Ahad, 27 Disember 2015

Selamat Tinggal Sepatu Konvo...

Assalamualaikum....

Alahai kasutku...apa sudah jadi? Hancur berkecai tapaknya. Tapak getah menjadi lembik dan cair seterusnya hancur berkecai. Sekali sahaja digunakan iaitu sewaktu konvokesyen pada tahun 2010 yang lalu. Itulah yang pertama dan terakhir aku memakainya. Cer tengok...

Depan nampak macam ok sikit...


Bila tengok tapaknya, macam nak muntah!! Tamatlah riwayat kasut ini.. Expired sudah... Tapi ini kasut murah, memang cepatlah rosaknya...

Pengajaran yang dapat diambil bagi aku ialah apabila beli kasut, pakai sampai jemu dan puas hati. Jangan nak simpan je. Tengok-tengok rosak juga. Bila sudah rosak dan tak puas lagi memakainya mesti rasa sayang yang amat...

Ahad, 29 November 2015

Kuih Raya Deepavali

Assalamualaikum...

Hari Deepavali sudah lama berlalu. Baru nak update entri ini. Cuba tengok kuih raya masyarakat India. Sama je kan kuih raya dengan masyarakat Melayu. Inilah dinamakan satu Malaysia. Semua bangsa makan Melayu, Cina dan India. 

Kuih Raya Deepavali

Kuih loyang, muruku dan kuih moden yang dibuat daripada marjerin.  

Kuih Raya Deepavali

Apa yang membezakan cara orang Islam masak dengan agama lain ialah ketika masak kita berselawat memuji Allah dan Nabi Muhammad. Itulah yang membezakan kita. 

Ahad, 15 November 2015

Hasil Tanamanku, Halia Sejemput

Assalamualaikum.... 

Lamanya rasa tak update blog.. Bukan faktor kekangan masa tetapi tidak melanggan internet. Hidup kena berjimat apatah lagi dengan adanya GST. Nak topup RM5 pun dah kena 30 sen...

Halia

Halia yang ditanam dalam botol plastik. First time tanam pokok halia sebenarnya. Daunnya amat digemari serangga sampai berlubang-lubang. Kaedah tanaman ialah ambil sahaja halia dan tanam. Biar nampak sedikit halia yang ditanam, jangan sampai timbus habis dalam tanah.. okey...

Halia

Kalau tiada langsung halia di rumah bolehlah ambil. Tak payah susah-susah pergi kedai semata-mata mencari halia...

Sabtu, 24 Oktober 2015

3 Biji Kek (Kek 1 Malaysia)

Assalamualaikum...

Kek tiga minggu lepas, baru nak publish di blog. Kenduri arwah di rumah Tok, buat besar jugak kendurinya. Satu ekor lembu. Makanan banyak tidak terkira. Orang yang bertandang juga bawa pelbagai makanan.

3 Biji Kek Satu Malaysia

Kek pisang, kek coklat dan kek pelangi.. Erm...sedapnya.. masuk bakul angkat sendiri :) Kek mewakili 'Satu Malaysia' kerana ada Melayu, Cina dan India. Cuba teka mana satu kek untuk Melayu, Cina dan India? Hanya gurauan semata okey :)

kek pelangi

Kek pelangi.. tapi rasa tak puas hati kerana kurang gebu.....

Khamis, 24 September 2015

Salam Aidiladha 1436H

Assalamualaikum....

Selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam. Selamat menunaikan ibadah korban dan selamat menunaikan ibadah haji kepada jemaah yang terlibat. Syukur kerana kita masih bernafas dan diberi ruang untuk terus beribadat dan melaksanakan amal kebaikan...

Bagaimana ibadah korban di tempat anda? Di kampung saya, alhamdulillah sudah selesai mengorbankan 3 ekor lembu dan sedang diagihkan kepada penduduk dan golongan yang berhak. Sekarang masa untuk menyediakan masakan untuk kenduri. Juadah utamanya tentulah sup lembu.

kuih raya aidiladha 2015

Dalam kemalasan, siap juga kuih di atas. Satu sahaja kuih 'tunjuk'...Cuba teka yang mana satu? Setakat ini tiada lagi tetamu yang datang. Mungkin sibuk dengan ibadah korban. Kanak-kanak juga tidak menunjukkan diri lagi. Tanggapan mereka 'raya haji orang tak bagi duit'... Kalau bagi pun sikit sahaja... Macam-macam kanak-kanak zaman sekarang !!!

tulang rusuk lembu

Tulang rusuk lembu... sedap dibuat sup..nyummmy... 
Sekian.... Jemputlah datang beraya...

