Ahad, 8 Oktober 2017

Ole-ole dari Teluk Batik

Argghhhh.. malasnya nak pergi kerja.. Esok dan selamanya.. Tapi apakan daya, jika tidak bekerja mana nak datangnya duit? Segalanya memerlukan duit.. Kuatkan hatiku ini, Ya Alllah...


Ole-ole pemberian rakan sekerja yang lebih dikenali sebagai Kak Ju. Tak pasti dia bagi bila tapi memang dah lama.. baru berkesempatan untuk tulis. Terima kasih Kak Ju....


Saya letak gambar banyak-banyak bukan niat nak menunjuk tapi dijadikan kenangan. Gambar-gambar ini akan dipadam terus di dalam laptop.


Hadiah ini diletak atas meja office. Penyejuk mata.. Tapi bila time bergaduh dengan tuan yang bagi, rasa nak lempar..hihi... Cepat-cepat sorok. Bila dah ok letak balik... Satu kerang dah tertanggal, ada orang bagi jatuh...huhu...


Sekian...

Ahad, 24 September 2017

Jatuh Cinta Pada Drama Titian Cinta TV3


Kalau korang nak tahu akulah peminat setia drama Melayu. Minat giler.. Asal ada masa free jer semua drama Melayu aku layan di televisyen. Mak aku lagilah minat. Nak tengok cerita hindustan atau orang putih kena baca subtitle, layan drama Melayu senang...

Drama Titian Cinta setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam, mula-mula aku tak layan sangat. Almaklumlah sibuk nak mandi, solat dan makan. Tengok sikit-sikit jer dan kurang faham. Bila time period, memang aku tengok tak berganjak langsung. Mandi pun lepas habis cerita.. Best sangat.

Geramnya dekat Harris. Macam orang takde perasaan. Layan isteri nak tak nak jer. Kalau aku jadi bini dia dah lama aku menangis hari-hari. Watak yang dilakonkan memang menjadi kerana membuat aku sakit hati!! Watak Aisy juga sangat menjadi sebab sedih giler kot... Terasa sayu jer... Beginikah nasibnya? Aisy pun sangat ayu dan sejuk mata memandangnya :)


Jom kita saksikan sambungan cerita pada hari Isnin nanti. Tak sabar nak tengok.. Hari ini drama Jojie Gigil episod akhir. Apa tunggu lagi, mesti kena tengok ler... Hantu dramalah katakan... :)

Ahad, 10 September 2017

Dua Buah Photobook Sempena Sukan SEA

Alhamdulillah... photobook yang dinanti sudah sampai dengan selamat. Perasaan tentulah berasa teruja dan gembira. Photobook freelah katakan. Besar pula tu saiz 8 x 6. Kalau nak beli sendiri voucher RM12.90 di Lazada paling murah yang pernah aku jumpa. 

Sebelum ini aku hanya mampu beli saiz 6 x 6 sahaja. Bukannya apa sekadar gambar syok sendiri tak perlu photobook yang besar.. Membazir...  Bila dapat voucher free, besar pula tu memang perkara yang dinantikan. Hanya perlu membayar kos pos RM 8.48 setiap satu photobook.

Voucher yang diberi oleh Photobook adalah sempena meraikan kejayaan dan kemenangan negara kita dalam sukan SEA baru-baru ini. Tahniah diucapkan buat para atlet kita. Terima kasih juga pada photobook yang memberikan voucher ini...




Terima kasih daun keladi,
Bila-bila boleh bagi free lagi....

Ahad, 3 September 2017

Susahnya Hati Bila Tiada Air di Rumah...


Aduh !! Penatnya badan bila tiada air di rumah terutama pada hari raya Aidiladha. Penat tidak terkira rasanya. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit badan dan sakit hati...Sampaikan pada hari raya tidak sempat memakai baju raya kerana terlalu sibuk di dapur menunggu air. Itulah aku pada Aidiladha tahun ini...

Start tiada air pada tengahari sebelum raya iaitu pada 31 Ogos hinggalah pada hari raya kedua. Pada hari raya kedua baru kami menelefon pihak air. Sangka kami air tiada disebabkan raya kerana orang ramai pulang ke kampung, tetapi sangkaan kami meleset sama sekali. Rupa-rupanya rumah kami saja tiada air.

Punca? Puncanya ialah paip air tersumbat. Macam-macam benda jumpa dalam paip air hingga tersumbat. Memang tak sangka itu penyebabnya kerana memang setiap tahun apabila hari raya pasti rumah kami kekurangan air. Jadi memang tak terfikir ke arah itu. Kalau tahu, awal-awal lagi sudah telefon...

