Rabu, 25 Februari 2015

Akaun 8Share Menjadi Zero Sebelum Sempat di Cash Out!!

Assalamualaikum...

Hari ini agak malang bagi diri ini. First, bila tengok akaun Nuffnang menjadi Non-Glitterati. Kedua pula ialah apabila akaun 8Share menjadi RM0.00...

8Share

Kenapa jadi begitu? Mudah sahaja jawapannya kerana saya tidak aktif selama 3 bulan di mana saya tidak login ke akaun tersebut. Patah hati ini. Dalam akaun tersebut ada lebih RM20. Penat share sana share sini. Sedih sangat.

Ini semua berpunca kecuaian sendiri. Pihak 8Share sudah emelkan reminder dan lama juga saya tidak membuka emel. Kalau buka pun sekejap sahaja sekadar untuk mengaktifkan. Mungkin tiada rezeki di situ...

Bagi anda yang ingin mendaftar dengan 8Share bolehlah klik di sini. Mungkin saya akan merajuk sebentar :)

Ahad, 22 Februari 2015

Kisah Ibu Kucing bersama Anaknya Bahagian 1

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita mengenai kisah kucing. Kucing, makhluk yang comel dan istimewa ciptaan Allah S.W.T. Adakah anda suka akan kucing? Bagi saya tidaklah terlalu suka dan tidaklah terlalu membenci. Sedang-sedang sahaja. Jom layan cerita ini. Saya hanya berkongsi cerita jika rasa bosan, cepat-cepat tinggalkan blog ini. Mungkin ceritanya agak panjang.

Di rumah saya terdapat dua ekor kucing betina yang bernama Tommy dan Dora. Ada juga dua ekor anak kucing iaitu anak Dora yang agak besar dan tidak menyusu lagi. Kedua-dua ekor kucing betina ini memang kerap beranak. 

Pada suatu hari, Tommy pun beranak dan melahirkan tiga ekor anak. Kucing kalau beranak kebiasaannya akan mencari tempat yang tersembunyi untuk menyembunyikan anaknya dari kucing jantan. Maka dia telah masuk ke rumah dan bersembunyi di belakang almari. 

kucing betina dan kucing jantan
Tommy dan kucing jantan. Tengah bercinta :)

kucing sedang tidur
Tommy sedang tidur. Begini kucing tidur??

Saya dan keluarga tidaklah terlalu kisah dan berkira apabila kucing masuk ke rumah. Faham akan situasi kucing tersebut. Tetapi, apa yang malang dan membuatkan kami marah apabila ibu kucing tersebut dengan senang-lenang membuang najis di dalam rumah. 

Tempat kegemarannya bukan di lantai tetapi di tempat yang gebu iaitu di atas tilam, karpet dan juga kusyen. Bayangkan setiap hari ada saja najis yang bersepah. Tidak kering lagi tilam yang dibasuh, ia berak di tempat lain pula. Siapa yang tidak marah? Dalam ruang solat pun ia ingin membuang.

Langkah sepantas kilat yang diambil ialah dengan membuang kucing tersebut bersama anaknya. Susah juga untuk menangkap Tommy. Kaedah yang digunakan untuk menangkap ialah dengan memasukkan anak-anaknya yang masih kecil di dalam kereta. 

Kemudian kami mengumpan ibunya masuk ke dalam kereta. Ibu kucing pun sayangkan anak. Hairan, ibu manusia senang-senang je buang anak. Ibu kucing apabila melihat anaknya telah diambil oleh manusia cepat-cepat masuk untuk mengambil anaknya. Jadi, apalagi kami tutup pintu dan terkurunglah ibu kucing itu. Maka bergeraklah ke destinasi untuk dibuang.

dua ekor anak kucing yang comel
Anak kucing yang besar sedikit Song Ji Hyo dan Kang Gary

Selain Tommy dan anak-anaknya, dua ekor anak kucing yang telah besar juga dibuang. Kenapa? Kedua-dua ekor kucing itu juga suka membuat masalah. Mereka pernah kencing di atas kusyen di hadapan mata saya sendiri. Alangkah terkejutnya. Sayang memang sayang terhadap mereka tetapi apakan daya sudah tidak sanggup membasuh dan terus membasuh.

Anda nak tahu tak? Rupa-rupanya ada seekor anak kucing tertinggal di rumah. Kami tidak perasan kerana di belakang almari sangat gelap. Jadi, seekor anak kucing tertinggal di rumah sedangkan ia masih kecil dan perlu menyusu.

Apa yang kami buat  dengan anak kucing tersebut? Ibunya sudah tiada. Siapa yang akan memberikan susu? Oh, alangkah sedihnya hati kami. Kami sekeluarga berasa amat kasihan. Cerita ini bersambung untuk entri seterusnya kerana penulis sendiri berasa bosan dengan ceritanya inikan pula pembaca. Bersambung...

Khamis, 5 Februari 2015

Tiket Wayang Free di Kerian Sentral Mall

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk menonton di panggung wayang LFS (Lotus Five Star Cinemas) Kerian Sentral, Parit Buntar. Free screening 31 Januari hingga 4 Februari 2015 sempena perasmian pembukaan panggung wayang tersebut.

Movie for free at Kerian Sentral Mall


Kami (aku, kakak, adik dan kawan adik) dapat 5 tiket free hasil belas ihsan dan pemberian orang lain. Siapa? Erm...biarlah rahsia... Memang mencabar nak tengok wayang, bayangkan cerita mula pukul 5.30 petang dan 5.30 petang jugalah kami bertolak dari rumah.

Movie at Kerian Sentral Mall

Sampai di panggung wayang pada pukul 6 petang. 7 malam pula cerita berakhir. Walaupun sempat menonton satu jam sahaja sudah cukup menggembirakan. Nasib baik free, kalau tidak memang menyesal juga. Cerita yang kami tengok bertajuk Maleficent. Memang best panggung wayang di situ. Selesa, service terbaik dan rasa macam nak tengok lagi !!!