Selasa, 30 Oktober 2012

Penduduk Gempar Diganggu Pocong


Berita yang dimuatkan dalam Harian Metro pada Oktober 2012. 
  Berlaku di sekitar tempat tinggal saya.

Istikharah Cinta

Artis : Sigma
Tajuk Lagu : Istikharah Cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu 

Di istikharah cinta



Melalui penghayatan lirik lagu ini, hati ini terasa amat tersentuh. Betapa agungnya sebuah cinta yang didasarkan kepada Allah S.W.T. Cinta itu adalah suatu yang suci, murni dan ikhlas. Dua hati menjadi satu.

Cinta dan kasih sayang, memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Cinta ini haruslah kerana Allah semata. Setiap apa yang dilakukan haruslah mendapat keredhoan Allah.

Cinta tidak harus bersulam dengan noda. Mabuk dalam percintaan tanpa adanya ikatan perkahwinan. Jangan sesekali menjadi hamba cinta. Syaitan akan mudah merasuk ke arah kejahatan. Apa yang mendorong ke arah kejahatan dan kemaksiatan haruslah dijauhkan.

Cinta yang suci, menyejuk jiwa dan mata orang yang memandang. Malah, mereka akan turut mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Betapa bahagianya bila percintaan mendapat keberkatan daripada-Nya.

Oleh itu, kejarlah bagi mendapatkan cinta yang diberkati oleh-Nya. Jangan hanya mengejar keseronokan yang sementara. Sebaliknya, dosa dan azab bakal ditanggung di akhirat kelak.

P/S untuk orang yang sedang bercinta :-

-Orang yang tengah mabuk bercinta, jangan keluar berdua-duaan kerana ada makhluk yang ketiga iaitu syaitan. Kalau nak jumpa, kena bawa teman atau orang tua (lebih afdal).

-Jangan pegang-pegang dan kena duduk renggang-renggang seperti lagu Ana Rafali.

-Jangan naik motor bersama kerana ditengahnya ada syaitan yang sedang merasuk.

-Jangan jadi hamba cinta, sehingga melupakan ibubapa. Restu ibubapa adalah lebih penting.

-Cinta yang disulami dengan ikatan yang sah, akan membuahkan pahala dan syurga akan menanti di sana. Amin…