Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cameron Highlands. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2022

Terjatuh Di Taman Lebah, Cameron Highlands

Assalamualaikum.. alhamdulillah adik bongsu kami sempat melihat mak. Adik balik ke kampung sempena pilihanraya umum. Untuk memberi kekuatan kepada adik dan juga kami sendiri, kami sepakat untuk menghantarnya pulang ke kampus. 

Sebelum hantarnya ke kampus, kami singgah sebentar di Cameron Highlands. Semasa di Taman Lebah, saya telah terjatuh kerana berjalan tidak pandang bawah. Tempat yang dipijak tidak rata. Kaki terkehel dan bengkak. Sekarang ini masih bengkak dan sakit.

Bila terjadi sebegitu, teringat pada arwah mak. Selalunya bila berjalan saya akan berjalan di belakang atau di sebelah mak. Jika ada jalan tidak rata, mak akan brek terlebih dahulu dan menyuruh kami berhati-hati. 

Sepanjang berjalan dengan mak, tak pernah berlaku perkara yang tidak baik. Mak memang seorang yang berhati-hati dan tenang orangnya. Bila berjalan bersama dengan mak, orang lain boleh bersabar. Membuatkan kami semua berasa tenang.

Isnin, 24 November 2014

Buah Tangan dari Cameron Highlands

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria. Cuti sekolah nie mesti ramai yang tercari-cari destinasi untuk bercuti bersama anak-anak. Apa kata pergi jer Cameron Highlands sebab banyak ole-ole menarik di sana. Tengok nie buah tangan yang dibeli di Cameron Highlands. Jom lihat apa yang boleh dibeli beserta harganya.


teh dan jem strawberi dan blueberi


  • Jem strawberi dan jem blueberi RM 10. Kalau beli satu jer RM6.
  • Ubi keledek 2 bungkus RM5.
  • Coklat dan di dalamnya ada perisa strawberi 2 bungkus RM5.
  • Teh strawberi dan teh blueberi RM18. Kalau beli satu tetap RM9. Tiada pengurangan atau penambahan harga.


buah strawberi segar dan jeruk kering

  • Strawberi segar 4 bekas RM10 dan yang kering pula sebungkus RM9.
  • Bantal bentuk strawberi RM10 (tiada dalam gambar)
Pelbagai lagi yang menarik terdapat di sana. Dapat menikmati aiskrim strawberi, melihat pelbagai jenis sayur-sayuran, ladang teh dan sebagainya.

Jom lihat kek coklat  yang dihias dengan buah strawberi. Cantik dan sedap kek ini. Memang sangat berpuas hati. Sebelum nie memang teringin sangat buat kek dan letak strawberi di atasnya. Akhirnya tercapai jua :)

kek coklat lembap strawberi

TQ adikku yang beli buah strawberi ini sebab dia yang pergi ke Cameron bersama rombongan sekolah pada 22 November lalu. Kalau anda nak resipi kek tersebut bersama toppingnya boleh klik pada Sajian Hati atau boleh klik pada gambar kek :)