Sabtu, 19 September 2015

Kuih Raya Aidilfitri Yang Tidak Dapat Dihabiskan....

Assalamualaikum...

Tidak beberapa hari lagi umat Islam akan menyambur hari raya Aidiladha. Bagaimana dengan persiapan anda? Persiapan bukan sahaja menyediakan kuih muih tetapi amal ibadat dan ketaqwaan kita sebelum dan selepas hari raya Aidiladha. 

Hari raya Aidiladha yang yang berlaku pada pada 10 Zulhijjah di mana bulan umat Islam menunaikan ibadat Haji dan menyembelih korban. 

Sabda Nabi SAW. "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut? Nabi bersabda, 'Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya'. (Hr. Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan yang lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkan tahlil dan takbir. Sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan amalan padanya digandakan 700 kali ganda". (HR Al-Baihaqi).

biskut raya aidilfitri

Oleh itu, marilah kita bersama-sama melipat ganda amalan di bulan Zulhijjah ini. Berbalik kepada tajuk entri. Gambar di atas merupakan kuih raya yang masih berbaki. Tiada sesiapa yang berminat untuk memakannya. Jarang di rumah saya kuih raya tak habis. Mungkin kali ini bilangan ahli keluarga sudah berkurangan kerana keluar berhijrah untuk mencari sesuap nasi.

Kuih-muih apabila masuk angin mesti tak sedapkan... Lembut dan tidak ranggup lagi. Rasanya pun lain.. Betul tak? Di sini saya nak kongsi bagaimana nak jadikan kuih yang masuk angin menjadi ranggup kembali.

Senang jer caranya, orang Utara kata kita perangat balik. Apa susah... Perangat tu apa? Kita bakar balik kuih yang masuk angin itu untuk seketika hingga kita puas hati dengan hasilnya.

Bukan sahaja kuih yang kita masak melalui bakar kita boleh hangatkan tetapi kuih yang bergoreng juga boleh. Contohnya kuih loyang atau kuih tempeyek yang sudah lemau, kita bakar dalam ketuhar. Kuih itu akan menjadi ranggup kembali. Senang bukan? Selamat mencuba.....

Jumaat, 28 Ogos 2015

Kisah Cermin Mata Baru

Assalamualaikum....

Apa khabar pembaca dan para blogger? Semoga berada dalam keadaan sihat belaka hendaknya. Amin... Baru-baru ini ada membeli cermin mata baru kerana cermin mata lama sudah kurang power dan ada kesan pecah-pecah pada cerminnya. Jadi memang kabur sangatlah...

Cermin mata yang dibeli RM280. Bingkai harga RM150, cerminnya pula pandai-pandai la kira sendiri yer. Aku ada bagi nipis sikit cerminnya, jadi harganya mahal sikitlah asalkan tak nampak tebal sangat. Rabun teruk sangat. Sejak sekolah rendah lagi perlu memakai spek.

cermin mata

Balik-balik aku pakai la.. nak pakai kat kedai terus takut pening sebab tak biasa. Sebelum tu ada juga test ok ke tak di kedai. Pakai tak berapa minit aku rasa macam adoi sakitnya telinga. Buka spek nampak kat hidung punya teruk berbekas di hidung tempat letak spek. Sakit, merah macam nak melecet kulit di situ. 

Jadi, senang cerita aku pergi kedai itu balik dan tukar bingkai baru. Dia potong sikit cermin bagi sesuai dengan bingkai baru. Nasib baik free of charge. Cuma ambil masa untuk menyiapkannya dalam masa satu jam.

