Rabu, 31 Disember 2014

Mesin Duit Syiling di BSN

Assalamualaikum...

Sudah lama hendak menulis entri ini tetapi asyik tertangguh sahaja. Baru hari ini berkesempatan. Korang pernah guna tak mesin tukar duit syiling di mana-mana bank? Aku masa mula tu tak tahu yang mesin nie wujud. Apabila dimaklumkan oleh kerani bank baru aku tahu. Jadi, pulunlah kumpul duit syiling banyak-banyak untuk cuba menggunakannya.

mesin duit syiling
Mesin Duit Syiling

mesin duit syiling

Inilah mesin duit syiling tersebut. Menurut kerani Bank Simpanan Nasional, mesin nie hanya terdapat satu dalam sebuah negeri. Di negeri Perak hanya ada di BSN cawangan Tanjung Piandang. Negeri lain aku tak tahu. Mungkin di Tanjung Piandang orang rajin tukar duit syiling kot mengikut statistik mereka. He..he.. tekaan semata :)

mesin tukar duit syiling

Resit Tukar Duit Syiling
Resit

Apabila kita hendak memasukkan duit, perlu nyatakan nombor akaun BSN dan nombor telefon. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun kita dalam masa 3 hari. Anda akan dapat resit seperti di atas.

Ermm..bestkan. Tiada lagi masalah kocek atau dompet berat. Kumpul banyak-banyak dan simpan menggunakan mesin. Tak perlu beratur panjang lagi. Boleh buat sendiri :)

Selasa, 30 Disember 2014

Sinopsis Novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Novel Cik Bunga dan Encik Sombong

Novel Cik Bunga dan Encik Sombong merupakan karya Airisz yang menetap di Taiping, Perak. Penerbitnya pula ialah Karyaseni Sdn. Bhd. Ada dialek Perak Utara dalam novel ini. Ala... macam bahasa orang Kedah juga. 

Jadi, orang Kedah dan orang belah Perak Utara lebih mudah faham dan memahami jalan cerita dan bahasanya. Untuk negeri-negeri yang lain bolehlah belajar serba sedikit. Tak susah mana pun untuk memahami kerana sedikit jer loghat @ dialek tersebut ditulis. Jom lihat sinopsis yang terdapat di belakang novel tersebut.

****************

Aku? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang ke kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar?

Ahad, 21 Disember 2014

Sinopsis Novel Seindah Sakura

Assalamualaikum...

Akhirnya, selesai juga saya membaca novel Seindah Sakura karya Liza Zahira. Mesti anda semua sudah tahu tentang novel ini malah ia telah diadaptasi ke drama. Jalan cerita memang ada sedikit perbezaan antara tv dan novel. Tapi kedua-duanya best dan memberi kesan kepada pembaca dan penonton. Jom lihat sinopsis novel Seindah Sakura hasil pembacaan saya.

Novel Seindah Sakura Karya Liza Zahira

Novel Seindah Sakura

     Cerita ini mengisahkan Shakira yang tinggal bersama Oyangnya di sebuah pondok buruk. Setiap kali hujan, pondok tersebut akan dimasuki air akibat lubang yang terdapat pada bumbungnya. Ibunya tidak tinggal bersama kerana terpaksa bekerja di luar. 

     Shakira terpaksa bekerja sambil belajar untuk menyara kehidupan mereka berdua. Ibunya sejak bekerja di luar langsung tidak mengirimkan wang belanja.

     Shakira sering dimarahi oleh gurunya iaitu Cikgu Airil. Shakira dianggap sebagai pelajar yang bermasalah dan boleh merosakkan reputasi sekolah. Walhal tidak mengetahui latar belakang hidup Shakira yang penuh dengan cabaran dan kesukaran.