Mungkin Allah nak uji kami.. Menguji umatnya sama ada sabar atau tidak dalam menempuh ujian. Alhamdulillah, semuanya kembali baik seperti sedia kala..

Ada satu lagi cerita, adik aku dapat sambung belajar di UiTM Puncak Alam. Aku sangat merinduinya. Oh Tuhan, tolong kuatkan hatiku... Rasa sebak sangat di dada. Tapi itulah dinamakan kehidupan...

Jumaat, 1 September 2017

Pemenang Tempat Pertama Contest Bestfriend Forever


Alhamdulillah.. sebenarnya memang tak sangka boleh menang kerana masuk contest adalah untuk memeriahkan lagi contest tersebut. Jika menang itu dinamakan rezeki. Syukur sangat.. Hadiah utama RM30 dan hadiah kedua RM20.

Terima kasih pada Aisya Ismail yang menganjurkan contest ini. Lain kali boleh buat lagi :) Nak tengok link senarai pemenang di blog Aisya Ismail, klik di sini.... Sekadar untuk kenangan...

Ahad, 30 Julai 2017

CONTEST BY AI: BESTFRIEND FOREVER



Assalamualaikum...

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak join contest. Tiba-tiba terbuka hati pula untuk join. Bercerita mengenai Best Friend Forever (BFF). Ermmm..menarik juga tu..tapi macam mana nak mula cerita? Idea oh idea, please coming !!

Semasa di sekolah rendah, saya ada seorang BFF. Memang rapat giler. Pergi ke mana sahaja mesti bersama. Tapi apabila masuk sekolah menengah, kami terpisah. Dia bersekolah di Kuala Lumpur dan saya di kampung iaitu di negeri Perak. Sahabat saya tinggal bersama nenek semasa bersekolah rendah di kampung. Jadi, apabila sekolah menengah dia kembali tinggal bersama ibubapanya.

Tapi persahabatan kami tidak terputus begitu sahaja. Kami sentiasa berutus surat dan pernah sekali dia balik ke rumah neneknya semasa hari raya, dan saya dapat berjumpanya kembali. Seronok tidak terkata. Walaupun bersua sebentar sahaja, tetapi kegembiraan itu tidak dapat digambarkan.

Sekarang sahabat saya sudah berumahtangga. Whatsapp dan Facebooklah yang menjadi penghubung kami. Dengan dialah saya kenal apa itu erti persahabatan. Walaupun tidak semesra dahulu tapi hati ini sentiasa bersama....

Zaman sekolah menengah pun ada BFF. Empat sekawan gitu.. Tapi biarlah rahsia.. Mungkin entri seterusnya jika berkelapangan.. Banyak sangat bercerita nanti boring pula :)

Tempat kami selalu berjumpa... Suatu ketika dahulu...

Sabtu, 29 Julai 2017

Perlukah Isteri Bekerja untuk Membantu Suami?

Alahai dunia-dunia... Semakin teknologi canggih dan berkembang, semakin mencabarlah hidup ini. Zaman mak-mak kita dulu tak perlu fikir pun sama ada nak bekerja ataupun tidak.. duduk di rumah dan menguruskan suami dan anak-anak sahaja...

Zaman sekarang semuanya memerlukan duit.. Melangkah sahaja dari rumah semuanya nak duit.. Dalam rumah duduk diam-diam pun nak duit juga... Nilai duit RM50 seperti duit RM10 sahaja... Gaji RM1000 sebulan memang tidak mencukupi.


Perlukah seorang lelaki meminta bakal isterinya bekerja selepas berumahtangga? Selain itu, bakal isterinya harus pandai berdikari iaitu pandai membawa kenderaan sendiri iaitu kereta. Sebagai seorang wanita, apa perasaan anda? 

Pada pendapat saya, dari awal lagi bakal suami telah menunjukkan kelemahannya dalam menunaikan tanggungjawab. Apa tidaknya, belum apa-apa lagi telah mengenakan syarat agar membantunya mencari rezeki yang sewajibnya menjadi tanggungjawab suami.

Selain itu, sebagai seorang wanita memang berasa terbeban kerana bekerja dirasakan sebagai paksaan daripada suami bukannya sukarela. Alangkah lapangnya rasa dihati jika bakal suami tidak memaksa sama ada mahu bekerja atau tidak tetapi terpulang pada isteri.

