Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Ahad, 7 April 2019

Beli Telefon Bimbit Baru :)

Rentetan daripada peristiwa handphone saya rosak, maka terpaksalah saya membeli handphone baru. Klik di sini jika ingin mengikuti cerita tersebut. Handphone ini saja yang saya mampu milik. Bukan tak nak beli yang mahal sedikit, tetapi saya seorang yang tidak cermat dalam menjaga handphone. Bayangkan baru sahaja beli, sudah jatuh beberapa kali.

OPPO A3S
RM 599

Free gift yang diperolehi

Lain kedai lain free gift yang diberi. Saya survey banyak kedai juga. Kedai yang saya beli paling berbaloi dan layanan yang sangat baik...

Resit bayaran.. Simpan untuk buat rujukan dan kenangan...

Tempat Cas Phone Meletup dan Handphone Rosak

Sebenarnya, kisah ini telah lama berlaku. Ianya berlaku selepas tahun baru Cina. Ketika kita semua sudah habis bercuti dan memulakan tugas hakiki untuk mencari rezeki. Pada malam itu, saya lupa untuk cas phone. Jadi, bila masuk sahaja office saya terus mendapatkan tempat cas phone dan membuka suis. 

Tetapi, saya telah alih tempat cas phone tersebut dari plug biasa yang saya gunakan selalu. Selalunya saya akan meletakkan di plug penyambung yang mempunyai suis yang banyak. Ada 4 suis. Maksudnya bukan di suis utama.Tetapi pada kali ini saya telah mengecas di suis utama tanpa ada penyambung yang lain.

Ketika saya cas, tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang kuat disertai cahaya api. Kebabom... Bayangkan tempat cas tersebut berada di bawah meja dan saya berada di meja tersebut. Penutup tempat cas terlompat ke badan saya. Cahaya api juga terkena kaki dan badan.

Dengan automatik, bekalan elektrik terputus. Syukur sangat.. Jika elektrik tidak tertutup, tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi. Mungkin phone juga boleh meletup. Phone saya juga menjadi panas dan tidak dapat dibuka lagi. Saya menggunakan handphone Oppo ketika itu.

Inilah first time terjadi pada saya. Sebelum ini saya memang terfikir untuk membeli handphone baru. Tetapi ditangguhkan dahulu kerana phone tersebut masih boleh digunakan lagi. Saya selalu juga marah-marah bila phone tersebut 'heng' dan suka buat hal. Akhirnya, dia pergi jua...


Tempat cas yang meletup dan terbakar. Phone saya juga ada kesan hitam terbakar. Syukur alhamdulillah, saya tiada apa-apa. Puncanya, saya juga tidak tahu sampai sekarang. Tetapi saya rasa yang pertama mungkin suis utama terlalu kuat bekalan elektriknya. Kedua, tidak menggunakan tempat cas yang ori atau sebenar. Saya menggunakan tempat cas jenama Samsung iaitu kepalanya manakala wayarnya pula di beli di DIY sahaja. Ketiga, phone saya sudah terlalu lama dan bateri sudah rosak.

Kebanyakan mengatakan puncanya kerana menggunakan tempat cas yang tidak original. Itu yang dikatakan oleh rakan sekerja. Sekian...

Ahad, 16 Disember 2018

Anjing Tidak Mahu Pulang


Selamat berhujung minggu semua. Apa perancangan aktiviti anda pada hari ini? Kalau ikutkan hati mahu tidur sahaja tetapi terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Kemas rumah kelmarin dari pagi sampai pukul 1.30 petang. Mandi pun lambat. Aduhai penat sungguh.. Hari ini kalau boleh nak rehatkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai  atau tertangguh contohnya menulis blog, melihat gambar-gambar yang diambil dan sebagainya.

Berbalik pada tajuk entri, ada seekor anjing yang singgah di belakang rumah saya dan terus menetap di situ. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalaunya tetapi tidak dihiraukan. Dia macam suka tinggal di belakang rumah saya. Masalah... masalah...

