Jumaat, 28 Februari 2014

Mee Kari Old Town

Mee Kari Old Town

Mee Kari dan Minuman di Old Town

First time makan mee kari di Old Town. Maklumlah, ada orang belanja. Kakak tersayang yang belanja. Kalau harap duit sendiri memang tak merasalah...

Ambil pakej untuk dinner lengkap dengan minuman dan juga aiskrim. Sesekali tekak merasa makan di tempat mewah sikit best juga. Tq kakak.. Harap dapat belanja lagi :)

Cek Nuffnang Ketiga

Cek Nuffnang

Alhamdulillah, selesai sudah bank in cek nuffnang ini. Tiga hari baru boleh dikemaskini buku akaun. Syukur sangat-sangat. 9 bulan juga baru dapat kumpul banyak ini. Susah betul nak dapat duitkan...

Saya dapat cek ini pada awal bulan Februari. Atas sebab-sebab tertentu saya tiada mood untuk update di blog pada ketika itu. Biasalah masalah kesihatan dan masalah tersebut masih juga membelenggu diri ini ketika ini. Harap ianya tidak bertambah teruk dan kembali ok, sihat seperti sediakala. Amin... Kalau tak sihat, sakit itu sakit sini, semua kerja nak dibuat pun tak menjadi.. Tension jer...

Sekarang nie memang susah untuk mendapat CPUV. Blog Sajian Hati mendapat satu sahaja campaign. Blog lain memang tak akan dapat dari dulu lagi..huhu..  Blog ini pula saya letak iklan lain untuk mencuba.. Saja mencuba nasib tetapi blog ini tidak mendapat ramai pengunjung, jadi tidak merasa jugalah pendapatan daripadanya.

Kepada anda yang berjaya mencapai pendapatan yang tinggi melalui blog, marilah berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya 'budak' tak pandai sangat...sekadar mencuba.... :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Imbas Kembali Menyertai Contest Kenangan Ramadhan Dan Syawal

Assalammualaikum...

Selamat pagi semua.. Apa khabar? Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kita mendapat keberkatan daripada-Nya.

Agak pelik tajuk entri saya pada hari ini. Selalunya contest mestilah yang terkini tetapi saya jadikannya sebagai imbas kembali. Mengapa?

Saya ingin mengimbas kembali contest yang telah saya sertai kerana saya rasakan terlalu sayang untuk membuang entri ini begitu sahaja. Kalau dahulu saya menyertai contest di blog yang beralamat http://putribalkish.blogspot.com. Sekarang, saya sudah jadikan blog tersebut sebagai blog sastera di mana saya menghimpunkan hasil-hasil kreatif yang pernah dihasilkan.

Bermakna, sebarang contest yang pernah saya masuki dahulu wajib dibuang. Dalam banyak-banyak entri, entri inilah yang paling saya sayang dan pernah mendapat hadiah saguhati. Jadi ia menjadi kenangan kepada saya.

Oleh itu, saya tampilkan di blog ini pula. Kalau sudi, baca dan komenlah yer..tq.. :)


Nak Join?? Klik di sini


Tamat pada 31 Ogos 2010



18 Ramadhan 1431 H

Hari ini sudah 18 hari umat Islam berpuasa. Di sini saya ingin menyingkap kenangan Ramadhan dan Syawal semasa saya berumur 9 tahun. Kisahnya biasa sahaja tetapi amat memberi kesan dalam hati sanubariku.

Semasa bulan Ramadhan saya bersama adik selalu mendayung basikal bersiar-siar dalam kampung kami. Setiap pukul 7 pagi apabila cerahnya langit kami akan menghirup udara pagi yang segar. Kami akan bergilir-gilir menunggang basikal. Pada pagi-pagi bulan puasa dirasakan suasana amatlah sunyi. Bebas dari sebarang bunyi terutamanya di kampung. Almaklumlah kampung saya agak jauh juga dari jalan utama. Kalau bukan bulan puasa kami adik-beradik tidak akan keluar pagi-pagi kerana masih lagi di atas katil hehe...


Parit yang berada di tepi jalan rumahku

Manakala mak saya pula selepas solat  dan menyiapkan kerja di rumah terus berkebun di belakang dan di tepi rumah. Mak menanam sayur-sayuran seperti kacang, jagung, cabai dan sebagainya. "Mak kata berkebun kena pagi-pagi kalau nak buat petang takut dah tak larat..Habis pokok mak mati nanti.."

Pemandangan sawah padi yang menyejukkan mata memandang


Masa bulan puasa mak akan kejutkan kami sekeluarga untuk bersahur....dalam 10 orang adik-beradikku sayalah yang paling liat nak bangun..hehe..sampai banyak kali kena kejutkan....dah la lambat bangun, duduk dalam bilik air bukan main lama sampai ada yang dah siap makan..huhu... 

Masa berbuka pula orang lain dah habis makan, tinggal saya seorang yang makan lagi..Lambat sangat ke saya makan???terfikir gak macam tu.. Sampai skrg makan lambat tak tahu naper huhu...Tapi mak yang selalu tunggu dan temankan saya hingga habis makan...