Pendapat positif saya pula, apabila bakal suami berterus-terang mahukan bakal isterinya bekerja dirasakan agak baik juga kerana bakal suami sudah berterus-terang mengenai ketidakmampuannya. Oleh itu, bakal isteri dapat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran ini.... Bakal suami tidak berpura-pura dalam hidupnya.

Tetapi apa yang menghairankan ialah bakal suaminya mampu untuk menanggung keluarganya tetapi mewajibkan isteri untuk bekerja? Mampu bermaksud bukanlah gaji terlalu besar tetapi cukup untuk menampung sebuah keluarga. Ditambah pula si ibu yang meminta si anak mencari isteri yang bekerja... Apakah maksudnya itu????


Tempahan Photobook dibuka !!

Agak-agak ada tak sudi tempah photobook dengan saya? Sila angkat tangan.. errmmm..macam tiada jer..huhu... Okeylah, untuk pengetahuan saya ada menerima tempahan untuk membuat photobook. Kebanyakannya adalah dari kawan-kawan. Bukan saya yang menyiapkannya sebaliknya adik kesayangan yang membuatnya.


Jadi, jika anda tiada masa untuk membuat photobook, sudilah tempah dengan saya. Tetapi masanya adalah terhad iaitu hingga hujung bulan 8 sahaja. Adik membuat kerja ini  sementara menunggu panggilan universiti. Harap maklum...

Sabtu, 8 Julai 2017

Akhirnya Berjaya Buat Photobook Sendiri

Setelah sekian lama mencari di internet cara-cara membuat photobook, akhirnya saya berjaya juga membuat sendiri. Alhamdulillah... Banyak juga entri di blog lain saya komen tetapi tidak mendapat respons. Mungkin entri tersebut terlalu lama dan makan tahun sudah...

Proses membuatnya agak rumit dan perlukan kesabaran. Tetapi disebabkan suka saya teruskan juga hingga berjaya. Harganya memang murah dan berbaloi. Best sangat.. Sebelum ini saya menempah pada orang lain untuk membuat photobook dengan harga RM30. Cantik juga...

photobook

Antara koleksi photobook saya dan juga keluarga. Ada yang saya tempah dan ada saya buat sendiri. Jika anda berminat untuk membuat photobook sendiri, pergi ke blog ini Mutiara Online. Kaedahnya memang agak rumit dan perlu baca dengan teliti. Jika tidak faham, boleh ajukan pertanyaan pada saya. Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu sedaya mungkin. Insya Allah...

Jumaat, 30 Jun 2017

Penghargaan kepada Penyumbang Resipi Terbanyak di Blog Bukan Air Tanganku

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang merayakannya. Hari ini sudah 5 Syawal, cepatnya masa berlalu. Terlalu pantas dan amatlah disedari tetapi dibiarkan berlalu begitu sahaja. Arrrghh.. tiada lagi cuti raya dan yang ada cuti sendiri. Mood kerja ke laut...huhu...

Entri kali ini adalah penghargaan kepada penyumbang resipi blog Bukan Air Tanganku. Penyumbang resipi adalah terdiri daripada sahabat saya sendiri. Tanpa sumbangan mereka blog itu tidak akan wujud. Mereka sudi berkongsi ilmu yang ada kepada saya dan seterusnya saya berkongsi di blog..




Penyumbang Terbanyak - Nia Arina ( 52 )
Penyumbang Kedua Terbanyak - Salina ( 16 )
Penyumbang Ketiga Terbanyak - Rehan ( 6 )



Tetapi disebabkan Salina tinggal agak jauh, saya terpaksa tangguhkan dulu pemberian ini. Insya Allah jika ada rezeki bertemu dan mempunyai rezeki lebih, saya akan beri padanya. Oleh itu, hadiah ini untuk Ain dan Rehan sahaja.


Terimalah pemberian saya yang tidak seberapa ini. Hanya ini yang saya mampu memberi seikhlas hati. Setiap resipi yang diberikan amat saya hargai dan jutaan terima kasih saya ucapkan. Maaf, terlalu skema entri kali ini yer :)

Ahad, 9 April 2017

Pekena Cendol RM 1.00 dan Kuew Tiau Basah

Petang tadi sempat pekena cendol dan kuew tiau basah di gerai bersama sahabat. Gerai tersebut menjual makanan serendah RM1.00. Antara makanan yang ditawarkan dengan harga RM 1.00 ialah mee kuah, laksa, bihun sup, ABC dan Cendol. Tak percaya? Lihat gambar di bawah, nampak tak?


