Sabtu, 23 November 2013

Kisah Ular Senduk...

Ular Senduk
Ular senduk yang telah mati dipukul
Ular Senduk dan Kucing
Kucing pun menyibuk sama..

Hai semua...entri kali ini adalah mengenai ular... Ular??? Ya... iaitu ular senduk..  'Macam takut jer, macam nak lari jer'...dan memang takut pun...

Ular ini dijumpai di dalam bilik mandi rumah. Cuba anda bayangkan ketika anda hendak masuk ke dalam toilet, terdengar bunyi ular dan seterusnya nampak ular tersebut. Takut tak? Begitulah yang terjadi...

Ular tersebut terperangkap di dalam perangkap tikus di dalam bilik mandi. Bagaimana kita untuk membunuhnya sedangkan ianya terperangkap di dalam perangkap tikus? Memang sukar dan mencabar...

Alhamdulillah, berjaya juga membunuhnya. Hero saya iaitu abah kesayangan yang membunuhnya. 

Bagaimana cara abah membunuhnya? Begini...

Di dalam bilik mandi, ayah telah merendam perangkap tikus ke dalam tong air yang berisi air. Tujuannya untuk melemaskan ular tersebut. Tetapi, apa yang telah terjadi.....

Ular tersebut telah keluar dari perangkap tikus tersebut dan berenang-renang di permukaan air.. Abah pun memukulnya.. Tetapi memang sukar untuk membunuhnya di dalam air dan ayah sendiri mengakuinya...

Syukur alhamdulillah, ular tersebut mati juga. Jika tidak, memang tidak berani masuk bilik air dan jika tinggal di rumah pun masih takut kerana tahu ada insan berbahaya yang tidak diundang.

Biasalah rumah kampung yang dikelilingi oleh sawah padi dan pokok kelapa sawit di sekeliling rumah memang tidak dapat lari dari binatang tersebut. Tikus, ular, katak, biawak dan sebagainya... Apa yang penting, kita harus lebih peka.

Kucing iaitu Tommy pun menyibuk sekali..  Dia pun macam takut juga apabila tengok ular tersebut....


Nota : 

Perangkap tikus tersebut mengandungi katak sebenarnya. Oleh sebab itulah, ular tersebut masuk ke dalam perangkap untuk memakan makanannya. 

Tujuan meletak katak di dalam perangkap tikus kerana katak terlalu banyak masuk di dalam rumah. 

Apabila dihalau keluar, ianya masuk semula ke dalam bilik mandi dan seterusnya ke dalam rumah. Adik kecil juga takut untuk masuk ke bilik air jika ternampak katak.

Kesilapan yang paling besar adalah tidak meletakkan perangkap tikus tersebut di luar rumah. Moga tiada lagi ular yang masuk... Memang sangat takut terutama jika tiada ayah di rumah.....Tak tahu nak buat aper....

Keropok Keladi...

Keropok Keladi

keropok keladi

Pernahkah anda makan keropok keladi?

Untuk pengetahuan, saya first time makan keropok keladi nie... Kakak membelinya di Melaka. Family suka keropok nie terutama mak sebab rasanya ori iaitu tanpa perisa tambahan seperti pak aji.

Tahu tak apa itu pak aji? Ajinomoto ler..hehe... Jika anda yang belum pernah merasainya, carilah keropok ini di sekitar Melaka.. Tempat lain mesti ada juga kan... :)

Isnin, 4 November 2013

Layari Internet Tanpa Had dengan Hot Tiket Internet

.
Hot tiket inilah yang saya gunakan apabila melayari internet semenjak ia diperkenalkan. Memang agak berbaloi dan harus pandai berjimat apabila menggunakannya.

Selain melayari internet, dapat juga 2 ketul KFC percuma hasil pembelian dua Hot Tiket. Tetapi promosi untuk mendapatkan 2 ketul KFC percuma telah tamat pada hujung September lalu


KFC yang dibungkus
Oh KFC!

Ayam KFC

Hot tiket ini pula harus diaktifkan sebelum tamatnya tahun ini. Semoga ada lagi Hot Tiket Internet seperti ini lagi. Jom layan gambar ayam goreng ini seketika :)

Ahad, 3 November 2013

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata di Blog

Pengesahan kata

Pengesahan kata atau word verification amat menyusahkan para pembaca untuk meninggalkan komen di blog kita. Kadang kala terpaksa dilakukan berulang kali ekoran kesilapan dalam menaip huruf yang dikehendaki. Lantas, pembaca blog tersebut berasa penat dan bosan seterusnya meninggalkan sahaja blog tersebut tanpa memberi sebarang komen.