Ianya sangatlah mengganggu aktiviti harian kami. Nak jemur kain pun terpaksa menjerit dahulu untuk menghalaunya. Kadang-kala ia lalu di bawah ampaian dan badannya terkena baju. Nak buang sampah pun susah, bagi makan ikan di dalam telaga pun susah. Pendek kata memang merimaskan.

Pada mulanya ayah bercadang nak bunuh saja anjing tersebut dengan benda tajam dan tanam. Tetapi kami tak sampai hati dan mencadangkan beri pada orang Cina atau India. Masalahnya tiada orang nak. Kemudian cuba telefon bomba dan melaporkan tentang anjing tersebut. Dalam fikiran, bomba bukankah kerjanya menolong orang? Tetapi tidak... Itu bukan tugasnya...

Bomba telah melepaskan tanggungjawab tersebut pada Majlis Daerah. Akan tetapi kawasan rumah saya bukan jagaan Majlis Daerah. Rumah kami hanyalah rumah kampung. Tidak membayar cukai pintu. Jadi bukan tanggungjawab mereka. Jika Majlis Daerah beroperasi pun lambat lagi katanya tetapi bagi kawasannya sahaja. Masalah lagi...

Majlis Daerah cadangkan kami membunuh anjing tersebut dengan memasukkan racun dalam makanannya iaitu nasi. Masalahnya pula kami takut makanan tersebut turut dimakan oleh kucing yang berkeliaran. Banyak pula dosa membunuh kucing. 

Apa jadi dengan anjing itu sekarang? Kalau nak tahu anjing itu masih hidup dan sihat walafiat. Tiada usaha untuk menghapuskannya. Ayah mungkin merajuk sebab masa awal kami semua membangkang. Jadi ayah tidak jadi untuk membunuh anjing tersebut. Ayah tanyakan pendapat kami, jadi saya jawab ler tak sanggup... Sekarang ini ayah tidak mahu meracunnya.. Ayah sudah malas untuk mengambil tindakan... Anjing pula semakin lama semakin berani. Dia ingat dia kucing. Kucing makan dia pun nak makan. Sampai bergaduh dengan kucing merebut makanan. Kucing masuk rumah dia pun nak masuk rumah kalau pintu terbuka. Jadi kami terpaksa lebih berhati-hati. Sekian...

Ahad, 28 Januari 2018

Anak Burung Pengsan dalam Rumah

Eh! bunyi apa yang bising sangat di luar rumah? Bunyi belalang pelesitkah? Mungkin juga sebab malam tadi baru sahaja menghalaunya ke luar dari rumah... Mak memang takut dengan belalang itu, kalau mengeluarkan bunyi memang dahsyat...

Tidak berapa lama kemudian, bunyi itu kedengaran di dalam rumah pula. Kuat dan membingitkan. Cari punya cari, rupa-rupanya ada anak burung bertenggek di dinding kayu rumah. "Awat duk situ, pi balik rumah hang"... boleh pula aku bercakap macam tu kat burung..hihi...


Keesokan harinya, mak beritahu burung tersebut pengsan. Kaki berada di atas dan kepala di bawah. Mak angkat dan masukkan dalam baldi. Mungkin burung itu tersesat kerana terlalu takut ia mengeluarkan bunyi dengan kuat. Kemudian, terkena pula kipas angin dalam rumah...


 Cuba bagi nasi padanya tapi tak makan pun..  Eksperimen jer...


Apabila burung kembali sedar, kami pun bawa baldi tersebut ke luar rumah dan seterusnya mengeluarkannya. Burung tersebut kembali terbang. Selamat tinggal burung...  Jangan lupa kami di sini :)

Ahad, 27 Disember 2015

Selamat Tinggal Sepatu Konvo...

Assalamualaikum....

Alahai kasutku...apa sudah jadi? Hancur berkecai tapaknya. Tapak getah menjadi lembik dan cair seterusnya hancur berkecai. Sekali sahaja digunakan iaitu sewaktu konvokesyen pada tahun 2010 yang lalu. Itulah yang pertama dan terakhir aku memakainya. Cer tengok...