Harap-harap okeylah cermin mata nie. Walaupun pada mulanya agak pening dan macam tidak balance antara kiri dan kanan. Lama-lama okey sikit. Pengajaran yang diperoleh adalah jangan cari bingkai yang cantik jer tapi tak selesa. Ingat bahawa dulu juga anda pernah mengalami sakit di telinga ketika pakai spek, tak ingat-ingat lagi ka? Itu ingatan untuk aku... Sangat sensitif....Tapi bila lama tidak membeli cermin mata membuatkan kita lupa....

Nota : Spek mata yang baru macam longgar dan suka melorot jer nak jatuh..tapi tak sakit ketika pakai... Tapi  bila pakai spek mata macam berat dan mudah rasa penat dan pedih. Adakah itu normal?

Sabtu, 8 Ogos 2015

Buat 'Cekodok' Pun Fail

Assalamualaikum...

Arghhhh... mood geram lagi tension. Cekodok atau lebih dikenali jemput-jemput pisang tak jadi... Mula-mula dalam minyak, okey jer bulat elok, lawa, cun melecun, dan bila diangkat kepek atau kemek...

Kali ketiga sudah aku cuba membuatnya. First try jadi keras kerana terlajak tepung. Second try jadi kepek kembali apabila diangkat dan yang ketiga tetap sama. Macam-macam tepung juga yang dicuba. Tepung beras dan tepung gandum sahajalah...

Minta tips dari kawan-kawan bagaimana membuat cekodok yang bulat comel lote, ada rongga udara di dalamnya. Mereka mengatakan lebihkan pisang berbanding tepung. Jangan masukkan air. Kalau perlu juga letak sikit sahaja semasa blender pisang. Nak lagi sedap campur tepung beras sedikit agar kuih menjadi lebih rangup. 

Huwaa..tak berjaya lagi. Insya Allah, jika ada pisang lagi boleh cuba. Masa kecil-kecil dulu pernah buat cekodok dan menjadi dengan elok. Bila sudah besar dan lama tak buat tak menjadi pulak...

cekodok fail

Cekodok di atas aku letak tepung beras sahaja. Mungkin tak cukup tepung rasanya. Kalau anda ada sebarang tips boleh kongsikan yer. Saya budak baru belajar :)

Isnin, 3 Ogos 2015

Sukarnya Mencari Kasut yang Berselerak di Rumah Kenduri

Assalamualaikum...

Adakah anda pernah mengalami kesukaran seperti saya? Tentu pernah jika anda masuk ke rumah pengantin dan menanggalkan kasut anda. Jika makan di khemah atau di hotel-hotel semestinya tidak pernah kerana tak payah buka kasut pun...hehe...

Bayangkan hari hujan, permukaan tanah yang basah, kasut banyak dan berselerak, kotor terkena tanah, tunggang-terbalik. Aduh, susahnya nak cari kasut... Serabut nak cari... Tapi nasib baik ada adik, dia yang cari kedua-dua belah... Lama juga kami mencarinya.

Ada yang mencadangkan supaya bawa plastik dan menyimpan kasut di dalam beg plastik sebelum masuk ke dalam rumah pengantin. Kalau dulu, sebelum kewujudan khemah di kampung saya, memang selalu bawa beg plastik sebelum pergi kenduri. Tetapi sekarang, nampak tiada orang buat lagi. Segan juga kannnn....

Memang lain sangat kenduri dulu dan sekarang. Kalau dulu takdenya makan layan diri ni. Semuanya berhidang. 3 atau 4 orang satu talam. Best makan begitu lagi bagi saya....

pengantin baru

Gambar ini sahaja yang mampu diambil. Kenduri rumah jiran. Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia Selamanya...

Murahnya Rezeki di Bulan Syawal

Assalamualaikum...

Begitu banyak open house dan kenduri kendara di bulan Syawal yang indah ini. Terpulang kepada kita sama ada hendak hadir ataupun tidak. Tetapi untuk tidak menghampakan orang yang menjemput, sebaik-baiknya kita hadir dan meraikannya.

