Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah-buahan. Papar semua catatan

Rabu, 15 November 2023

Buah Anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak.

 Assalamualaikum semua. Hari ini masih lagi cuti. Kilang shutdown bermula Deepavali hingga 19 November 2023. Terpaksa tolak cuti 4 hari atau tolak gaji untuk 4 hari jika sudah tiada cuti tahunan. Dugaan dan kena banyakkan bersabar. Bagi kerja office tolak cuti terus manakala production pula layak mendapat duit makan RM30 sehari. Nampak sangat ketidakadilannya. 

Bagi berjawatan tinggi tiada kesan, bagi yang pendapatan minimum pula bagaimana? Sabar sahajalah. Bagi kilang tiada kesan, bagi cuti tidak bergaji. Habis cuti tahunan setelah dipaksa cuti. 

Stress tentang kerja, baik ubah topik lain. Buah anggur dari Gerai Pokok Anggur, Tanjung Piandang, Perak. Tak sempat lagi merasa menu-menu di sana. Gambar ini sudah lama iaitu 30/1/2023.

Buah anggur ini family yang bawa balik setelah menjamu selera di gerai Pokok Anggur. Comel-comel anggurnya. Boleh petik sendri tuan gerai izinkan :)

Jumaat, 1 Mei 2015

Nangka Madu di Tepi Parit

Assalamualaikum....

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada suri rumah yang tidak pernah berhenti dari bekerja walaupun pada hari cuti. Suri rumah merupakan kerjaya yang tidak bergaji tetapi bekerja dengan penuh kasih sayang di hati :)

Mesti puas bercuti. Maklumlah 4 hari. Tapi ada juga yang tidak bercuti terutama yang bekerja di syarikat swasta atau melibatkan pertahanan negara. Apa-apapun bersyukurlah kerana anda sebagai pekerja tetap dihargai walau apa jua pekerjaan anda...

nangka madu

buah nangka madu

Nangka madu di tepi parit,
Ambil pisau tolong potongkan...
Ha... sambunglah sendiri....

Amacam? Terliur tak? Aku sendiri pun terliur tau.. Kalau nak tahu itulah buah nangka madu hasil tanaman ayahku. Macam-macam terfikir, boleh buat serawa, wadai kepeng, murtabak dan sebagainya.. Nyummy.... Apa yang pasti ia adalah makanan yang boleh menyebabkan satu badan berangin beb...Bahaya tuh....!!

Rabu, 26 Disember 2012

Mak, Buah Apakah Ini?


Mak, buah apakah ini? Macam manakah rasanya? Nak makan macam mana?

Itulah soalan yang aku tanya pada mak. Begitu juga dengan adik-adik. Memang aku tak pernah jumpa buah ni seumur hidup aku..haha..Sebab ayah tak pernah beli. Tapi tak tahulah kalau dah lupa....hehe..

Buah ni namanya buah setol. Rasanya aku dah tak ingat macam mana. Tapi aku kurang gemar. So, jangan jadi ketinggalan zaman macam saya yer...Buah-buahan tempatan pun tak kenal...

Selasa, 10 Januari 2012

Durian Belanda @ Durian Benggala?





Buah apakah ini? Mak dan abah panggil buah ini buah durian benggala. Buah ini masam dan agak sedikit manis. Buah ini banyak khasiatnya.

Buah durian benggala di atas adalah hasil daripada pokok di belakang rumah saya. Buah ini tidak akan masak atau lembut jika diambil terlalu awal (muda). Jadi, kenalah berhati-hati ketika memetiknya.