Sabtu, 31 Disember 2016

Makanan di Pasar Malam Kuala Kurau

Gambar di bawah merupakan makanan yang pernah dibeli di Pasar Malam Kuala Kurau, Perak. Jom layan makanan tersebut dan semoga anda terliur...

murtabak jala

Murtabak jala... Sekeping RM 2.00

putu buluh

 Putu buluh RM 2 @ 3
Sekarang gerainya seperti sudah tutup kerana baru-baru ini saya pergi ianya tidak dijual...

burger goreng

Burger goreng dan kebanyakan pasar malam ada dijual
RM 1.20

apam kukis

Apam Kukis 3 biji RM 1.00
Ada perisa vanila, pandan dan coklat

pasembor
Pasembor RM 3.50

Mee Kari Kak Ju yang Sedap! ~ Kenangan 2016 ~

mee kari

Assalamualaikum...

Mee kari air tangan Kak Ju yang sangat sedap ini. Rasa teringin pula nak makan. Dia belanja sempena birthdaynya pada Mac 2016 yang lalu. 

Sudah berkurun baru nak tulis. Tapi keenakan dan kesedapannya masih teringat-ingat. Terima kasih Kak Ju sudi belanja. Tahun depan kalau ada rezeki belanja lagi yer.

Blog Menjadi Gelap, Apa Nak Buat?

blog gelap

Assalamualaikum...

Kesedihan dan kerisauan apabila blog bertukar menjadi gelap. Aduh! Nak buat macam mana nih? Mengikut firasat dan ilmu yang cetek, template itu adalah puncanya. Jadi tukar sahaja template. Sayang memang sayang. Blog sudah tersusun cantik dan kemas tapi tak berguna kalau langsung tak boleh dibaca.

Jadi, bertukarlah kepada template baru yang ringkas. Segagan dengan blog aku yang lain. Aku tidak suka sangat dengan perubahan tersebut. Lebih sayangkan template lama. Penatnya nak edit blog... !

Ahad, 4 Disember 2016

Perbezaan Pizza Dominos dan Pizza Hut

Cuba lihat perbezaan antara pizza dominos dan juga pizza hut. Kedua-dua pizza ini adalah pizza Chicken Pepperoni.  Yang mana satukah lebih enak?


pizza dominos
 Pizza Dominos. 
Percuma kerana telah membeli baucar dominos RM 20.


pizza hut
Pizza Hut harga RM 15. 
Promosi Wow! Take Away. Saiz large.

Ahad, 30 Oktober 2016

Pizza Hut Wow! Take Away

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkesempatan juga membeli pizza hut wow! take away. Promosi bermula 1 Oktober hingga 30 November 2016. 

Alang-alang ada promosi, kita ambil yang besar baru puas makan bersama keluarga. Bawa balik dan makan, atau lepak dekat tempat lain takut pizza sejuk kejung jika rumah jauh....

Ada RM 5, 10 dan RM 15

14 Pilihan Pizza

Pizza Chicken Pepperoni 

Sabtu, 22 Oktober 2016

Penghargaan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Assalamualaikum....



Emel yang sentiasa dinanti setelah selesai transfer duit melalui online kepada PTPTN. Emel penghargaan bayaran balik pinjaman. 

Syukur alhamdulillah, dapat membayarnya walaupun sedikit dan jarang-jarang. Hanya itu yang aku mampu. Korang pula bagaimana? Mesti sudah habis atau tinggal sedikit sahaja lagi....

Sabtu, 15 Oktober 2016

Buah Tangan dari Jepun

Assalamualaikum...

Terima kasih rakan sepejabat iaitu Chong Yee Wang yang memberi ole-ole dari Jepun ini. Beliau pergi ke sana atas urusan kerja bersama boss... Jom tengok apa yang diberi...

Dibungkus dalam kertas
Apakah dia???

jeng.. jeng.. jeng...

key-chain dari Jepun

Hadiah yang sama cuma diterbalikkan

Makanan di bawah pula adalah ole-ole yang diberi oleh bos. Coklat dan biskut dari Jepun. Walau selazat mana pun biskut dan coklat itu saya tidak makan tetapi memberi kepada orang lain yang bukan Islam. Mencari yang halal dan pasti itu wajib untuk Islam...


Maafkan Ku Ibu

Assalamualaikum...

Entah bagaimana diri ini telah membuat ibu menangis. Kenapa jadi begitu? Selalu sahaja merajuk dan tidak sabar serta selalu marah-marah. Angin membelenggu dalam diri, perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Emosi tidak terkawal. Berperang dengan diri sendiri. Jiwa kacau....