Depan nampak macam ok sikit...


Bila tengok tapaknya, macam nak muntah!! Tamatlah riwayat kasut ini.. Expired sudah... Tapi ini kasut murah, memang cepatlah rosaknya...

Pengajaran yang dapat diambil bagi aku ialah apabila beli kasut, pakai sampai jemu dan puas hati. Jangan nak simpan je. Tengok-tengok rosak juga. Bila sudah rosak dan tak puas lagi memakainya mesti rasa sayang yang amat...

Sabtu, 24 Oktober 2015

3 Biji Kek (Kek 1 Malaysia)

Assalamualaikum...

Kek tiga minggu lepas, baru nak publish di blog. Kenduri arwah di rumah Tok, buat besar jugak kendurinya. Satu ekor lembu. Makanan banyak tidak terkira. Orang yang bertandang juga bawa pelbagai makanan.

3 Biji Kek Satu Malaysia

Kek pisang, kek coklat dan kek pelangi.. Erm...sedapnya.. masuk bakul angkat sendiri :) Kek mewakili 'Satu Malaysia' kerana ada Melayu, Cina dan India. Cuba teka mana satu kek untuk Melayu, Cina dan India? Hanya gurauan semata okey :)

kek pelangi

Kek pelangi.. tapi rasa tak puas hati kerana kurang gebu.....

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kisah Cermin Mata Baru

Assalamualaikum....

Apa khabar pembaca dan para blogger? Semoga berada dalam keadaan sihat belaka hendaknya. Amin... Baru-baru ini ada membeli cermin mata baru kerana cermin mata lama sudah kurang power dan ada kesan pecah-pecah pada cerminnya. Jadi memang kabur sangatlah...

Cermin mata yang dibeli RM280. Bingkai harga RM150, cerminnya pula pandai-pandai la kira sendiri yer. Aku ada bagi nipis sikit cerminnya, jadi harganya mahal sikitlah asalkan tak nampak tebal sangat. Rabun teruk sangat. Sejak sekolah rendah lagi perlu memakai spek.

cermin mata

Balik-balik aku pakai la.. nak pakai kat kedai terus takut pening sebab tak biasa. Sebelum tu ada juga test ok ke tak di kedai. Pakai tak berapa minit aku rasa macam adoi sakitnya telinga. Buka spek nampak kat hidung punya teruk berbekas di hidung tempat letak spek. Sakit, merah macam nak melecet kulit di situ. 

Jadi, senang cerita aku pergi kedai itu balik dan tukar bingkai baru. Dia potong sikit cermin bagi sesuai dengan bingkai baru. Nasib baik free of charge. Cuma ambil masa untuk menyiapkannya dalam masa satu jam.

Harap-harap okeylah cermin mata nie. Walaupun pada mulanya agak pening dan macam tidak balance antara kiri dan kanan. Lama-lama okey sikit. Pengajaran yang diperoleh adalah jangan cari bingkai yang cantik jer tapi tak selesa. Ingat bahawa dulu juga anda pernah mengalami sakit di telinga ketika pakai spek, tak ingat-ingat lagi ka? Itu ingatan untuk aku... Sangat sensitif....Tapi bila lama tidak membeli cermin mata membuatkan kita lupa....

Nota : Spek mata yang baru macam longgar dan suka melorot jer nak jatuh..tapi tak sakit ketika pakai... Tapi  bila pakai spek mata macam berat dan mudah rasa penat dan pedih. Adakah itu normal?

Khamis, 5 Mac 2015

Kempunan Makan Epal Hijau

Assalamualaikum...

Cerita lama.. Saya tidaklah begitu suka makan epal hijau. Tapi bila menonton Nasi Lemak Kopi O, Trio Bikin Jus... nampak sedaplah pula :) Lagipun epal hijau lebih baik berbanding epal merah.