Gerai ini terletak di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak. Lebih tepat lagi di Batas Raja.. Memang agak terpencil kerana perlu masuk jalan kecil. Anda perlu jumpa Sek Men Agama Al- Falah, kemudian masuk jalan kecil ditepinya. Jadi memang agak sukar untuk menjumpai gerai ini. Jom layan makanan di bawah...:)

 Air Batu Campur RM 1.00

 Cendol RM 1.00

Bihun Sup RM 1.00

Laksa RM 1.00

 Kuew Tiaw Basah RM 2.00

Aku pekena tadi cendol dan kuew tiaw basah....

Beli Kek Birthday Untuk Diri Sendiri !!

kek birthday
Happy birthday to me... Happy birthday to me....


Assalamualaikum... dan salam sejahtera :)

Pernah tak dibuat orang beli kek birthday untuk diri sendiri? Jawapannya mestilah pernah, betul tak? Akulah salah seorangnya. Bukan nak celebrate tapi sebab teringin nak makan. Yang bestnya mak aku nyanyi lagu happy birthday kat aku..haha...


kek birhday

Kek murah jer yang mampu beli sebab tak pernah makan lagi kek ini. Kek Japanese Cotton. Harganya? RM10 jer... Perisa blueberry dan memang lembut sangat :)

Minta sampel kuih raya dekat orang yang jual kek ini. Kawan sekerja nak rasa kuih samperit.. Kalau sedap bolehlah tempah masa raya nanti.

samperit cheese

Biskut Samperit Cheese dan harganya 50 biji RM 20.00. Sedap !! makan satu nak lagi.. Terasa cheesenya, ranggup dan wangi...

samperit cheese

Cantik bunganya.. berseri-seri.. tak layu walau dibakar...

Sabtu, 25 Februari 2017

Cerita Tahun Baru Cina 2017

Assalamualaikum....

Walaupun Chinese New Year sudah lama berlalu tetapi aku tetap ingin menulisnya di sini sebagai kenangan. Seperti yang aku kata dulu bila kita berkawan dan bekerja bersama orang Cina, barulah kita merasa sedikit sebanyak bahang perayaan mereka. Jika tidak mungkin kita kurang merasa kehadirannya. Aku dapat merasainya sedikit sebanyak :)

 Hamper, limau dan hadiah yang diberikan oleh supplier kepada kilang kami. 

 Hamper yang penuh berisi makanan

 Hamper yang sama tetapi di ambil dari sisi yang lain

 Annual dinner kilang. Beginilah suasananya...

 Kek bajet yang aku tempah untuk annual dinner. Satu kek RM 25
Sate ada juga aku tempah satu cucuk RM 0.60.. Aku tempah 500 cucuk...

 2 kek RM 50 la... Nasib baik dapat juga kek bajet kalau tak mahu 35 ringgit satu kek...

Angpow dari boss @ Ms Chong. Tiap-tiap tahun dapat jika kita pergi kerja masa dia bagi angpow... Kalau tak datang, alamatnya tak dapat la....

Rakan sekerja belanja KFC kepada rakan India dan Melayu. Minuman di atas diberi oleh Wang...

Fist time aku pergi annual dinner kilang. Adik dapat lucky draw, hadiahnya periuk. Berat betul periuk tu. Jadilah ada juga barang untuk bawa pulang. Itu sahaja kenangan tahun baru Cina pada 2017 :)

Khamis, 26 Januari 2017

Hamper untuk Anak Kalai

hamper

Hamper untuk anak Kalai 
Anak keempat (lelaki)
Disember 2016

Tahniah....
Atas kelahiran orang baru :)

Ahad, 1 Januari 2017

Menu Udang dan Mee Ketam Parit 30

Kali ini menjamu selera di Parit 30, Kuala Kurau, Perak Darul Ridzuan. Meh layan menu apa yang ada di gerai makan tersebut. Mee udang di sana memang terbaik walaupun mee udang biasa :)

Mee Ketam Special RM 25
Mee Ketam Biasa pula RM 15

Harga Mee Udang Special RM 15.00
Dalam gambar di atas hanyalah mee udang biasa... harap maklum :)

Mee Udang Biasa
RM 4.50

nasi goreng udang parit 30
 Nasi Goreng Udang

Nasi Goreng Udang + Fresh Orange
RM 7.00