekerja. Saya tahu mengenai majlis tersebut setelah melihat status kak iparnya di Facebook. Saya punyalah sembang mengenai majlis perkahwinan adik sepupu, dia buat diam sahaja. Kenapa dia rahsiakan? Saya kenal adiknya, walaupun tak mahu dipanggil kenduri cukuplah sekadar bercerita. Saya tidak kisah pun jika tidak dipanggil kenduri. Kenduri adik sepupu pun saya tak pergi kerana bekerja.

Apa yang lebih menyedihkan BFF saya yang seorang lagi dipanggil pula kenduri. Saya tanya juga nak pergi kenduri mana, tapi dia buat diam jer. Bila hari kenduri dan dia letak status di WhatsApp baru beritahu yang dia dipanggil oleh ayah BFF saya sendiri. Kenapa sebelum ini tidak jawab begitu?

Rakan-rakan sekerja turut terkilan kerana dia langsung tidak bercerita. Kami semua tak kisah jika tidak dijemput tetapi cukuplah sekadar bercerita. Kita faham sekarang ini Covid berleluasa, kenduri tak digalakkan buat besar. Saya sebagai BFF apatah lagi, cukup rasa terkilan. Apa yang nak dirahsiakan??

Luahan ini bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai tempat saya meluahkan rasa. Saya tahu saya banyak kekurangan dan bukanlah seorang sahabat yang baik. Apa-apapun semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat.

Sabtu, 15 Oktober 2016

Maafkan Ku Ibu

Assalamualaikum...

Entah bagaimana diri ini telah membuat ibu menangis. Kenapa jadi begitu? Selalu sahaja merajuk dan tidak sabar serta selalu marah-marah. Angin membelenggu dalam diri, perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Emosi tidak terkawal. Berperang dengan diri sendiri. Jiwa kacau....

Maafkan ku kerana melukai hatimu ibu... Kadang-kadang hati ini sengaja membuat demikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati... Sebenarnya ingin bantu ibu tetapi kerana badan tidak sihat dan emosi yang tidak stabil menyebabkan diri sering marah-marah... Maafkan ku ibu.....

Isnin, 1 Disember 2014

Tamatlah Sudah Riwayat Handphone Samsung Galaxy Y

Assalamualaikum...

Hari ini mood sedih. Apabila barang yang kita gunakan setiap hari, rosak dan tidak berfungsi lagi. Aku beli phone nie masa ianya masih mahal dan sekarang nie phone nie memang ketinggalan zaman abis... mempunyai wifi, boleh melayari internet dan touch screen. Sekarang ini ianya dah rosak.. Argghhh...

samsung galaxy Y

Suka sangat guna phone nie, walaupun murah tetapi banyak kegunaan. Senang nak dijaga dan bawa ke mana-mana sebab ianya kecil.

samsung galaxy Y

Selesa sangat menggunakannnya. Cuma kameranya cuma 2 MP rasanya. Tapi okeylah daripada takde. Aku jarang guna kamera handphone. 

Tapi, aku masih bersyukur kerana handphone yang rosak bukan laptop. Syukur sangat sebab laptop aku pun dah lama. Lagi lama dari handphone tersebut..huhu... Sekurang-kurangnya aku dapat update blog lagi. Syukur, alhamdulillah....