Malaysia memang kaya dengan makanan. Sana-sini makanan tak habis dan masih elok tetapi dibuang. Sayang sangat. Membazir amalan syaitan... Jadi, nak buat open house biarlah berpada-pada dan jangan sampai membazir pula :)

buku diari dan cd agama

Rezeki saya pada bulan Syawal ini, pemberian adik angkat kesayangan. Kalau adik angkat datang ke rumah tak pernah datang dengan tangan kosong. Naik segan saya jadinya. Kuih-muih, buku, cd dan yang paling best beri duit raya pada kakak angkat. Kakak angkatnya tak kerja dan single lak tuh...hehe... TQ sangat...

Ahad, 26 Julai 2015

Kuih Raya Aidil Fitri 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sedar tak sedar esok sudah 11 Syawal. Adakah anda sudah berpuasa sunat Enam? Saya masih belum berkesempatan. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua. Maaf Zahir dan Batin.

Sengaja nak tayang gambar biskut di blog ini sebagai kenang-kenangan. Ada yang sudah habis tinggal habuk dan bekas. Kuih raya pada tahun ini biasa-biasa sahaja seperti tahun-tahun lepas. Mood nak membuat kuih raya ke laut. Tiada resipi baru dan istimewa. 

kuih raya
Kuih raya tak seberapa

kuih raya
Himpunan kuih raya

Selain itu, saya juga bertukar-tukar kuih raya bersama jiran. Gambar di bawah adalah biskut raya yang diberikan oleh jiran. Kuih tradisonal turut ada iaitu kuih bahulu dan halwa maskat. Sedap tuh !!

kuih raya

Khamis, 9 Julai 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Kad Raya Pertama Tahun 2015

Terima kasih kepada sahabatku Siti Hajar kerana masih sudi memberi kad raya pada tahun ini. Nampaknya tahun ini masih juga tiada sebarang balasan dariku. 

Masa terlalu dekat untuk menyambut hari raya. Selain itu, tiada mood untuk menulis dan memberi kad raya. Tidak pernah terlintas difikiran untuk membeli kad raya walaupun kerap juga keluar membeli belah. 

Sudah bertahun tidak mengirim kad raya pada seseorang sama ada pada sahabat atau saudara. Kakak aku terkejut bila melihat aku terima kad raya "Eh..eh...lamanya tak tengok setem, lamanya tak tengok dan tak dapat kad raya "... Itu katanya...

Apa-apapun terima kasih Haja kerana memberi kad raya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin :)

Isnin, 29 Jun 2015

Ular Bersalin Kulit dalam Rumah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini sudah 12 hari umat Islam berpuasa. Syukur pada Ilahi kerana masih diberi kesempatan berpuasa dan dikurniakan kesihatan yang baik. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia :)

Seram tak dengan tajuk entri kali ini? Bagi aku, seram jugalah. Apatah lagi di dalam rumah. Kalau di luar rumah tidaklah terlalu takut kerana ia agak jauh dari kita.

kulit ular senduk

Gambar menunjukkan kulit ular senduk yang menyalin kulitnya di dalam rumahku. Syukur sangat ibu perasan akan kemunculan ular tersebut yang bersembunyi di bawah tikar. Ular tersebut berjaya dibunuh oleh my hero iaitu abah. Tq abah :)

Ahad, 14 Jun 2015

Jaga-jaga dengan Duit Anda

Assalamualaikum...

Alkisah aku shopping baju di sebuah pasaraya. Nak bayar, aku kasi RM50. Harga barang RM25 jer. Tiba-tiba cashier kata ada duit lain tak?

Haa?? Aku terkejut. Baru aku perasan duit RM50 yang aku beri padanya macam sudah buruk, lembik dan ada kesan cucuk-cucuk sikit dengan jarum. Gabra habis masa tu sebab aku bawa duit sikit jer. Memang aku dah prepare duit RM50 itu untuk belanja. 

Nasib baik aku simpan RM50 lagi dalam sampul raya. Duit itu aku nak simpan sebagai langkah berjaga-jaga sahaja bukan untuk belanja. Cashier itu asyik kata 'sorry'. Yelah depan dia aku ambil duit dalam sampul duit raya.

Aku seorang yang tak suka bawa duit banyak-banyak. Kadang-kadang ada RM50 je dalam dompet. Bayangkan duit itu reject, bagaimana? Terutama sekali bila barang yang tidak boleh dipulangkan kembali contohnya makan di restoren dan sebagainya.

