Jumaat, 6 Julai 2012

Jelly Kelapa :)


Kenapa susah sangat nak dapatkan buah kelapa muda pada masa kini? Walaupun di kampung? Buah kelapa memang terhangat di pasaran..Satu biji buah kelapa muda hampir RM3..Mahal bangat!

Jadi, bilakah saya dapat cuba memasak jelly kelapa ini? Sedap sebab tu nak try!! Sejuk di tekak...nyum..nyummm...

Selasa, 3 Julai 2012

Tercapai Jua ...


Akhirnya...tercapai juga hasrat untuk makan chicken chop di Restoren Satay Village. Dugaan yang pertama apabila pergi sahaja ke restoren tersebut, restoren tak bukak lagi. Awal sangat datang. Dia buka pada petang hari hingga malam. Saya datang pukul 4 petang rasanya...

Baru kali ini berkesempatan, saya berkunjung pada malam hari..Harganya RM6.00..

Kawan kata sedap makan chicken chop di sini, jadi cuba jelah..Apa-apa pun tak menyesal datang..

Isnin, 2 Julai 2012

Putu Buluh di Pasar Malam Kuala Kurau



Apabila pergi pasar malam Kuala Kurau, mesti teringin untuk membeli kuih putu buluh. 
5 biji RM 2.00...Sedap..
Kalau pasar malam lain di kampung amat jarang dijumpai. Dalamnya ada inti.....cicah lagi dengan kelapa dan gula merah.
Kalau makan masa berbuka puasa lagi best..!!