Sabtu, 9 Disember 2017

Bagaimana Nak Pulihkan Blog yang di Hack?


Di kala ini hati berasa amat gundah gulana kerana blog kesayangan telah di hack. Blog Sajian Hati yang telah di hack Blog itu tidak dapat diakses dengan selamat. Macam mana nak buat nie? Ada sesiapa boleh bantu tak?

Adakah kerana iklan terlalu padat dan pesat hingga blog dimasuki virus? Sememangnya iklan sangat banyak dalam blog itu. Hingga mengganggu para pengunjung...

Boleh dikatakan semua blog saya mengalami masalah. Blog Manis Strawberi juga turut bermasalah dan alhamdulillah telah berjaya diatasi. Bayangkan bila buka blog ini bukan blog ini yang keluar tetapi ia pergi ke link lain iaitu ke link Kartikel.

Oleh itu, saya buang kesemua ping blog yang menggangu dan juga html kartikel. Kini blog ini sudah ok dan berharap tidak berulang lagi... Jika ada yang sudi, bolehlah membantu memberi buah fikiran...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan