Selasa, 30 September 2014

Kuih Bakar Kacang Tetap di Hati Ibu

Assalamualaikum...

Sudah beberapa hari bertungkus-lumus menyiapkan biskut untuk hidangan para tetamu di Aidiladha ini. Alhamdulilah, sudah siap 6 jenis. Antaranya samperit susu, biskut oat, nestum, tart nenas dan banyak lagi. Mungkin perlu ditambah 2 atau 3 jenis sahaja lagi.

Dalam sibuk-sibuk menyiapkan biskut tersebut, ibu mengatakan bahawa teringin untuk membuat kuih bakar kacang. Terkejut juga dibuatnya kerana saya menyangka ibu tak mahu buat kuih bakar kacang pada Aidilada ini. Sebelum ini tiap-tiap tahun ibu membuat kuih tersebut. Pada hari raya Aidilfitri tahun ini juga, ibu ada membuatnya.

 Kuih Bakar Kacang


Saya kasihan melihat ibu membuat kuih tersebut. Dari awal pagi hingga lewat petang. Almaklumlah, kalau nak buat, ibu lebih suka membuat sehingga 1 kg kacang hijau yang dibuang kulit. Kalau buat sikit alang-alang pula katanya. Walaupun ada orang yang membantu kuih ini lambat juga untuk disiapkan.

Kaedah penyediaanya ialah dari menggoreng kacang hijau, mengisar, mengadun, menerap pada acuan dan bakar. Kesemuanya memerlukan kesabaran yang tinggi. Inilah kuih kegemaran ibuku sejak dari dulu lagi. Lebih gemar membuat sendiri daripada membelinya. Jika anda mahu resipinya klik di sini.

Ahad, 28 September 2014

Bulan oh Bulan...

Assalamualaikum...

Tanggal 5 September 2014, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Kepada jemaah haji selamat mengerjakan ibadah haji dan semoga dipermudah segalanya. Setiap umat Islam yang beriman dan bertaqwa pasti ingin menjadi tetamu Allah, menunaikan haji dan seterusnya memperoleh ganjaran pahala daripada-Nya.

bulan

Cuba lihat gambar di atas, gambar apakah itu? Itu merupakan gambar bulan yang saya ambil sendiri mengunakan kamera biasa-biasa jer. Motif gambar tersebut??

Tiada sebarang motif sebenarnya. Kekusutan dan ketidaktenteram dihati yang membuatkan kita cuba beralih dari suatu masalah kepada benda lain contohnya lebih kepada alam sekitar. Sedikit sebanyak ia dapat mententeramkan hati. Apa yang utama, mengadulah pada pencipta....

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan segala yang berlaku kepada kita adalah qadak dan qadar daripada Allah. Jadi, jangan bersedih dan hadapilah segala ujian dengan ketabahan dan keredhaan....

Isnin, 22 September 2014

Ben Ashaari jadi Follower yang ke-52

Ben Ashaari jadi Follower yang ke-52

Assalammualaikum....

Selama seminggu saya tidak membuka blog dan juga melayari internet. Memang rasa lain sangat dunia tanpa internet. Sangat membosankan...

Dan apabila dibuka pada hari ini, saya lihat blogger terkenal En. Ben Ashaari menjadi follower blog ini. Perasaan?? Ermm.. memang tidak terkata... terkejut, best, malu pun ada... Maklumlah blog yang baru hendak bertapak ini.

Terima kasih pada En. Ben Ashaari kerana sudi follow blog yang serba kekurangan ini. Ternyata anda blogger yang hebat, merendah diri dan wajar menjadi idola kepada blogger yang lain :)

Khamis, 11 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !


Namaku Eyma Balkish berasal dari Perak Darul Ridzuan. Boleh panggil Eyma sahaja. Mula berblogging sejak 2010 lagi tetapi tidak terlalu serius. Sekejap ada sekejap takde. Adik saya yang mengajar cara membuat blog jika tidak saya tidak tahu apa pun.

Blog saya mempunyai terlalu banyak kelemahan dan perlu belajar lagi daripada blogger yang telah berjaya. Diakui bahawa blog ini sekadar blog personal yang mungkin kurang menarik untuk dibaca. Tetapi disebabkan minat dalam bidang ini saya teruskan juga.

Impian saya sebagai seorang blogger ialah untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya yang boleh menjana pendapatan. Selain itu, ingin berkongsi maklumat berguna kepada pembaca di seluruh negara dan seterusnya memperoleh keberkatan daripadaNya.

Cara Membuat Scroll Box untuk Blog Archieve, Label, Bloglist dan Popular Post.

Menulis blog

Syukur alhamdulillah, berjaya juga saya membuat Scroll Box untuk Blog Archieve, Label, Bloglist dan Popular Post. Berpinar juga mata dibuatnya. Saya bergerak dari satu blog ke blog lain untuk mencari tutorial tersebut dengan bantuan encik google yang bijaksana...hehe...

Seronok juga meng'edit' blog kalau kita berjaya membuat apa yang diinginkan. Penat memanglah penat. Di samping laptop yang selalu 'heng' amat menguji kesabaranku...

Anda yang nak cuba buat scroll box pada blog anda pula bolehlah cuba tutorial di bawah. Saya telah sertakan linknya, cuma klik sahaja. Insyaallah, berjaya..
  1. Cara Membuat Scroll pada Bloglist
  2. Cara Membuat Scroll pada Popular Post
  3. Cara MEmbuat Scroll pada Label @ Kategori Blogspot
  4. Cara Membuat Scroll pada Blog Archieve

Selasa, 9 September 2014

Liebster Award


Assalamualaikum....

Semalam saya telah ditag oleh Khairina Aida mengenai Liebster Award. Apa itu Liebster Award?

