Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2020

Pacat Oh Pacat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ini baru berkesempatan menulis blog. Masa di rumah dirasakan terlalu singkat dan belum puas untuk menikmatinya. Kali ini tangan pula sakit, tak tahu sebab apa. Mungkin terseliuh, tak pasti sama ada masalah tulang atau urat. Sakitnya macam kebas-kebas dan rasa aliran darah tidak jalan dengan lancar.

Pacat yang dijumpai dalam bilik air dan sampai ke bilik tidur dia mengikut. Dia naik di kaki semasa mengambil wuduk dan solat dalam keadaan pacat di celah jari kaki. Masa basuh kaki saya sudah rasa ada sesuatu yang licin. Tetapi saya hanya menggosoknya dan meratakan air untuk wuduk.

Nasib baiklah semasa naik di atas katil, saya lihat sekali lagi di celah jari kaki kerana berasa tidak selesa. Geli memanglah geli. Tariknya menggunakan kain selimut secepat mungkin. Tak berani nak pegang terus menggunakan tangan. Rasa badan seram sejuk.

Geli yang amat dan rasa jantung berdegup dengan kencang. Kemudian jerit pada adik yang duduk di bilik sebelah, tolong buangkan pacat sebab dia berani. Sekian, kisah tentang pacat. Pacat pun nak buat entri sebab jenis penakut yang amat dan boleh dijadikan cerita. Tolong jangan ketawa yer :)

Rabu, 16 September 2020

Selamat Hari Malaysia 2020

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita terus hidup aman damai dan bersatu padu. Apa rancangan anda pada hari cuti ini? Bagi saya rehatkan diri di rumah sahaja. Kerja banyak tapi malas sangat nak buat. Apa nak jadilah.. Macam mana nak kahwin nih? Masak pun tak pandai..

Bila sebut pasal kahwin, perasaan untuk berkahwin itu memang ada tetapi masanya belum sampai. Lagipun terlalu banyak kekurangan yang sukar untuk diterima pasangan. Apa-apapun bahagiakan diri sendiri dan keluarga serta lalui hidup ini dengan tenang walaupun terasa agak kesunyian.

  Hati keras? Macam mana nak lembutkan?

Sabtu, 18 November 2017

Cerita Minggu Lepas Bab Makan


Minggu lepas mak dan kakak pergi majlis pertunangan. Macam biasa bila pergi majlis pertunangan semestinya harus membawa buah tangan terutama kenalan rapat. Takkan nak datang dengan tangan kosong. Tart nenas buah tangannya. Tempah dua, satu untuk kenduri satu lagi makan sendiri...


Sedap juga rasanya, tak mampu nak buat sendiri sebegini. Jemnya lembut. Rasanya sedang-sedang iaitu tak terlalu manis tetapi secukup rasa. Cantik pula tu..


Juadah yang dimasak sendiri. Takde idea untuk memasak. Sekadar sup telur dan kentang.


Ayam goreng tepung segera yang dijual dipasaran. Tak payah fikir sedap ke tak, cukup masin ke tak sebab tak perlu letak garam sendiri. Namun, tetap fail juga rasanya kerana jadi keras terlajak goreng. Jenuh nak makan tepung.... Sekian.. Diari insan yang tak mahir memasak...

Sabtu, 8 Ogos 2015

Buat 'Cekodok' Pun Fail

Assalamualaikum...

Arghhhh... mood geram lagi tension. Cekodok atau lebih dikenali jemput-jemput pisang tak jadi... Mula-mula dalam minyak, okey jer bulat elok, lawa, cun melecun, dan bila diangkat kepek atau kemek...

Kali ketiga sudah aku cuba membuatnya. First try jadi keras kerana terlajak tepung. Second try jadi kepek kembali apabila diangkat dan yang ketiga tetap sama. Macam-macam tepung juga yang dicuba. Tepung beras dan tepung gandum sahajalah...

Minta tips dari kawan-kawan bagaimana membuat cekodok yang bulat comel lote, ada rongga udara di dalamnya. Mereka mengatakan lebihkan pisang berbanding tepung. Jangan masukkan air. Kalau perlu juga letak sikit sahaja semasa blender pisang. Nak lagi sedap campur tepung beras sedikit agar kuih menjadi lebih rangup. 

Huwaa..tak berjaya lagi. Insya Allah, jika ada pisang lagi boleh cuba. Masa kecil-kecil dulu pernah buat cekodok dan menjadi dengan elok. Bila sudah besar dan lama tak buat tak menjadi pulak...

cekodok fail

Cekodok di atas aku letak tepung beras sahaja. Mungkin tak cukup tepung rasanya. Kalau anda ada sebarang tips boleh kongsikan yer. Saya budak baru belajar :)

Isnin, 3 Ogos 2015

Murahnya Rezeki di Bulan Syawal

Assalamualaikum...

Begitu banyak open house dan kenduri kendara di bulan Syawal yang indah ini. Terpulang kepada kita sama ada hendak hadir ataupun tidak. Tetapi untuk tidak menghampakan orang yang menjemput, sebaik-baiknya kita hadir dan meraikannya.

Malaysia memang kaya dengan makanan. Sana-sini makanan tak habis dan masih elok tetapi dibuang. Sayang sangat. Membazir amalan syaitan... Jadi, nak buat open house biarlah berpada-pada dan jangan sampai membazir pula :)

buku diari dan cd agama

Rezeki saya pada bulan Syawal ini, pemberian adik angkat kesayangan. Kalau adik angkat datang ke rumah tak pernah datang dengan tangan kosong. Naik segan saya jadinya. Kuih-muih, buku, cd dan yang paling best beri duit raya pada kakak angkat. Kakak angkatnya tak kerja dan single lak tuh...hehe... TQ sangat...