Isnin, 19 Mac 2018

Selesai Sudah Majlis Akikah dan Kenduri Arwah

Alhamdulillah, selesai sudah majlis akikah anak saudaraku dan juga kenduri arwah yang berlangsung pada 18 Mac 2018. Semuanya berjalan dengan lancar cuma yang terkilan marhaban tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. Pada hari tersebut ada juga kenduri kahwin dan tetamu ingin cepat beredar untuk bertandang ke majlis kenduri pula.


Persediaan yang pertama selain mengemas ialah menyiapkan ole-ole. Ole-ole yang terdapat di dalamnya ialah air mineral, gula-gula, jelly, keropok dan sedikit kelainan ialah air gamat.


Bubur kacang sedang dicedok. Buat 3 kg kacang hijau sahaja dan alhamdulillah cukup...


Proses untuk menempatkan makanan. Majlis akikah belum berlangsung lagi. Makanan disediakan oleh pihak katering iaitu Shafie Ahmad.


Makanan yang disediakan ialah kambing masak kurma, ayam masak merah, jelatah, tembikai dan nasi putih. Bubur kacang, masak lemak labu, sambal belacan dan ikan kering disediakan sendiri oleh tuan rumah.

Kos untuk 2 ekor kambing ialah RM1500 iaitu satu ekor RM 700 dan kos sembelih dan membersihkan daging RM 50. Bila dua ekor jadilah RM1500. Kos untuk katering pula ialah RM 1000 iaitu untuk 20 ekor ayam, upah masak kambing dan makanan yang lain.


Boleh dikatakan hampir semua tetamu yang datang membawa pulang makanan. Ole-ole yang disediakan sebanyak 153 masih mempunyai lebihan sebanyak 5. Mungkin ada tetamu yang terlepas pandang untuk diberi. Sekian.. menulis untuk catatan peribadi dan juga perkongsian :)

4 ulasan: