Sabtu, 23 November 2013

Kisah Ular Senduk...

Ular Senduk
Ular senduk yang telah mati dipukul
Ular Senduk dan Kucing
Kucing pun menyibuk sama..

Hai semua...entri kali ini adalah mengenai ular... Ular??? Ya... iaitu ular senduk..  'Macam takut jer, macam nak lari jer'...dan memang takut pun...

Ular ini dijumpai di dalam bilik mandi rumah. Cuba anda bayangkan ketika anda hendak masuk ke dalam toilet, terdengar bunyi ular dan seterusnya nampak ular tersebut. Takut tak? Begitulah yang terjadi...

Ular tersebut terperangkap di dalam perangkap tikus di dalam bilik mandi. Bagaimana kita untuk membunuhnya sedangkan ianya terperangkap di dalam perangkap tikus? Memang sukar dan mencabar...

Alhamdulillah, berjaya juga membunuhnya. Hero saya iaitu abah kesayangan yang membunuhnya. 

Bagaimana cara abah membunuhnya? Begini...

Di dalam bilik mandi, ayah telah merendam perangkap tikus ke dalam tong air yang berisi air. Tujuannya untuk melemaskan ular tersebut. Tetapi, apa yang telah terjadi.....

Ular tersebut telah keluar dari perangkap tikus tersebut dan berenang-renang di permukaan air.. Abah pun memukulnya.. Tetapi memang sukar untuk membunuhnya di dalam air dan ayah sendiri mengakuinya...

Syukur alhamdulillah, ular tersebut mati juga. Jika tidak, memang tidak berani masuk bilik air dan jika tinggal di rumah pun masih takut kerana tahu ada insan berbahaya yang tidak diundang.

Biasalah rumah kampung yang dikelilingi oleh sawah padi dan pokok kelapa sawit di sekeliling rumah memang tidak dapat lari dari binatang tersebut. Tikus, ular, katak, biawak dan sebagainya... Apa yang penting, kita harus lebih peka.

Kucing iaitu Tommy pun menyibuk sekali..  Dia pun macam takut juga apabila tengok ular tersebut....


Nota : 

Perangkap tikus tersebut mengandungi katak sebenarnya. Oleh sebab itulah, ular tersebut masuk ke dalam perangkap untuk memakan makanannya. 

Tujuan meletak katak di dalam perangkap tikus kerana katak terlalu banyak masuk di dalam rumah. 

Apabila dihalau keluar, ianya masuk semula ke dalam bilik mandi dan seterusnya ke dalam rumah. Adik kecil juga takut untuk masuk ke bilik air jika ternampak katak.

Kesilapan yang paling besar adalah tidak meletakkan perangkap tikus tersebut di luar rumah. Moga tiada lagi ular yang masuk... Memang sangat takut terutama jika tiada ayah di rumah.....Tak tahu nak buat aper....

Keropok Keladi...

Keropok Keladi

keropok keladi

Pernahkah anda makan keropok keladi?

Untuk pengetahuan, saya first time makan keropok keladi nie... Kakak membelinya di Melaka. Family suka keropok nie terutama mak sebab rasanya ori iaitu tanpa perisa tambahan seperti pak aji.

Tahu tak apa itu pak aji? Ajinomoto ler..hehe... Jika anda yang belum pernah merasainya, carilah keropok ini di sekitar Melaka.. Tempat lain mesti ada juga kan... :)

Isnin, 4 November 2013

Layari Internet Tanpa Had dengan Hot Tiket Internet

.
Hot tiket inilah yang saya gunakan apabila melayari internet semenjak ia diperkenalkan. Memang agak berbaloi dan harus pandai berjimat apabila menggunakannya.

Selain melayari internet, dapat juga 2 ketul KFC percuma hasil pembelian dua Hot Tiket. Tetapi promosi untuk mendapatkan 2 ketul KFC percuma telah tamat pada hujung September lalu


KFC yang dibungkus
Oh KFC!

