Sabtu, 28 Mac 2015

Happy Birthday to Me !!!

Assalamualaikum....

Esok genaplah umurku 29 tahun you all !! Tapi still tak matang dan hanya bergantung pada orang tua. Rezeki oh rezeki. Bersyukur sangat diberi kesempatan untuk terus hidup. Semoga hidup ini diberkati Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik.

Tq buat Libresse kerana memberi kad birthday yang comel ini. Dapat juga kad birthday :) Insya Allah 29 Mac akan buat jamuan makan sikit. Jamu kanak-kanak iaitu kawan adik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Nak jemput kawan-kawan macam seganlah pula kerana membuat ala kadar sahaja. 

kad birthday dari Libresse

kad birthday dari Libresse

Rabu, 25 Mac 2015

Novel Suamiku Encik Sotong Karya Syikin Zainal

Assalamualaikum...

Setelah hampir empat bulan, barulah selesai khatam buku ini. Alhamdulillah... Bukan apa banyak tidur dari membaca. Baca sambil berbaring memanglah cepat mengantuk. Terima kasih pada my BFF kerana pinjamkan novel ini. Jasamu dikenang. Nanti nak pinjam novel lain pula :) Jom tengok sinopsis novel Suamiku Encik Sotong.

Novel Suamiku Encik Sotong Karya Syikin Zainal

Novel : Suamiku Encik Sotong
Ketebalan : 610 Halaman
Penerbit : Ilham Karangkraf (Buku Prima)
Pengarang : Syikin Zainal


    Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan ketika bacaan wasiat.

Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nenda, Farish. Dah la tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.  Itulah syarat ditetapkan nenda untuk Erica.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva yang berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi…. Cinta itu bukan mereka berdua. Milik siapa ya?

Cinta Erica dan Farish tersasar jauh. Erica bercinta dengan abang sepupunya sendiri iaitu Izhan dan Farish pula bercinta dengan Dhia Adirra. Perkahwinan mereka hanyalah sekadar catatan di atas kertas yang tidak mempunyai apa-apa makna.

Erica telah terlanjur dengan Izhan sehingga mengandung dan ketika itu masih isteri Farish. Hubungan Erica dan Izhan mendapat tentangan dari Tengku Atylia iaitu ibu Izhan. Malah, Tengku Atylia ingin menjodohkan Izhan dengan Qarina.

Encik Sotong (Farish) bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

Cinta Farish hanya untuk Dhia Adirra. Dia telah berkorban dengan menjaga Erica dan mengaku anak yang dikandung Erica adalah miliknya ketika hubungan Erica dengan Izhan mengalami krisis. Sikap tidak ingin bersemuka dalam menyelesaikan masalah menyebabkan hidup Erica merana. Izhan amat mencintai Erica. Tetapi tidak mengetahui apa salahnya sehingga Erica sanggup memutuskan hubungan mereka.

Dhia Adirra mengetahui bahawa cintanya telah dipermainkan kerana Farish tidak berterus terang dengan perkahwinannya, telah lari membawa diri. Farish menjadi kesepian kerana Dhia Adirra tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.

Akhirnya semua masalah dan rahsia telah terungkai, Erica kembali kepada Izhan dan melangsungkan perkahwinan mereka. Hubungan Dhia Adirra dan Farish juga kembali mewangi apabila Erica tampil menceritakan segalanya.


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” – Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh dipasang kat baju. Itu yang suami sakit kepala. Nak fikir macam mana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan,” - Erica

Selasa, 24 Mac 2015

Jamu Selera dengan Chicken Chop

chicken chop

Assalamualaikum...

Gambar makanan menjadi pembuka kata pada entri kali ini. Rindu sangat dengan blog. Tapi apakan daya internet tiada..

Gambar makanan di atas adalah Chicken Chop Mushroom Sauce. Harganya ialah RM9.90 di Kerian Sentral Mall. Chicken Chop Sos Lada Hitam pula RM 10.90. 

Saya lebih suka yang sos lada hitam kerana ianya lebih pedas dan menyengat. Lain kali boleh cuba yang lada hitam pula. Insya ALLAH.... 

kerian sentral mall

Selasa, 10 Mac 2015

Lipas Berwarna Putih?

First time tengok lipas berwarna putih. Tapi tak tahulah pula kalau ianya adalah binatang atau serangga lain. Cuba tengok gambar A di bawah terdapat lipas berwarna hitam dan lipas berwarna putih yang berada di dinding.

Lipas Berwarna Putih
Gambar A

Lipas Berwarna Putih
Gambar B

Gambar B menunjukkan lipas putih yang telah dibunuh. Adakah ianya betul-betul lipas? Jika ya, ianya berwarna putih bukan? Betulkan saya jika tersalah...

Ahad, 8 Mac 2015

Cari Perbezaan Pada Gambar

Cari perbezaan yang terdapat pada kedua-dua gambar di bawah. Itulah sinki rumah kampungku.. Jangan muntah darah bila melihatnya :)

Satu sahaja perbezaaan ketara yang ingin saya tunjukkan. Ia merupakan sejenis makhluk hidup dan bernyawa. Jika anda bijak cubalah mengesannya...