Jadi, kita sebagai seorang blogger tidak seharusnya menyusahkan para pembaca terutama kepada blogger yang lain. Tanpa mereka, siapalah kita di alam maya ini.

Tutorial Menghilangkan Pengesahan Kata atau Word Verification


1. Dari Blogger Dashboard, pergi ke Settings

2. Klik pada Post and comments

3. Lihat pada bahagian Comments dan cari show word verification

4. Pada bahagian show word verification tersebut klikkan kepada No

5. Akhir sekali, klik save settings.

Sabtu, 2 November 2013

Tutorial Membuat Comment Awaiting Moderation

Memang sukar untuk mengetahui apabila seseorang memberi komen pada blog kita  terutama pada entri yang telah lama ditulis. Jika entri yang baru, mungkin agak mudah untuk mengetahuinya.

Kita tidak akan tahu apa yang dikomen dan tidak boleh memberi balasan yang sepatutnya. Setelah agak lama, barulah disedari jika diteliti dengan betul.

Oleh itu, cara yang mudah ialah dengan membuat comment awaiting moderation. Apakah itu comment awaiting moderation? 

Secara mudahnya apabila seseorang telah meninggalkan komen di blog kita, akan terpapar seperti imej di bawah. Tulisan yang berwarna merah itu iaitu 2 comment awaiting moderation merupakan komen yang telah ditinggalkan oleh seseorang ke blog kita. Boleh zoom untuk lebih jelas imej tersebut.



Kita hanya perlu klik pada tulisan berwarna merah tersebut dan klik untuk publish menandakan kita telah membaca komen seterusnya untuk reply mesej tersebut. Jadi, kita tidak perlu meneliti lagi dari satu entri ke satu entri untuk melihat komen yang ditinggalkan.

Cara Membuat Comment Awaiting Moderation :


Dari dashboard, pergi ke Settings, Post and Comments.

Anda lihat di Comment dan lihat pada Comment Moderation

Anda klik always pada comment moderation tersebut dan klik save settings.

Selesai sudah...selepas ini anda tidak perlu bersusah payah lagi. Hanya melihat dashboard sudah mengetahui jika ada komen atau tidak :)

Tutorial Buat Scroll Box untuk Blog Archive

Blog Archive yang terlalu panjang membuatkan blog menjadi melorot dan tidak cantik di pandang mata. Oleh itu, kita boleh membuat scroll box agar blog kelihatan lebih kemas dan cantik serta mudah untuk mencari entri yang dikehendaki.

Contohnya seperti gambar di bawah iaitu dari Blog Mutiara Online

Blog Archive

Cara membuat scroll box untuk Blog Archive :-

1. Dari dashboard > Template > Edit html > Edit template 

2. Klikkan mouse di dalam kotak. Seterusnya tekan  (ctrl + F), cari kod  

    <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod  

    <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> 
   yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut : 

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>  

Nota : Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan. 

Preview template terlebih dahulu dan apabila telah berpuas hati bolehlah disave.

Tutorial Capture Gambar dari Screen

Hari ini Eyma nak terangkan cara-cara untuk capture atau tangkap gambar dari screen. Apa itu capture gambar dari screen? Maksudnya kita jadikan skrin komputer kita sebagai gambar. Apa-apa yang terdapat di skrin komputer kita dapat jadikan imej.

Contohnya seperti gambar di bawah. Eyma telah menjadikannya sebagai imej atau gambar. Laman tersebut ialah dari blog Sajian Hati.

Capture Gambar


Pertama sekali, pergi ke keyboard anda. Cari butang yang tulis PrtSc SysRq. Cari sampai dapat selalunya berada di atas sekali.

Tekan button tersebut. Sekali, banyak kali pun tidak apa.

Seterusnya, pergi ke paint iaitu Start - all program - accessories - paint. Tekan Ctrl dan V serentak. Ada tak gambar? Kemudian bolehlah disave.... 

Anda boleh crop atau edit gambar tersebut mengikut yang anda kehendaki.. Selamat Mencuba...


Selasa, 29 Oktober 2013

Mengapa Perlu Ada Lebih dari Sebuah Blog?