Terbeli pula epal hijau Granny Smith. Hilang selera bila tengok berita di televisyen mengenai epal jenis Granny Smith dan Gala dari California, Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi bakteria listeriosis.

epal jenis Granny SMIt

Jadi terus buang jer. Membazir tapi lebih baik mencegah sebelum berlaku sesuatu yang buruk. Tak nak juga dibelenggu perasaan was-was. Tiada rezeki untuk makan buah epal....

Khamis, 5 Februari 2015

Tiket Wayang Free di Kerian Sentral Mall

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk menonton di panggung wayang LFS (Lotus Five Star Cinemas) Kerian Sentral, Parit Buntar. Free screening 31 Januari hingga 4 Februari 2015 sempena perasmian pembukaan panggung wayang tersebut.

Movie for free at Kerian Sentral Mall


Kami (aku, kakak, adik dan kawan adik) dapat 5 tiket free hasil belas ihsan dan pemberian orang lain. Siapa? Erm...biarlah rahsia... Memang mencabar nak tengok wayang, bayangkan cerita mula pukul 5.30 petang dan 5.30 petang jugalah kami bertolak dari rumah.

Movie at Kerian Sentral Mall

Sampai di panggung wayang pada pukul 6 petang. 7 malam pula cerita berakhir. Walaupun sempat menonton satu jam sahaja sudah cukup menggembirakan. Nasib baik free, kalau tidak memang menyesal juga. Cerita yang kami tengok bertajuk Maleficent. Memang best panggung wayang di situ. Selesa, service terbaik dan rasa macam nak tengok lagi !!!

Rabu, 14 Januari 2015

Ditahan oleh Security Guard di Mydin Shopping Mall

Assalamualaikum...

Hari ini tiada mood. Rasa amat bersalah pada seorang sahabat yang baik hati. Dia seorang yang amat baik hati dan memahami. Tetapi aku sudah melukakan hatinya. Maafkanlah aku...

Ermm.. hari ini aku nak story kisah aku kena tahan oleh Pak Guard di Mydin. Mana taknya bila aku nak masuk ja untuk shopping di Mydin, alat keselamatan kat pintu tu berbunyi. Terus la pak guard tahan...

Maka, dia check la barang-barang dalam beg aku. Apa yang menyebabkan alat tersebut berbunyi? Inilah dia... Tengok kat bawah tu...

kod bar barang kosmetik safi krim anti jerawat


Itulah barangnya... Bukan salah barang tersebut tetapi kerana ada pelekat kod bar. Aku beli barang tu kat Watson dan kebetulan hari Sabtu, takde beg plastik. Aku sumbat jer dalam beg. Apabila nak masuk jer dalam Mydin, penggera berbunyilah pula....

Penggera tersebut berbunyi kerana ada pelekat kod bar tersebut. Kebiasaannya gincu, minyak wangi dan barang kosmetik ada kod bar tersebut.

Selain itu, menurut security guard, dompet atau beg tangan baru dibeli juga boleh menyebabkan penggera berbunyi. Mungkin ada kod bar yang masih tertinggal dan tidak dibuang...

Rabu, 26 November 2014

Jadilah Seorang yang Amanah

Assalamualaikum...

Aku nak cerita kisah aku yang dulu-dulu. Masa tengah study. Muda remaja gitu. Kalau aku nak cerita kisah peribadi, aku lebih suka guna perkataan 'aku' berbanding 'saya'. Why? kerana aku lebih selesa dan menunjukkan tidak formal.

Alkisahnya, aku nak balik Universiti setelah bercuti di kampung. Jadi perasaan memang sedih la terpaksa berpisah dengan family. Sedih tau.. Aku pun beli tiket bas di kaunter, bagi RM10 dan harga tiket RM3.90. Dia bagi tiket kat aku, aku ambil dan terus duduk di kerusi depan kaunter bas tersebut. Memang aku still nampak lagi tukang jaga kaunter tersebut iaitu perempuan India.