     Sehinggalah apabila Oyang Shakira iaitu Moyang Kiah meninggal dunia. Barulah Cikgu Airil faham mengenai kesusahan hidup Shakira. Datuk Walid iaitu bapa saudara kepada Cikgu Airil menjaga Shakira apabila Oyangnya meninggal dunia. Tambahan pula, ibu Shakira telah dipenjarakan kerana membunuh tanpa niat. Cikgu Airil juga tinggal bersama bapa saudaranya itu.

     Di situ bermulalah kisah antara Cikgu Airil dan Shakira. Cikgu Airil sudah mula jatuh cinta pada Shakira dan begitu juga Shakira. Anida iaitu anak kepada Datuk Walid berasa cemburu kerana dia juga menyukai Cikgu Airil. Pelbagai helah telah dirancang oleh Anida untuk menyingkirkan Shakira dari rumahnya. Kesudahannya, Anida berjaya menyingkirkan Shakira dan membuatkan Airil membenci Shakira.

     Kehidupan Shakira menjadi lebih sengsara apabila dimaklumkan bahawa ibunya menghidap HIV. Datuk Walid membenarkan ibu Shakira tinggal di rumahnya. Datuk Walid menggaji seorang jururawat untuk menguruskan ibu Shakira yang memerlukan penjagaan yang rapi. Shakira berasa terhutang budi kepada Datuk Walid.

     Sehinggalah suatu hari, Datuk Walid menyatakan hasratnya untuk menikahi Shakira sebelum Shakira melanjutkan pelajaran di UIA. Shakira enggan dan melarikan diri. Pelbagai kejadian buruk berlaku ke atas dirinya sejak meninggalkan rumah. Akhirnya, Shakira pulang semula ke rumah dan bersetuju berkahwin dengan Datuk Walid.

     Perkahwinan Datuk Walid dan Shakira hanyalah di atas kertas. Shakira tidak menjalankan tugas sebagai isteri. Malah membenci Datuk Walid kerana dianggap mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.
Sebelum menamatkan pelajaran di universiti, Datuk Walid telah menceraikan Shakira dan menberikan sedikit hartanya.

     Shakira telah berkahwin dengan Roni. Malangnya, Roni seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan suka berfoya-foya. Tujuannya berkahwin dengan Shakira adalah untuk mengikis harta yang diperolehi dari Datuk Walid dan ingin hidup senang hasil kerja keras Shakira.

     Cikgu Airil pula telah dipaksa oleh bapa saudaranya untuk berkahwin dengan Anida kerana ingin menyelamatkan maruah Anida. 


Jadi, bagaimanakah Shakira dan Airil bersatu? Kenalah baca sendiri yer. Sudah penat jari-jemari untuk menaip. Novel ini boleh memberi semangat kepada kita untuk meneruskan kehidupan. Kisah hidup dan kesengsaraan Shakira banyak memberi pengajaran kepada semua. Kepada anda yang belum membacanya, cubalah dapatkan novel ini. Selamat Membaca :)

Isnin, 1 Disember 2014

Tamatlah Sudah Riwayat Handphone Samsung Galaxy Y

Assalamualaikum...

Hari ini mood sedih. Apabila barang yang kita gunakan setiap hari, rosak dan tidak berfungsi lagi. Aku beli phone nie masa ianya masih mahal dan sekarang nie phone nie memang ketinggalan zaman abis... mempunyai wifi, boleh melayari internet dan touch screen. Sekarang ini ianya dah rosak.. Argghhh...

samsung galaxy Y

Suka sangat guna phone nie, walaupun murah tetapi banyak kegunaan. Senang nak dijaga dan bawa ke mana-mana sebab ianya kecil.

samsung galaxy Y

Selesa sangat menggunakannnya. Cuma kameranya cuma 2 MP rasanya. Tapi okeylah daripada takde. Aku jarang guna kamera handphone. 

Tapi, aku masih bersyukur kerana handphone yang rosak bukan laptop. Syukur sangat sebab laptop aku pun dah lama. Lagi lama dari handphone tersebut..huhu... Sekurang-kurangnya aku dapat update blog lagi. Syukur, alhamdulillah....