Pengajaran yang aku dapat, kalau nak bawa duit sedikit pastikan ianya telah dipecahkan terlebih dahulu kepada duit sepuluh-sepuluh misalnya. Ianya lebih selamat.

Apa yang aku buat dengan RM50 tadi? Aku belanja dekat kedai runcit je. Sebenarnya laku jer duit tersebut, cuma cashier tu jer yang cerewet. Selalu yang reject duit yang aku pernah kena adalah orang Cina. Duit nampak buruk ada koyak sikit, tak nak terima. Siapa yang terseksa? Orang yang bayar la...

bunga segar

Gambar sekadar hiasan. 
Untuk tenangkan jiwa :)

Rabu, 3 Jun 2015

Hobi Mengumpul Setem Tenangkan Jiwa

Assalamualaikum...

Arghhh... aku takde mood hari ini. Nak buat kerja rasa malas sangat.. Online jer la. Itupun jika kuota internet tak habis lagi...huhu...

Okey, hari ini aku ingin bercerita mengenai my hobby. Hobi aku mengumpul setem. Aku suka kumpul setem sejak di zaman aku sekolah rendah lagi.

Kenapa suka kumpul setem? Kerana ia cantik, menarik, pelbagai, menjadi kenangan dan juga mempunyai sifat yang boleh menenang dan membahagiakan diriku. Apa yang penting aku suka tengok setem yang bermacam warna dan corak.

Dari mana aku dapatkan setem itu? Aku dapat daripada kawan-kawan, sahabat pena, kakak angkat dan juga dari surat yang terdapat di rumahku. Bukan perlu keluarkan modal pun, ambil je setem yang telah dicop oleh posmen. Apa susah?

setem
Setem pemberian sahabat yang belum dilekatkan dalam album :)

setem
Koleksi setem yang ada

setem
Setem lama yang mempunyai gambar Sultan

Selasa, 2 Jun 2015

Baru Belajar Beli Barang Online

Assalamualaikum...

Selamat cuti sekolah kepada adik-adikku semua. Adik-adik yang akan menduduki peperiksaan jangan lupa belajar dan ulangkaji pelajaran. Kalau ada kelas tambahan, pergi jangan tak pi orang Kedah kata. Belajar nie bukannya lama, sekejap jer.. Dalam tak sedar, dah tamat tingkatan 5...masuk universiti... kerja dan kahwin... Gunakan masa study ini dengan sebaiknya.

barang online

acne cleanser

Aku baru nak belajar beli barang online. Baru 2 kali aku beli, itupun beli barang yang sama dan pada orang yang sama. Banyak juga soalan yang ditanya pada penjual tersebut iaitu Nadia. Beli acne cleanser RM25 dan kos penghantaran RM7. Total kena bayar RM32. TQ buat Nadia kerana sudi melayan karenah pelanggan anda ini :)

Sabtu, 23 Mei 2015

Berbaloi-baloi Beriklan dengan PopAds

Assalamualaikum....

Kelmarin baru sahaja withdraw pendapatan yang diperoleh dari PopAds ke akaun Paypal. Alhamdulillah, walaupun tak banyak mana bagi sesetengah orang tapi syukur sangat bagi saya. Saya seorang yang kurang sabar, asalkan boleh cash out apa lagi terus klik jer. Itupun dah cukup banyak sepatutnya 5 USD sudah boleh di cash out.

Emel dari PopAds

Pendapatan PopAds boleh tahan juga. Sikit-sikit lama-lama jadi banyak. Walaupun trafik blog aku tak seberapa tapi ada juga pendapatan yang diperolehi. Alhamdulillah... Anda tak mahu cuba ke? Kalau nak join boleh tekan banner di bawah :)

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kalau anda rasa macam tak pandai untuk daftar, boleh klik di sini. Ada penerangan sedikit. Selamat Mencuba :)

Jumaat, 22 Mei 2015

Hadiah Pengantin Balik dari Honeymoon

Assalamualaikum...