Mengapa seseorang itu perlu mempunyai lebih daripada sebuah blog? Mengapa? Adakah seseorang itu tamak dan tidak mahu memberi ruang kepada orang lain? Jawapannya…Tepuk dada tanyalah diri sendiri..hehe…
Di sini saya ingin menjawab persoalan yang ditanyakan oleh diri saya sendiri..hehe… Ini adalah sekadar pendapat dan luahan hati saya.

1. Mudah Berasa Bosan Apabila Menulis Dengan Satu Blog

Seseorang itu akan cepat berasa bosan dengan hanya menulis satu blog. Hal ini kerana blog yang sama sahaja di tulis setiap hari dan tiada perkembangan idea. Kadangkala kita mudah bosan dengan design dan rekaletaknya tetapi untuk menukarnya terasa sayang kerana yang dihasilkan nanti belum tentu memberi kepuasan.


2. Untuk Menampilkan Satu Identiti dalam Sesebuah Blog

Seseorang itu mempunyai banyak blog kerana ingin memberikan identiti kepada blognya. Contohnya satu blog untuk masakan, fotografi dan juga tutorial. Seseorang itu tidak mahu mencampur adukkan entri tersebut di dalam satu blog. Hal ini membolehkan blognya nampak menarik, kemas dan mempunyai identitinya tersendiri.

3. Untuk Mencuba Pelbagai Syarikat Pengiklanan agar Dapat Menjana Pendapatan

Seperti yang kita tahu, satu blog hanya sesuai untuk satu syarikat pengiklanan. Contohnya Nuffnang yang tidak membenarkan syarikat pengiklanan saingannya berada bersama-sama di dalam satu blog. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai lebih daripada sebuah blog agar dapat mencuba pelbagai syarikat pengiklanan yang dapat memberi pendapatan yang lumayan. Kita tidak akan tahu andai kita tidak cuba sendiri syarikat mana yang lebih memberi pulangan yang lumayan.

4. Untuk Merahsiakan Identiti Diri di Blog Tertentu

Ada kalanya, kita tidak mahu blog tersebut diketahui adalah milik kita. Kita ingin merahsiakan siapakah penulisnya. Tetapi, ada juga sesuatu info atau blog yang ingin kita kongsikan bersama. Jadi seseorang itu perlu mempunyai dua blog agar satu dapat dikongsi dan satu lagi untuk peribadi atau untuk teman-teman yang rapat. Privasi dalam sesuatu blog perlu ada agar kita berasa selesa dan lebih selamat.


5. Untuk Mendapat Kepuasan Hati

Manusia ini mempunyai bermacam ragam dan karenahnya. Kadang kala hati akan menjadi puas jika blog yang dihasilkannya berada di alam maya. Jika lebih daripada satu, ianya pasti akan lebih menggembirakan. Tambahan pula jika semua blognya mempunyai traffik yang tinggi. Memang berasa amat gembira dan memberi kepuasan. Jika tidak memberi trafik pun, ianya sudah cukup memuaskan hati. Dalam kata mudah ‘syok sendiri’ seperti saya la tu…huhuhu…

6. Untuk Meletakkan Widget yang Pelbagai

Kadang-kala seseorang itu terlalu obses dengan pelbagai widget. Contohnya widget calendar, jam, widget selamat datang  dan sebagainya yang sangat comel dan menarik hati. Tetapi widget-widget ini akan memberatkan blog. Jika letak kesemuanya dalam satu blog pasti blog kita mengambil masa yang lama untuk dibuka. Oleh itu, seseorang itu perlu mempunyai lebih dari satu blog agar dapat meletakkan widget-widget yang menarik ini dan dapat mengurangkan berat blog.

Ini adalah jawapan kepada persoalan mengapa perlu mempunyai lebih daripada satu blog yang terlintas di fikiran saya buat masa ini. Menulis lebih daripada satu blog bukanlah suatu yang mudah kerana ada kalanya kita akan terlepas pandang blog yang satu lagi.

Apa yang penting kita berasa happy dan tidak terbeban dengan blog hasil ciptaan kita sendiri..hehehe… Apa-apa pun saya minta maaf andai terkasar bahasa atau menyinggung perasaan. Sebenarnya, persoalan tersebut lebih menjurus kepada ‘saya’….

Sabtu, 26 Oktober 2013

Saya Sedia Membeli...