Maafkan ku kerana melukai hatimu ibu... Kadang-kadang hati ini sengaja membuat demikian untuk menunjukkan rasa tidak puas hati... Sebenarnya ingin bantu ibu tetapi kerana badan tidak sihat dan emosi yang tidak stabil menyebabkan diri sering marah-marah... Maafkan ku ibu.....

Ahad, 2 Oktober 2016

Ketagih Minum Air Roselle

Assalamualaikum...

Arrgghh... aku telah ketagih minum air @ jus Roselle buatan sendiri. Aku rasa macam nak minum lagi dan lagi. Walhal, jus tersebut sudah habis. Sedap sangat seperti air ribena masam-masam manis. Nak tengok resipi boleh klik cara membuat jus dan jem roselle...

 Buah Roselle pemberian jiran

Terima kasih buat jiran baruku yang memberikan buah Roselle ini. Cara membersihkannya, mula-mula kita kopek kelopak bunganya sahaja. Bijinya kita tinggalkan @ buang. Kemudian basuh sehingga bersih. Macam-macam serangga yang terperangkap di dalamnya. Sila berhati-hati. 

Roselle yang telah dibersihkan

Kemudian, cara memasaknya pula boleh rujuk di blog Sajian Hati. KLIK sahaja di sini. Senang sahaja untuk untuk membuatnya. Cepat , sedap dan selamat. Silalah cuba :)

Jus dan Jem Roselle

Aiskrim Roselle

Sabtu, 23 Julai 2016

Jamuan Raya CLS 2016

Jamuan raya di CLS Furniture Sdn. Bhd.
18 Julai 2016 (Isnin)
Jam 12.30 tengahari

Jom tengok makanan apa yang ada...

Sumbangan Kalai
Biskut raya pun ada....

Laksa, nasi goreng dan banyak lagi...



Kak Ju bawa laksa, nasi goreng dan buah rambutan
Siti Hajar bawa ketupat pulut bersama rendang dan bihun goreng.
Adila bawa nasi impit dan kuah kacang.

Aku dan adik ?
3 jenis kek iaitu kek coklat, kek pandan koko, kek mentega ceri.
Agar-agar milo dan agar-agar rose.
Roti canai, roti telur...
Nasi impit dan kuah kacang ayam....
Buah oren....








Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke majlis ini.. 
Tahun depan jika ada rezeki boleh buat lagi :)

Khamis, 7 Julai 2016

Ramen Oh Ramen... Pedas Giler...



First time makan ramen.. Pedas sungguh... Sehingga nak hilangkan kepedasan dan kehangatannya terpaksa makan timun dan sengkuang. Sebelum makan timun, sapu dahulu timun pada bibir agar panas di bibir berkurangan. Itulah penangan HOT Chicken Flavor Ramen.

Kepada mereka yang suka makan makanan pedas, sahutlah cabaran ini. Semasa makan tak terasa hangat, bila habis makan barulah rasa berasap mulut terutama di bibir... Jadi, untuk elakkan panas bibir, ketika makan jangan bagi terkena bibir... Itulah pesanan hamba..haha...

Harga ramen tersebut RM7.00... Jika ingin mencuba, carilah sendiri.. Assalamualaikum... Jangan marah :)

Ahad, 22 Mei 2016

Jalan-jalan Cari Makan Sebelum Berpuasa :)

Assalamualaikum...

Jumaat yang lalu lepak di Mydin, Parit Buntar sambil makan di Dominos dan The Chicken Rice Shop. Sebelum Ramadhan menjelma, apa kata kita makan puas-puas. Jom layan gambar di bawah...


Dominos 



Nasi Ayam The Chicken Rice Shop
Set RM 10

Ahad, 24 April 2016

Kipas Orang Perempuan


Assalamualaikum...

Panas betul cuaca sekarang nie. Duduk di rumah kena buka kipas 24 jam. Sampai kipas di rumah aku tak cukup. Kipas menjadi rebutan orang di dalam rumah. Sekejap ke sana sekejap ke sini..

Jadi langkah yang diambil beli kipas sendiri. Senang.. Hak milik persendirian. Bil api pula siapa nak bayar? Harap-harap tak melambung tinggi sangatlah dari biasa.


Kipas orang perempuan mak aku cakap..hihi.. Comel tak? RM 75 dan minta kurang dapatlah RM 70.. First item di rumah yang aku beli sejak mula kerja..

Ahad, 17 April 2016

Pengalaman Accident Motor dengan Motor Roda Tiga

Assalamualaikum....

Apa khabar pembaca blog ini? Aku sihat dan masih ada luka dan lebam-lebam sikit di badan. Tetapi, alhamdulillah sudah beransur pulih. Sengaja hendak coretkan pengalaman accident pada 1 April 2016 yang lalu sebagai kenangan dan pengajaran.