Haa... ini lagi satu entri berkurun aku. Pengantin sudah pregnant baru nak tulis entri ini. Sahabatku Ain dan pasangannya Rudy Amirul berkahwin pada Januari 2015 yang lalu. Selamat Pengantin Lama..haha...

Terima kasih sahabat kerana masih memberi hadiah setelah pulang dari honeymoon. Ingat juga pada kawan-kawan dalam menikmati bahagia berumahtangga. Seronok sangat bila melihat kawan-kawan bahagia dalam kehidupan mereka. Apatah lagi dengan kehadiran orang baru.

Selain itu, sahabatku ini juga sambut birthday hari ini. 22 Mei 2015. Selamat Hari Lahir Ain. Semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu :) Itulah yang aku selalu wish...hehe..

Hadiah Honeymoon

TQ..so much :)

Hadiah Hari Lahir ke 29 Tahun

Assalamualaikum...

Hari lahir aku 28 Mac dan sudah terang lagi bersuluh, berkurun jugalah entri ini tak ditulis-tulis. Malas tahap gaban. Tapi tetap kena tulis sebagai ingatan dan terima kasih.

Terima kasih my bff Siti Hajar Mat Radzi yang memberi hadiah ini pada hari lahirku. Ambik kau aku letak nama penuh di sini. Senang bila kau google nama sendiri, jumpa kat blog ini.. hehe..

Hajar seorang sahaja yang masih sudi memberikan hadiah padaku. Sahabatku yang seorang lagi iaitu Ain turut memberi puding roti dan agar-agar cendol. Sedap sangat...tq... Tak sempat ambil gambar kerana terlalu sibuk. Sibuk makan..hahah..

Hadiah Hari Lahir ke 29 Tahun

Oval Plate

Terima kasih daun keladi,
Tahun depan bagi lagi :)

Sambut Hari Lahir Adik iaitu Anak Keenam

Assalamualaikum...

Pada 12 Mei yang lalu sambut hari lahir adikku yang pertama bersamaan dengan anak keenam. Aku pula anak kelima. Jadi itulah adik pertama aku. Walaupun sebenarnya dia lebih matang dan lebih berjaya dari aku. Aku apa yang ado???

Juadah hari lahir
Ambil gambar senja memang kelabu asap...

Aku masak barang-barang yang ada di rumah saja. Kek pisang, mee goreng, buah mempelam dan juga air teh. Itupun sudah cukup mengenyangkan. Adik makan apabila pulang dari kerja. 

Selamat Hari Lahir... Semoga murah rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selamanya. Sayang kamu sangat-sangat walaupun dirimu kelihatan sudah semakin jauh dariku...

Sabtu, 9 Mei 2015

Share Kredit pun Kena GST?

Assalamualaikum....

Pasti ramai yang mengeluh dengan pengenaan GST terhadap barangan dan perkhidmatan. Pergi sana GST pergi situ GST. Dalam rumah pun GST. Boleh dikatakan semualah perlu adanya GST. 

Nak berbelanja pun kena hati-hati. Tak boleh bawa duit cukup-cukup dan perlu pastikan bawa lebih. Yerlah kan tengok harga yang diletak RM 10 pastu bayar di kaunter kena bayar RM10.60. Tak cukup duit memang kena tinggallah satu dua barang di kaunter. 

Share kredit pun kena GST. Maxis tolak RM0.50 kerana menggunakan perkhidmatan share a top up pada nombor lain. GST pula dikenakan juga. Kalau share RM5 tolak 3 kupang orang Kedah kata... Baki pun jadi ciput... Langgan internet pun kena, beli top up lagilah kena GST.


kucing tidur

'Ermm..tido lagi baik si kucing Dora berkata di dalam hati dari memikirkan GST. Ada aku kisah?'

Ubah Suai Perabot, Kedudukan Cantik tapi Tak Selesa

Assalamualaikum....

Pernah tak anda rasa jemu dengan kedudukan perabot di rumah anda? Sudah semestinya 'ya' kerana melihat pemandangan dan kedudukan yang sama. Begitu juga dengan aku. Alih punya alih jadilah sangat lain dan lebih cantik. Malah family pun suka dengan ubahsuai itu.