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller follwers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Jadi saya memang sesuai dan tergolong dalam kategori ini. Jom lihat jawapan daripada soalan yang telah diberikan kepada saya...


1. Haiwan atau serangga apa yang paling dibenci  anda why?
Pacat.. tahu tak pacat? Haiwan yang menghisap darah… Geli sangat…

2. Bila tak ada kerja,biasanya buat apa selain update blog.
Tengok tv layan drama Melayu, Running Man dan sebagainya.

3. Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging n bila start blogging.
Adik yang jebakkan saya… sebab dia ada blog dulu…start tahun 2010…

4. Tempat paling yang ingin pergi?
Mekah menunaikan Haji dan Umrah…

5. Kenangan yang paling bengap sekali dalam hidup korang.
Setakat nie tak de..semua ok jer…hehe…

6. Korang tangan kidal ke tangan kanan.
Tangan kidal…hehehe…

7. Hobi selain berblogging.
Cuba masakan baru dan mengumpul setem serta lencana sekolah.

8. Pendapat korang tentang blog sendiri.
Bolehlah…daripada takde.. janji ada semangat untuk menulis dan sejuk dipandang mata..

9. Cerita kartun yang paling korang suka dari kecik hingga sekarang.
Doraemon… Shin Chan…

10. Suka baca novel tak?.Hehew.
Mestilah suka baca novel… tapi tak suka beli… macam mana tuh?

11. Pendapat korang tentang blog ni.
Blog yang simple dan cute sangat… Mesti tuannya cute juga kan…


Selesai sudah saya menjawab soalan dari adik Khairina Aida. Saya nak tag pula secara rawak kepada blogger ini pula. Harap sudilah join.. Jika sudah join, harap maklumkan kepada saya...   ^_^


Jadi giliran anda pula menjawab soalan ini...

1. Apa yang anda suka baca di blog orang ketika berblogging?
2. Berapakah umur anda dan berasal dari mana? (jika tidak kisah)
3. Macam mana boleh terjebak dalam dunia blogging dan bila start blogging..
4. Kenangan paling manis dalam hidup anda?
5. Impian anda yang belum tercapai?
6. Apakah makanan kegemaran anda dan makanan yang paling terer dimasak?
7. Hobi selain berblogging?
8. Pendapat korang tentang blog sendiri?
9. Drama atau filem Melayu yang anda suka dan tidak akan dilupakan?
10. Tempat yang anda ingin pergi
11. Pendapat anda tentang blog ini?

Jangan lupa tag blogger yang mempunyai pengikut kurang daripada 500... ^_^

Ahad, 7 September 2014

Blogger Pilihan di Utusan Malaysia 23 Ogos 2014

Assalammualaikum....

Syukur alhamdulillah.. Rezeki saya masuk paper 23 Ogos yang lalu. Terima kasih tak terhingga pada Encik Azrin selaku wartawan Utusan Malaysia. Mula-mula mendapat panggilan terkejut juga dibuatnya. Cepat dan pantas proses pelaksanaan kerja mereka. Syabas diucapkan.

Sememangnya pengalaman ini adalah pengalaman manis dalam hidup saya dalam dunia blogger. Tak pernah 'mimpi' pun nak masuk paper. Apatah lagi blog saya serba kekurangan berbanding blog lain. 

Saya kongsikan di Utusan Malaysia adalah blog Sajian Hati. Blog tersebut merupakan sebuah blog masakan dan saya rasa ianya lebih memberi manafaat kepada masyarakat berbanding blog ini. Jadi, cukuplah blog itu sahaja yang saya paparkan di akhbar.


Blogger Pilihan di Utusan Malaysia 23 Ogos 2014

Sekian...  ^_^

Sabtu, 6 September 2014

Template Kembar...


Assalammualaikum...

Setelah mencuba beberapa kali untuk mencantikkan blog agar lebih kemas dan sejuk mata memandang. Akhirnya.. tidak berjaya jua. Saya menginginkan template mesra SEO seperti yang diperkatakan oleh Encik HasrulHassan di dalam blognya. Tetapi hampa kerana saya tidak pandai untuk edit HTML tersebut. 

Langkah yang saya ambil ialah dengan mengambil template yang sedia ada di blog saya yang lain. Memang diakui bahawa template ini tidak mesra SEO. Templatenya sama seperti di blog Mencari Cinta Abadi. Blog tersebut saya khaskan untuk menempatkan hasil karya sastera contohnya pantun, puisi dan sebagainya. Jadi ianya jarang diupdate.

Buat masa ini biarlah begini. Asalkan saya ada minat untuk terus menulis. Sekian...  :)

Khamis, 4 September 2014

Bosan dengan Blog Anda?


Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda bosan dengan blog anda sendiri? Anda benci melihat entri, template dan segalanya mengenai blog anda.. Anda merasa ingin mendelete sahaja blog tersebut... Pernah tak ada perasaan begitu??? 

Perasaan tersebut selalu sahaja mengganggu jiwa ini. Bosan sangat dengan blog sendiri. Apatah lagi orang lain... Tetapi, bila difikirkan kembali...

Susahnya nak bina blog pada awal dahulu. Ingat senang? Nak cari nama, buat header, pilih template yang ok, edit HTML dan sebagainya... Semuanya makan masa.. Betul tak? Berpinar biji mata dibuatnya.

Walaupun blog kita tiada pelawat sekalipun apa salahnya menjadi kenangan dan memori buat diri sendiri. Itulah gunanya blog...

Lagi satu, haruslah sedar diri bahawa 'saya' bukanlah pandai nak design template sendiri dan edit HTML pun harap tutorial di blog lain jer.. Jadi, bersyukur dengan apa yang ada... Buanglah jauh-jauh sikap suka memadam blog dan membuka blog lain pula.. Cukup dengan apa yang ada...