Rabu, 26 September 2012

Sains Semasa Sekolah Rendah

Urat Jejala

Urat Selari

Gambar daun-daun nie adalah daripada buku sains saya semasa darjah 6 dahulu..Sekitar tahun 1998..Kami petik daun-daun yang ada di sekolah dan mengenalpasti jenis urat daunnya. Tahan lagi daun-daun ini sampai sekarang...

Sabtu, 8 September 2012

Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Hai semua.... Pernah main anak patung kertas ini tak masa zaman kanak-kanak dulu? Kalau nak tahu, inilah permainan yang selalu saya main bersama adik. Patung-patung kertas ini saya buat sendiri. 

Semasa saya mengemas kotak-kotak dan buku lama, saya terjumpa patung kertas ini. Memang banyak kenangannya kepada saya.

Selepas ini, saya akan mengitar semula sahaja patung-patung ini. Sampah di rumah semakin banyak. Apatah lagi rumah saya akan mengadakan kenduri tidak lama lagi. Insyaallah...

Watak utama
Pakaian-pakaiannya
Pakaian yang saya reka dahulu