Sabtu, 25 Ogos 2012

Menonton Total Recall di Panggung Wayang


Pada hari raya keempat hari itu, masih sempat lagi menonton movie Total Recall di pawagam Jusco, Pulau Pinang. Cuma RM 6 sahaja.Best cerita nie..

Bila menonton di panggung wayang, bertambah gempita la letupan dan tembak-menembak. Siapa yang sakit jantung, jangan sesekali cuba untuk menontonnya. Agak bahaya untuk kesihatan anda.

Selasa, 21 Ogos 2012

Ubi Kayu Cicah Kelapa dan Gula

Ubi kayu


Siapa suka makan ubi kayu? 
Makanan apa yang boleh dimasak menggunakan ubi kayu?
Apa yang saya tahu kuih keria, cucur badak, cucur, kuih tepung talam, bingka ubi kayu, kerepek....
Anda pula macam mana?

Rabu, 15 Ogos 2012

Kemalangan yang Mengorbankan Dua Jiwa

Keratan akhbar di atas berkisar kemalangan yang mengorbankan dua orang anak saudara sahabat. Kakak iparnya turut mengalami kecederaan yang teruk. Sehingga kini masih belum pulih sepenuhnya.

Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini terutama ketika Syawal yang akan menjelma. Doakanlah kesejahteraan mereka  di sana.

Kepada sahabatku, jangan bersedih dan terimalah ketentuan ini..