Ahad, 5 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha :)


Assalamualaikum....

Salam Aidiladha kepada semua umat Islam. Syukur alhamdulillah kerana dapat menyambut lagi hari yang berbahagia ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang mengerjakan ibadah Haji.

Selamat menjalankan ibadah korban bagi umat Islam yang berkorban pada tahun ini. Bagaimana ibadah korban di tempat anda? Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Jika raya pasti tidak akan lari diminda dan difikiran kita tentang makanan. Betul tak? Awal-awal lagi kita sudah merancang untuk memasak apa di hari istimewa. Juadah hari ini ialah Laksa, Kari Ayam dan Ketupat. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan.

Kita di Malaysia patut bersyukur masih diberi nikmat cukup makan minum, kesihatan dan yang penting keamanan serta keharmonian dalam negara. Jadi, bersyukurlah apa yang dimiliki kini. Tanpa keamanan, Aidiladha yang disambut tiada maknanya :)

7 ulasan:

  1. selamat hari raya ! :) Alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga...Nak masuk hari raya ketiga sudah :)

      Padam
  2. Setuju sgt.
    Kita Malaysia patut bersyukur sbb masih ada kebebasan meraikan perayaan tidak kira agama...
    Sesetgh negara nak beraya pun takut sbb tak aman..kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. kita lakukan ibadah korban dengan aman dan bergotong-royong :)

      Padam
  3. salam aidiladha dan salam kenal eyma. ^_^

    BalasPadam