Ayam KFC

Hot tiket ini pula harus diaktifkan sebelum tamatnya tahun ini. Semoga ada lagi Hot Tiket Internet seperti ini lagi. Jom layan gambar ayam goreng ini seketika :)

Ahad, 3 November 2013

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata di Blog

Pengesahan kata

Pengesahan kata atau word verification amat menyusahkan para pembaca untuk meninggalkan komen di blog kita. Kadang kala terpaksa dilakukan berulang kali ekoran kesilapan dalam menaip huruf yang dikehendaki. Lantas, pembaca blog tersebut berasa penat dan bosan seterusnya meninggalkan sahaja blog tersebut tanpa memberi sebarang komen.

Jadi, kita sebagai seorang blogger tidak seharusnya menyusahkan para pembaca terutama kepada blogger yang lain. Tanpa mereka, siapalah kita di alam maya ini.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata atau Word Verification


1. Dari Blogger Dashboard, pergi ke Settings

2. Klik pada Post and comments

3. Lihat pada bahagian Comments dan cari show word verification

4. Pada bahagian show word verification tersebut klikkan kepada No

5. Akhir sekali, klik save settings.

Sabtu, 2 November 2013

Tutorial Membuat Comment Awaiting Moderation

Memang sukar untuk mengetahui apabila seseorang memberi komen pada blog kita  terutama pada entri yang telah lama ditulis. Jika entri yang baru, mungkin agak mudah untuk mengetahuinya.

Kita tidak akan tahu apa yang dikomen dan tidak boleh memberi balasan yang sepatutnya. Setelah agak lama, barulah disedari jika diteliti dengan betul.

Oleh itu, cara yang mudah ialah dengan membuat comment awaiting moderation. Apakah itu comment awaiting moderation? 

Secara mudahnya apabila seseorang telah meninggalkan komen di blog kita, akan terpapar seperti imej di bawah. Tulisan yang berwarna merah itu iaitu 2 comment awaiting moderation merupakan komen yang telah ditinggalkan oleh seseorang ke blog kita. Boleh zoom untuk lebih jelas imej tersebut.



Kita hanya perlu klik pada tulisan berwarna merah tersebut dan klik untuk publish menandakan kita telah membaca komen seterusnya untuk reply mesej tersebut. Jadi, kita tidak perlu meneliti lagi dari satu entri ke satu entri untuk melihat komen yang ditinggalkan.

Cara Membuat Comment Awaiting Moderation :


Dari dashboard, pergi ke Settings, Post and Comments.

Anda lihat di Comment dan lihat pada Comment Moderation

Anda klik always pada comment moderation tersebut dan klik save settings.

Selesai sudah...selepas ini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Hanya melihat dashboard sudah mengetahui jika ada komen atau tidak :)

Tutorial Buat Scroll Box untuk Blog Archive

Blog Archive yang terlalu panjang membuatkan blog menjadi melorot dan tidak cantik di pandang mata. Oleh itu, kita boleh membuat scroll box agar blog kelihatan lebih kemas dan cantik serta mudah untuk mencari entri yang dikehendaki.

Contohnya seperti gambar di bawah iaitu dari Blog Mutiara Online

Blog Archive

Cara membuat scroll box untuk Blog Archive :-

1. Dari dashboard > Template > Edit html > Edit template 

2. Klikkan mouse di dalam kotak. Seterusnya tekan  (ctrl + F), cari kod  

    <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod  

    <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> 
   yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut : 

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>  

Nota : Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan. 

Preview template terlebih dahulu dan apabila telah berpuas hati bolehlah disave.

Tutorial Capture Gambar dari Screen

Hari ini Eyma nak terangkan cara-cara untuk capture atau tangkap gambar dari screen. Apa itu capture gambar dari screen? Maksudnya kita jadikan skrin komputer kita sebagai gambar. Apa-apa yang terdapat di skrin komputer kita dapat jadikan imej.

Contohnya seperti gambar di bawah. Eyma telah menjadikannya sebagai imej atau gambar. Laman tersebut ialah dari blog Sajian Hati.

Capture Gambar


Pertama sekali, pergi ke keyboard anda. Cari butang yang tulis PrtSc SysRq. Cari sampai dapat selalunya berada di atas sekali.

Tekan button tersebut. Sekali, banyak kali pun tidak apa.

Seterusnya, pergi ke paint iaitu Start - all program - accessories - paint. Tekan Ctrl dan V serentak. Ada tak gambar? Kemudian bolehlah disave.... 

Anda boleh crop atau edit gambar tersebut mengikut yang anda kehendaki.. Selamat Mencuba...