Kenangan Syawal pula ialah masa kecik2 juga .....Kalau tidak bukan la namanya kenangan kecuali yang bersifat special betul2.

Masa raya macam biasa la dekat kampung, mestilah pergi raya dekat rumah jiran-jiran. Motif utamanya adalah untuk mendapatkan duit raya..apalagi...hehe..

Masa dulu-dulu orang bagi 20 sen satu rumah. paling banyak pun seringgit..tapi sikit sangat rumah yang saya pergi dapat seringgit kecuali rumah orang yang agak berada...budak-budak sekarang bertuah sebab paling minima depa dapat seringgit satu rumah..


20 sen
 @

RM1.00

 Mana yang Menjadi Pilihan???

Sebelum raya, saya dan kawan-kawan dah buat pelan nak pergi rumah yang mana dulu....tak mau terlepas pandang..tapi bila dah raya tak menjadi pun pelan tu..sikit sangat rumah yang dapat pergi kerana keadaan perut yang tidak mengizinkan...hehe...

Orang lain pergi sembahyang raya di surau, saya serta kawan-kawan pergi beraya ke rumah orang. Apabila perut dah penuh baru balik ke rumah untuk mengeluarkan apa yang patut..hehe...

Tapi, walaupun motif pergi beraya untuk mendapatkan duit raya tapi secara tak langsung saya rasakan ada kebaikan di sebalik ziarah-menziarahi di bulan Syawal..

  • Pertama, apabila kita pergi beraya ke rumah orang, kita akan mengenali tuan rumah tersebut secara lebih dekat. Kalau tidak, kita tidak akan kenal tuan rumahnya. Kita hanya melihat rumahnya tersergam indah tapi kita tidak tahu pemiliknya. 
  • Apabila beraya, tuan rumah akan bertanya anak siapa dan datang dari mana?? dan jika tuan rumah mengenali ayah, mak atau keluarga kita mesti mereka akan berkirim salam dan bertanya khabar keluarga kita. Begitulah yang selalu berlaku kepada saya terutama beraya dalam satu kampung....
  • Selain itu, tak de memerap kat rumah jer. Tgk tv pastu main..hari-hari lain pun boleh dapat..betul tak???
  • Pastu dapat merasakan juadah yang pelbagai yang tidak disediakan kat rumah.
  • Akhir sekali, boleh dengar gosip-gosip atau berita terkini tapi yang baik la bila dengar orang tua-tua bersembang contohnya orang kampung yang bernama ???? dapat pergi haji ke...macam tu la.... Pastu leh report kat mak...mak pun kata "oh, ya ka" tapi mak tak percaya gak seratus-peratus. Almaklumlah mulut budak..haha..
Tapi, sekarang nie jenayah penculikan yang semakin menjadi-jadi budak-budak sekarang tak berapa digalakkan untuk pergi beraya terutama ke rumah orang yang tidak dikenali. "Mencegah lebih elok"...



Setakat inilah kisah kenangan saya yang tidak seberapa ini. Gambar masa kecil memang kurang. nak beli kamera pun tak mampu lagi almaklumlah ayah bekerja sebagai pesawah. Sekian..



****************

Sabtu, 1 Februari 2014

Kasih dan Sayang Seekor Ibu Kucing...

Kucing sedang menyusu
Gambar bukan sekadar hiasan tetapi mempunyai penuh makna tersirat :)

Cuba lihat gambar di atas, betapa sayangnya si ibu terhadap anak-anaknya. Tidak pernah diabaikan walau seekor pun anaknya. Kasih dan sayangnya dibahagikan sama rata.

Ibu kucing ini sentiasa menemani anaknya malah sanggup mempertahankan anaknya dari kucing jantan (bapak) daripada dibunuh. Sehinggakan ibu ini tercedera.

Si ibu kucing ini akan terus pergi mendapatkan anaknya apabila mendengar suara anaknya menangis. Melihat sendiri apa yang berlaku terhadap anaknya.

Ibu kucing ini akan selalu berwaspada jika ada manusia yang cuba membahayakan anaknya. Ia akan mengawasi dari jauh andai terjadi sesuatu.

Kucing oh kucing. Naluri keibuanmu cukup kuat walau kamu sekadar seekor kucing.

Tetapi.. di manakah sifat keibuan seorang ibu dan kasih sayang seorang bapa yang bergelar manusia sehingga sanggup menggugurkan janin, mengelar, mencederakan dan merogol darah daging sendiri. Malah, sanggup membunuh anak yang tidak berdosa! 

Apakah dosa mereka sehingga diperlakukan begitu? Kucing pun tahu sayangkan anaknya..malunya kita sebagai manusia...


Nota :

Suka sangat bila melihat ibu kucing menyusu, menjilat anak-anaknya dan tidur dengan rapat bersama anak-anak yang disayangi :) Happy dan tenang sahaja perasaan ini...

Anak kucing putih (sedang menyusu di dalam gambar) tengah sakit sekarang. Tadi ianya muntah dan tidak bermain bersama adik-beradik yang lain. Termenung dan berpeluh tubuh sahaja. Semoga anak kucing ini cepat sembuh....