Bagaimana boleh accident?
Adik bawa motor dan di depan kami ada motor roda tiga. Apabila jalan sudah ok untuk memotong, adik pun jalanlah ke hadapan untuk memotong roda tiga tersebut. Tanpa signal, tiba-tiba motor tersebut seperti ingin melintas dan menghala ke arah jalan kami untuk memotong. Apalagi bertembunglah motor kami dengan motor roda tiganya. Aku dan adik pun terbanglah dan jatuh terhempas. Dia pula selamat kerana motor roda tiga. Itulah ceritanya.

Apa yang lebih menakutkan helmet adik terbang dahulu dan terlucut dari kepala. Kepala adik cedera dan pengsan. AKU? Aku memang tak pernah seumur hidup tengok orang pengsan. Atas jalan raya pula tu. Ketakutan yang amat tidak terkira. Darah membuak-buak keluar. 

Aku rasa setakat itu yang mampu aku cerita. Tak sanggup ingat lagi kenangan itu. Coretkan di sini untuk ingat tarikhnya iaitu 1 April 2016. Birthday aku pula 28 Mac. Nak dekat sangat tarikh di antaranya.


Kad pengenalan sementara budak yang membawa motor roda tiga. Bila teringat kejadian itu aku rasa lemah dan tidak bermaya. Bagaimana aku nak ambil lesen? Motor dan kereta langsung tak pandai bawa. Fobia lagi...

Ahad, 10 April 2016

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum...

Aku tak tahu nak start cerita dari mana dan bagaimana. Cuma aku teringin nak share apa yang aku tahu dan biasalah sebagai seorang blogger perlu ada cerita barulah boleh menulis. Pernah dengar tak Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan?

Kalau nak tahu, Kedai Bergerak Perak Aman Jaya menawarkan barang-barang keperluan kepada pengguna dengan potongan harga sebanyak 10 peratus. Kalau beli di kedai runcit biasa tak dapat harga ini. Jadi ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat dalam membeli barang keperluan.

Lori Perak Aman Jaya datang sebulan sekali di kampung aku iaitu di Tanjung Piandang, Perak. Di tempat lain aku tak tahulah berapa kali. Ia datang pada hari Ahad. Barang-barang keperluan seperti gula, tepung, beras, ubi kentang dan sebagainya ada dijual.

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan
Kedai Bergerak Perak Aman Jaya (KB1AJ).
Lokasinya di depan masjid Tanjung Piandang.
Mai jangan tak mai :)

Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Tengok resitnya di bawah. Senarai barang untuk jualan KB1AJ.

Resit Kedai Bergerak Aman Jaya Perak Darul Ridzuan

Sekian... Jumpa lagi :)

Sabtu, 9 April 2016

Hadiah Hari Lahir ke-30

Assalamualaikum...

Pada 28 Mac yang lalu, genaplah umurku 30 tahun. Tetapi jangan terkejut pula, masih lagi single tiada berteman. Apa-apa pun kita mesti enjoy dengan hidup kita. Betul tak? 

Kepada my BFF terima kasih tidak terhingga kerana sudi memberi hadiah ini. Comel sangat :) Bolehlah isi kuih raya nanti. Bestnya dapat hadiah... :)

Hadiah Hari Lahir ke-30

Ahad, 28 Februari 2016

Mengapa Widget Follower @ Pengikut Tidak Berfungsi?

Assalamualaikum....

Sudah lama saya mengalami masalah ini iaitu widget pengikut tidak berfungsi. Perkara ini agak membimbangkan. Blog yang menghadapi masalah ini ialah blog Sajian Hati. Blog Sajian Hati adalah sebuah blog himpunan resipi masakan. 


Saya tidak faham apa yang dimasukkan dan cara untuk membetulkannya. Tengok apa yang saya bulat merah pada gambar di atas.

Jika ada blogger yang tahu dan sudi berkongsi ilmu, ajarkan tutorialnya. Terima kasih saya ucapkan. Saya memang tidak pandai mengenai blog apatah lagi edit HTML. 

# Bantulah Saya....

Sabtu, 20 Februari 2016

First Time Dapat Ang Pow

Entri lama, saja nak update... Selama ini tak pernah dapat ang pow seumur hidup. Seronok juga bila dapat. Baru rasa Chinese New Year itu wujud. Dapat makanan dan juga hamper. Alhamdulillah... Entri kenang-kenangan jom layan...

ang pow

 Ang Pow dari Ms Teoh dan Ms Chong

hamper dan makanan

 Hamper dan makanan dari Cindy, Ah Chong dan ramai lagi.

hamper tahun baru cina

Hamper untuk office dari pembekal. Bukan aku punya ya...

Terima kasih kepada mereka yang memberi kepadaku dan juga kawan-kawan. Terima kasih tidak terhingga. Selamat Tahun Baru Cina. Oppsss !!! Terlewat sudah. Jangan marah :)