Tawaran Harga Duit Syiling

Saya sedia membeli duit syiling yang tertera dibawah :-

10 Sen – 1971 (RM 150)
20 Sen – 1970 (RM 10)
              1994 (RM 5)
50 Sen – 1967 (RM200) ~ Tidak Berparit
              1968 (RM200) ~ Tidak Berparit
              1969 (RM300)
              1995 (RM5)
1 Sen – 1970 (RM20)

Duit lama kertas atau syiling yamg masih elok

Telefon : 016-4885984
Saravanan atau Sara

Inilah bukti iklan yang menunjukkan permintaan terhadap duit syiling lama. Jika anda ada menyimpan duit syiling lama yang diperlukan, bolehlah hubungi talian yang tertera di atas.

Oleh sebab itulah saya ada menulis entri sebelum ini yang mengajak anda mengumpul duit syiling dari sekarang. Klik di sini...

Setakat ini, saya tidak menjumpai lagi duit syiling yang tertulis di atas. Memang payah untuk dijumpai rasanya.

Anda pula bagaimana? Cubalah check jika ada…

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bagaimana Jika Tiada Blogspot di Alam Maya Ini?



Apa akan jadi kepada semua blogger terutamanya saya apabila tiada lagi blogspot di alam maya ini?
Bukannya apa cuma terlintas di fikiran saya. Bagaimanalah jika tiada blogspot. Apa yang akan terjadi kepada saya…huhu..

Jika tiada blogspot….
~ Saya akan mencuba domain yang lain contohnya wordpress dan sebagainya. Bagi saya blogspot adalah yang paling mudah, ringkas dan cepat untuk dipelajari. Free pulak tu… Tambahan pula ianya mempunyai rekabentuk yang menarik. Jika tiada blogspot, terpaksalah saya mempelajari domain yang lain.

Jika tiada blogspot…
~ Saya tidak tahu di mana saya ingin menulis melalui kaedah yang paling mudah dan cepat. Orang lain dapat membaca hasil tulisan kita dan memberi komen. Oleh itu, saya mesti akan tercari-cari di mana medium yang sesuai.

Jika tiada blogspot…
~ Kuranglah ilmu yang dapat diterima dan dikongsi bersama. Info-info tidak dapat di salurkan dengan mudah. Jika menggunakan medium laman sosial, bukan semua orang mempunyai akaun tersebut. Tetapi blogspot, semua orang boleh baca tidak kira usia dan di mana jua.

Jika tiada blogspot…
~ Bagaimanalah saya boleh mendapatkan pendapatan tambahan? Walaupun sedikit ianya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan sehari-hari. Bersyukur sangat. Kadang-kala, jeles juga bila orang dapat banyak pendapatan…hehe.. tetapi, semuanya perlu usaha lebih jika ingin mendapatkan lebih pendapatan. Ilmu juga perlu ada.

Jika tiada blogspot…
~ Hidup akan menjadi sunyi, tidak ceria kerana kadangkala apabila melihat dan menulis blog membuatkan hati berasa gembira. Seperti syok sendiri pun ada..hehe.. Tak kisah la, asalkan hati gembira. Nak tulis apa pun orang tak akan marah. Tetapi haruslah mematuhi batas-batas tertentu. Hati dan perasaan orang lain juga harus dijaga. Apa yang paling penting, agama harus diutamakan. Perkara yang ditegah harus dielak kerana menulis juga boleh mendapat dosa jika tidak kena gayanya…

Jika tiada blogspot…
~ Kuranglah rakan-rakan di alam maya. Tiada lagi istilah follow dan blogwalking.. Ikatan silaturrahim di alam maya juga sangat kurang.. Boleh saya katakan penulis blogspot ini datangnya daripada orang yang cerdik pandai dan bekerjaya. Contohnya guru, doktor dan sebagainya. Mereka boleh berkongsi ilmu dan membantu blogger lain seperti saya yang kurang ilmu.

Sebenarnya banyak lagi yang ingin ditulis dan terlintas difikiran tetapi tangan sudah penat menaip. Bagaimana pula dengan anda?
Apa akan jadi atau apa yang akan anda lakukan jika tiada lagi blogspot di alam maya ini?

Selasa, 22 Oktober 2013

Jom Kita Ramai-ramai Kumpul Duit Syiling...


Apa kata mulai hari ini dan saat ini, jom kita kumpul duit syiling.. Bukan apa, saya begitu tertarik apabila ada permintaan terhadap duit syiling lama yang menawarkan harga yang agak tinggi.

Jadi, jom kita belek-belek kembali duit syiling lama yang tersimpan dan simpan duit syiling yang berbeza tahun ianya dikeluarkan dan nilainya. Contohnya kita harus simpan 50 sen, 20 sen dan 10 sen yang dicetak diatasnya tahun 1986 ke, 1988 ke...Begitulah.. Susun agar lebih menarik.