Malangnya, kedudukan cantik tapi 'aku' merasa tidak selesa. Mula-mula rasa okey, lama-lama macam pening, berserabut dan tak boleh nak buat kerja apa. Tengok tv pun macam tak best jer. Tak faham dan tak tengok sangat. Fikiran entah ke mana. Rasa macam tak layan jer cerita itu.

Aduh!! penat mengubah kedudukan perabot tadi, susun-susun barang pun tak habis lagi. Nak kena alih tempat asal pula. Family aku memang selesa kedudukan yang baru. Masalahnya 'aku'. Hari-hari nak lepak di situ. Mereka sekejap sahaja. Bagaimana nie?

perabot

Itulah sofa atau kusyen di rumahku. Ada yang lama dan ada yang baru. Kusyen yang corak bunga baru sahaja dibeli berharga RM400.

Aku membuat keputusan.. Sekarang adalah fasa untukku menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Cubalah juga dan berharap semuanya akan okey :)

Selasa, 5 Mei 2015

Rindukan Song Ji Hyo dan Kang Gary

Assalamualaikum...

Tadi boring tak tahu nak buat apa. Belek-beleklah gambar yang ada dalam my laptop. Jumpa pic Song Ji Hyo dan Kang Gary. Adoi.. comelnya.. rindu pulak pada mereka. Masa mereka ada memang tahu mereka itu comel sangat tapi perangai yang kurang comel...

Haaa.... gambar di bawah adalah Song Ji Hyo dan Kang Gary saya. Bukannya ahli Running Man itu yer. Tapi adik memang beri nama dari kesukaannya melihat rancangan Running Man. Terbawa-bawa sampai menamakan kucing :)

anak kucing Song Ji Hyo
Song Ji Hyo

Kang Gary

anak kucing dan ikan puyu
Tengok ikan puyu tapi takut nak dekat
Comelnya makhluk ciptaan Allah ini

anak kucing

Jumaat, 1 Mei 2015

Nangka Madu di Tepi Parit

Assalamualaikum....

Selamat Hari Pekerja kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada suri rumah yang tidak pernah berhenti dari bekerja walaupun pada hari cuti. Suri rumah merupakan kerjaya yang tidak bergaji tetapi bekerja dengan penuh kasih sayang di hati :)

Mesti puas bercuti. Maklumlah 4 hari. Tapi ada juga yang tidak bercuti terutama yang bekerja di syarikat swasta atau melibatkan pertahanan negara. Apa-apapun bersyukurlah kerana anda sebagai pekerja tetap dihargai walau apa jua pekerjaan anda...

nangka madu

buah nangka madu

Nangka madu di tepi parit,
Ambil pisau tolong potongkan...
Ha... sambunglah sendiri....

Amacam? Terliur tak? Aku sendiri pun terliur tau.. Kalau nak tahu itulah buah nangka madu hasil tanaman ayahku. Macam-macam terfikir, boleh buat serawa, wadai kepeng, murtabak dan sebagainya.. Nyummy.... Apa yang pasti ia adalah makanan yang boleh menyebabkan satu badan berangin beb...Bahaya tuh....!!

Sabtu, 18 April 2015

Iman Tidak Dapat Diwarisi


Assalamualaikum....

Cabaran mendidik anak pada zaman ini adalah terlalu mencabar yang memerlukan kesabaran dan perhatian yang tinggi. Pelbagai masalah sosial dan jenayah melanda negara. Pengambilan dadah, meragut, merompak dan juga tidak ketinggalan masalah ketagih air daun ketum. Semua masalah ini merunsingkan ibubapa.

Betullah kata orang iman tidak dapat diwarisi. Ibubapa yang berjaya, soleh dan berilmu belum tentu dapat melahirkan seorang anak berjaya. Ayahnya imam di masjid tetapi anak pula merempit, meragut dan sebagainya.  Jika ayahnya seorang guru belum tentu anaknya akan berjaya dalam pelajaran

Kadang kala lebih mudah mendidik dan mengajar anak orang lain berbanding anak sendiri. Pepatah ada mengatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Pepatah ini seharusnya dipratikkan ibubapa. Ajarkan anak-anak tentang agama, solat dan akhlak yang baik sejak dari kecil. Pukul jika ingkar akan nasihat. In sha Allah anak tersebut akan menjadi insan bertaqwa. 