Kucing
Gambar A

sinki dapur
Gambar B

Bagaimana dapat tak? Cuba tengok betul-betul. Saya suka tengok gambar nie. Bila membasuh pinggan mangkuk pemandangan  inilah yang selalu dilihat. Cubalah teka yer. Semoga berjaya :)

Khamis, 5 Mac 2015

Kempunan Makan Epal Hijau

Assalamualaikum...

Cerita lama.. Saya tidaklah begitu suka makan epal hijau. Tapi bila menonton Nasi Lemak Kopi O, Trio Bikin Jus... nampak sedaplah pula :) Lagipun epal hijau lebih baik berbanding epal merah.

Terbeli pula epal hijau Granny Smith. Hilang selera bila tengok berita di televisyen mengenai epal jenis Granny Smith dan Gala dari California, Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi bakteria listeriosis.

epal jenis Granny SMIt

Jadi terus buang jer. Membazir tapi lebih baik mencegah sebelum berlaku sesuatu yang buruk. Tak nak juga dibelenggu perasaan was-was. Tiada rezeki untuk makan buah epal....

Selasa, 3 Mac 2015

Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 2

kucing

Hari ini bertekad untuk menyambung penulisan saya mengenai kucing. Sambungan Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 1. Walaupun tiada sesiapa yang membacanya, biarlah ianya tercatat di sini. Di akhir cerita pada episod tersebut saya menceritakan bahawa ada seekor anak kucing yang tertinggal di rumah. Jadi, bagaimana cara kami menjaganya agar terus hidup?

anak kucing minum susu
Diberi minum susu tapi bukan menggunakan sudu

Cara yang kami buat adalah memberi minum susu kepada anak kucing tersebut. Kami memberi susu menggunakan botol yang bukan botol tetapi telah diubahsuai. Anak kucing tersebut hidup dengan sihat. 

Beberapa hari kemudian, Dora pula telah beranak. Kami telah memujuk Dora agar menjaga dan menyusukan anak kucing tersebut. Pada mulanya, Dora keberatan dan berusaha melepaskan diri dari kami. Kami meletakkan anak kucing tersebut di sebelah Dora. Anak kucing itu pula seperti suka bersama dengan Dora. Dia menyangka itulah ibunya. Setelah dipujuk, Dora mencium-cium anak kucing itu dan terus menggigit di bahagian leher dan mengangkat anak kucing ditempatkan bersama anak kucing lain yang dilahirkan Dora.

Kami semua terkejut. Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas. Ayah saya mengatakan 2 perkara sahaja yang Dora akan lakukan sama ada membunuh atau menjaga anak kucing tersebut. Kami menunggu dengan sabar kemunculan Dora. Tempat Dora meletakkan anak-anaknya adalah di dalam kotak. Jadi kami tidak nampak apa-apa. Jika diganggu tempatnya mesti ibu kucing tersebut merasa tidak selesa. Comel sangat bila tengok Dora mengangkat anak kucing tersebut. Rasa macam nak peluk kedua-duanya.

Tunggu punya tunggu Dora pun keluar. Kami mengintai di dalam kotak. Semuanya dalam keadaan ok tiada sebarang jeritan dan tangisan. Hal ini bermakna Dora telah menerima dan menyusukan anak kucing tersebut. Kami berasa gembira dan bermakna tidak perlu lagi memberi minum susu pada kucing.

Dora menjaga dengan baik. Anak kucing akan keluar dari kotak apabila ketiadaan Dora. Anak kucing itu nampaknya masih merindui kami. Dia ingin bersama kami. Kami pun meluangkan masa dengannya. Apabila Dora kembali, ia akan menggigit dan membawa anak kucing masuk semula ke dalam kotak.


**************

Tiba-tiba pada pagi Jumaat. Tepat jam 7 pagi. Tommy iaitu ibu kucing yang dibuang telah kembali ke rumah. Dia mengiaw dan masuk ke rumah tanda kejayaannya berjaya pulang ke rumah dengan selamat. Ini bermakna Tommy hanya mengambil masa selama 8 hari untuk pulang ke rumah. Ajaibnya. Walhal agak jauh juga ia ditinggalkan lebih dari 3 km. 

kucing
Tommy yang berjaya kembali

Masing-masing berasa terkejut. Song Ji Hyo dan Kang Gary tidak berjaya pulang kerana mereka masih kecil dan tidak tahu jalan. Hanya dengan bau Tommy boleh mengetahui tempat tinggalnya selama ini. Ayah telah memberi peringatan, jika masuk ke rumah dan masih membuang di sana sini, Tommy akan dibuang sekali lagi tetapi akan dihantar lebih jauh. Itu kata ayahku....

Kerisauan mula bertandang di hati. Berat rasa hati untuk memberi anak kucing kepada ibunya iaitu Tommy. Hal ini kerana kami lihat Dora amat menyayanginya. Jadi, kami tidak memberikan kepada Tommy dan membiarkan terus Dora menjaganya.


******************

kucing sedang berehat
Dora yang sedang melepak

Di akhir cerita saya nak bercerita dengan ringkas sahaja. Kisahnya terlalu sedih. Anda nak tahu tak apa kesudahannya? Ke semua anak-anak kucing telah mati termasuk anak kucing yang kami jaga. Kenapa? Semuanya telah dibunuh oleh kucing jantan.

Sedih, sedih dan sedih... Dora pun nampaknya seperti sedih. Asyik termenung dan tidur sahaja. Tiada lagi semangat sebagaimana ia menjadi ibu.. Sekian... The End...