Kalau ada banyak duit syiling yang sama nilai dan tahunnya, bolehlah dibelanja. Janganlah simpan terlalu banyak, tak tahu nak letak mana pula.

Kita boleh jadikan ianya koleksi dan sebagai kenangan kepada kita rakyat Malaysia.

Nota : Sebenarnya, saya pun belum mula lagi mengumpulnya.. Tengah cari mood dan semangat :)

Selasa, 17 September 2013

Jana Pendapatan Online Melalui ChurpChurp dan 8Share


Assalam... Kepada anda yang mempunyai akaun facebook, twitter atau blog sekalipaun, anda boleh menambah pendapatan melalui online.

Kaedahnya terlalu mudah dan cepat. Klik di laman web ini ChurpChurp. Daftar dan sharekan iklan di facebook atau twitter anda. Sudah ramai yang berjaya memperoleh pendapatan daripadanya.

Selain dari ChurpChurp, ada satu lagi laman web yang dapat memberi pendapatan online kepada kita. Laman web yang saya maksudkan itu ialah 8share. 

8Share ini sama juga seperti ChurpChurp. Anda boleh mencuba kedua-duanya sekali dan memperoleh pendapatan darinya. Tidak salah untuk mencuba kerana anda tidak akan rugi apa-apa pun. Sambil online dapat juga menambah pendapatan.

8Share ini anda perlu sign up dan isi apa yang diperlukan. Jadi, anda boleh klik di 8Share untuk sign up.

Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya... :)

Jadi, marilah join ChurpChurp dan 8Share sekarang !!!

Isnin, 16 September 2013

Biarlah Ym Berbicara

 


Selesai juga saya membaca novel ini. Cara Firdaus tackle Tiya memang best..melalui ym..Firdaus iaitu bos Tiya memikat hati Tiya melalui penyamaran..Jika tidak melalui ym, pasti Tiya tidak akan jatuh cinta padanya. Malah, Tiya telah reject ramai lelaki sebelum Firdaus.

Lama juga mengambil masa untuk membaca novel ini sebab sibuk dengan kerja-kerja rutin..hehe..Apa-apa pun, best novel nie!

Selasa, 16 Julai 2013

Cek Nuffnang yang Kedua...

Cek Nuffnang

Alhamdulillah.. Saya terima cek Nuffnang untuk kali yang kedua pada 2 Julai 2013. Walaupun nampak sedikit tetapi ianya sangat bermakna kepada saya. Berbulan-bulan juga untuk mendapatkan sejumlah ini. Syukur sangat...

Hasil pendapatan ini adalah hasil daripada blog masakan saya iaitu blog Sajian Hati. Saya sebenarnya tak suka memasak tetapi saya suka mencuba resepi baru. 

Blog Sajian Hati adalah tempat untuk saya mengumpul resepi yang pernah dicuba walaupun kadang kala ada juga yang kurang menjadi...

Sudi-sudilah berkunjung ke blog Sajian Hati mungkin anda ingin mencuba resepi-resepi yang terdapat di situ... 

Sabtu, 1 Jun 2013

Free...Free...Free..

Ubat Gigi dari Colgate

Sim Card Tune Talk

Kalau dapat barang free, mesti kita akan rasa best kan.. Betul tak? Yer la, tak perlu bayar apa-apa. Sampai dengan selamat di depan pintu rumah. Kedua-dua barang ini dihantar melalui pos laju.

Saya dah dapat lama dah kedua-dua barang nie..baru sekarang nak diletakkan...  :)

Cup Cake Yang Cantik !!!



Ye ke cantik? tak pun..biasa2 jer.. Sebenarnya, teringin sangat nak belajar hias cup cake. Biasa-biasa jer pun tak pe... Kek cawan di atas adalah kek beli..huhu...

Layan jer la gambar kek cawan tu yer..hehe..
 

Selasa, 23 April 2013

BR1M 2.0 (RM250)




Alhamdulillah, entri yang telah berkurun yang sepatutnya ditulis. Inilah surat BR1M yang aku terima..Dapat masa awal bulan Mac...

Masa dengar ceramah, teringat pulak masa zaman sekolah... Kena menyanyi lagu kebangsaan...

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sudi memberikan bantuan BR1M ini. Harap diteruskan lagi pada masa akan datang...