SOLAT adalah perkara utama yang harus dititikberatkan. Jika ia dipandang remeh rosaklah seseorang itu. Solat merupakan tiang agama bagi orang Islam dan solatlah yang pertama sekali dihisab di akhirat.

Ibubapa dalam mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi. Jangan putus berdoa. Semoga diberi jalan yang terbaik olehNya. Allah juga sedang menguji ibubapa melalui sikap dan kelakuan anak mereka. Jadi bersabarlah dengan ujian ini....

Khamis, 16 April 2015

Bahaya Sindiket Penipuan Gores dan Menang

gores dan menang

Assalamualaikum....

Adakah anda pernah didatangi seseorang yang menawarkan kepada anda peraduan gores dan menang? Usah terpedaya kerana itu adalah helah untuk melakukan penipuan. Sesiapa yang rambang mata pasti akan mudah tertipu.

Sindiket ini cuba mengumpan mangsa yang hendak ke bank atau di pusat membeli-belah. Baru-baru ini mereka mensasarkan golongan tua iaitu dari kalangan bapa dan mak kita. Ada juga golongan muda tetapi kebanyakan yang mengadu di facebook mengatakan golongan tua yang menjadi mangsa. Malah, ayah saya sendiri hampir tertipu.

Apabila digores, mereka mengatakan kita telah menang sesuatu hadiah tetapi harus membayar sejumlah wang terlebih dahulu untuk mendapatkan hadiah tersebut. Contohnya kita memenangi hadiah kereta tetapi harus membayar wang GST terlebih dahulu dalam anggaran RM8 hingga RM10 ribu ringgit.

Aduan di facebook pula mengatakan ayahnya juga telah ditipu malah telah membawa ayahnya pulang ke rumah untuk mengambil duit. Ayahnya pula sanggup meninggalkan motosikalnya di pusat membeli belah. Mujurlah ada orang di rumah yang membantu yang mahu lihat lesen perniagaan dan juga kad pengenalannya. Penipu tersebut terus melarikan diri.

Penipuan ini ada di mana-mana sahaja. Ada juga yang datang ke rumah untuk menipu. Berwaspadalah kita agar tidak mudah terpedaya. Orang yang tidak bertanggungjawab mencari jalan mudah untuk mendapatkan duit.

Ahad, 5 April 2015

Jamuan Hari Lahirku Tahun 2015

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, terlaksana juga hasrat untuk membuat jamuan makan kecil-kecilan sempena hari lahir. Jemput kawan-kawan adik sahaja. Antara makanan yang disajikan kek, roti pizza, dadih perisa keladi, keropok ikan, buah tembikai, mee goreng dan kentang goreng.

Apa yang mengejutkan adik angkat juga kebetulan datang. Jadi jemput makan sekalilah. Tak plan pun sebenarnya. Seronok sangat dengan kehadirannya :) Tq adik Azwan kerana beri buah bali dan mempelam muda sebagai buah tangan... Jom layan jer gambar-gambar di bawah yang sempat diambil....

kek birthday
Kek Birthday

juadah hari lahir
Antara juadah yang disediakan

Kawan-kawan adik

Malu-malu semuanya

Adik angkat kesayangan

Sabtu, 28 Mac 2015

Happy Birthday to Me !!!

Assalamualaikum....

Esok genaplah umurku 29 tahun you all !! Tapi still tak matang dan hanya bergantung pada orang tua. Rezeki oh rezeki. Bersyukur sangat diberi kesempatan untuk terus hidup. Semoga hidup ini diberkati Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik.

Tq buat Libresse kerana memberi kad birthday yang comel ini. Dapat juga kad birthday :) Insya Allah 29 Mac akan buat jamuan makan sikit. Jamu kanak-kanak iaitu kawan adik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Nak jemput kawan-kawan macam seganlah pula kerana membuat ala kadar sahaja. 

kad birthday dari Libresse

kad birthday dari Libresse