Aku terlupa untuk ambil baki wang. Hati aku rasa macam tertinggal sesuatu jer. Ada barang ke tinggal kat rumah. Dompet, duit barang-barang lain semua ada. Selepas itu, aku kira duit aku.. Ermm..nape tak cukup. Aku ingat aku bawak banyak mana. Baru aku teringat aku tak ambil duit baki lagi.

Aku pun pergi ke kaunter untuk minta baki. Boleh pula penjaga kaunter tu kata, mana ada.. takde pun.. Dia boleh pula tak mengaku. Lama jugalah dia menafikannya. Aku dah tak larat nak minta. Akhirnya, dia bagi juga kerana aku yakin dan tegas. Cuba aku tak yakin, mesti dia ambil duit itu.

Boleh pula macam tu. Aku duduk depan dia nak panggil pun boleh untuk pulangkan baki. Tak pergi mana-mana pun lagi. Bas pun belum sampai. Ada hati nak 'ambil' duit itu la kot...


anak kucing
Gambar sekadar hiasan

"Ingat ya, jadilah seorang yang amanah dalam kehidupan ini...
Kita jaga hak orang dan Tuhan akan jaga hak kita"...

Sabtu, 23 November 2013

Kisah Ular Senduk...

Ular Senduk
Ular senduk yang telah mati dipukul
Ular Senduk dan Kucing
Kucing pun menyibuk sama..

Hai semua...entri kali ini adalah mengenai ular... Ular??? Ya... iaitu ular senduk..  'Macam takut jer, macam nak lari jer'...dan memang takut pun...

Ular ini dijumpai di dalam bilik mandi rumah. Cuba anda bayangkan ketika anda hendak masuk ke dalam toilet, terdengar bunyi ular dan seterusnya nampak ular tersebut. Takut tak? Begitulah yang terjadi...

Ular tersebut terperangkap di dalam perangkap tikus di dalam bilik mandi. Bagaimana kita untuk membunuhnya sedangkan ianya terperangkap di dalam perangkap tikus? Memang sukar dan mencabar...

Alhamdulillah, berjaya juga membunuhnya. Hero saya iaitu abah kesayangan yang membunuhnya. 

Bagaimana cara abah membunuhnya? Begini...

Di dalam bilik mandi, ayah telah merendam perangkap tikus ke dalam tong air yang berisi air. Tujuannya untuk melemaskan ular tersebut. Tetapi, apa yang telah terjadi.....

Ular tersebut telah keluar dari perangkap tikus tersebut dan berenang-renang di permukaan air.. Abah pun memukulnya.. Tetapi memang sukar untuk membunuhnya di dalam air dan ayah sendiri mengakuinya...

Syukur alhamdulillah, ular tersebut mati juga. Jika tidak, memang tidak berani masuk bilik air dan jika tinggal di rumah pun masih takut kerana tahu ada insan berbahaya yang tidak diundang.

Biasalah rumah kampung yang dikelilingi oleh sawah padi dan pokok kelapa sawit di sekeliling rumah memang tidak dapat lari dari binatang tersebut. Tikus, ular, katak, biawak dan sebagainya... Apa yang penting, kita harus lebih peka.

Kucing iaitu Tommy pun menyibuk sekali..  Dia pun macam takut juga apabila tengok ular tersebut....


Nota : 

Perangkap tikus tersebut mengandungi katak sebenarnya. Oleh sebab itulah, ular tersebut masuk ke dalam perangkap untuk memakan makanannya. 

Tujuan meletak katak di dalam perangkap tikus kerana katak terlalu banyak masuk di dalam rumah. 

Apabila dihalau keluar, ianya masuk semula ke dalam bilik mandi dan seterusnya ke dalam rumah. Adik kecil juga takut untuk masuk ke bilik air jika ternampak katak.

Kesilapan yang paling besar adalah tidak meletakkan perangkap tikus tersebut di luar rumah. Moga tiada lagi ular yang masuk... Memang sangat takut terutama jika tiada ayah di rumah.....Tak tahu nak buat aper....